Thursday, September 29, 2022

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

 

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)

 

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ قَالَ  ابْنُ أَيُّوبَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ حَدَّثَنَا يُونُسُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ - سَمِعَهُ فِيمَا أَعْلَمُ - عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمًا: «أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟»

Daripada ABU ZAR bahawa suatu hari Nabi saw bertanya: "Apakah kamu tahu, ke mana matahari ini pergi?"

 

قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

 Mereka menjawab, "Allah dan rasul-Nya lebih tahu."

 

قَالَ: "إِنَّ هَذِهِ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ، فَتَخِرُّ سَاجِدَةً

Baginda berkata: "Sesungguhnya (matahari) ini beredar hingga berhenti pada tempatnya di bawah Arsy lalu menyungkur sujud.

 

فَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا: ارْتَفِعِي، ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا

(matahari itu) sentiasa berada keadaan begitu sehingga diberitahu kepadanya: “Kamu naiklah dan kembalilah pada tempat dari mana kamu datang”. Lalu ia kembali sehingga terbit dari tempat terbitnya.

 

ثُمَّ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ، فَتَخِرُّ سَاجِدَةً

kemudian ia beredar sehingga sampai ke tempat yang ditetapkan kepadanya—di bawah arash. Ia pun menyungkur sujud.

 

وَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا: ارْتَفِعِي، ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا

(matahari itu) sentiasa berada keadaan begitu sehingga diberitahu kepadanya: “Kamu naiklah dan kembalilah pada tempat dari mana kamu datang”. Lalu ia kembali sehingga terbit dari tempat terbitnya.

 

ثُمَّ تَجْرِي لَا يَسْتَنْكِرُ النَّاسَ مِنْهَا شَيْئًا حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا ذَاكَ تَحْتَ الْعَرْشِ

Kemudian matahari berjalan (seperti biasa) di mana ia membuat manusia tidak mengingkarinya sedikit pun sehingga ia berhenti pada tempat beredarnya iaitu di bawah Arsy.

 

فَيُقَالُ لَهَا: ارْتَفِعِي أَصْبِحِي طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ، فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِهَا "

lalu diberitahu kepadanya: “Naiklah dan terbitlah pada waktu pagi dari barat”. Lalu ia terbit dari barat”

 

فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَتَدْرُونَ مَتَى ذَاكُمْ؟ ذَاكَ حِينَ {لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158]

 Rasulullah pun bersabda: "Apakah kamu semua tahu tahu, bilakah hal itu terjadi?—hal itu terjadi ketika (Nabi pun membacakan firman Allah yang bermaksud): tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya”

 

[1] PERBAHASAN SANAD

 

(A)                SYAWAHID:

 

Hadis 158, sahabat yang riwayatkan itu adalah ABU HURAIRAH.

 

Dalam hadis ke-159 ini pula, SAHABAT yang riwayatkan itu adalah ABU ZAR AL-GHIFFARI.

 

(B)               SUSUNAN PERAWI:

 

[6] Yahya bin Ayyub

[6] Ishaq bin Ibrahim

[5] Ibn Ulayyah

[4] Yunus

[3] Ibrahim bin Yazid al-Taimiy

[2] Bapa Ibrahim (Yazid bin syarik)

[1] Abu Zar

 

(C)               PERBEZAAN SANAD;

 

-          Hadis ini, IMAM MUSLIM ambil dari dua orang guru: (1) Yahya bin Ayyub, (2) Ishaq bin Ibrahim.

-          Kedua-dua guru ini, ambil hadis dari IBN ULAYYAH.

-          Pada jalur pertama, dua guru Imam Muslim, ambil hadis secara عنعنة.

-          Pada jalur ke-2, YAHYA BIN AYYUB (tanpa ishaq) ambil dari IBN ULAYYAH secara سماع.

-          Lihat sanad;

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ، - سَمِعَهُ فِيمَا أَعْلَمُ - عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرّ

 

[2] PENJELASAN MATAN

 

[1] Hadis ini menyebut bahawa pada satu hari bahawa Nabi saw bersama-sama para sahabat. Ketika itu, Nabi saw bertanya kepada mereka: apakah kamu tahu, di suatu masa nanti ke mana matahari ini akan beralih pergi?

 

Soalan nabi saw ini bukan kerana Nabi saw tidak tahu. Nabi saw bertanya itu, sebagai mencetuskan akal sahabat agar berfikir dan mahu mencari jawapan.

 

[2] Mendengar soalan tersebut, Sahabat nabi tidak tahu akan jawapannya. Mereka pun jawab: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ—Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

 

Ini gambaran merendah diri mereka terhadap hal-hal ghaibiyat (antaranya adalah perkara tanda kiamat). Mereka tidak menjawab selama ia bukan dalam bidang ilmu mereka, sebaliknya mahu mendengar penjelasan terhadap hal yang mereka tidak tahu.

 

[3] Nabi saw pun memberi penjelasan terhadap persoalan tersebut, iaitu dengan menyatakan bahawa:

 

(a)         Matahari bergerak di laluannya sepertimana berlaku oada setiap hari.

 

(b)        Pergerakan matahari itu berlaku di bawah Arash.

 

(c)         Sehingga ada satu ketika, matahari berhenti di terminalnya, dan ia sujud di situ.

 

(d)        Matahari sujud itu dalam beberapa ketika sehingga ALLAH berkata kepada matahari agar dia bangun dari sujud dan bergerak seperti biasa.

 

(e)         Matahari pun bergerak seperti biasa untuk hari ke-2, sehingga sampai di terminalnya, sekali lagi dia berhenti dan sujud.

 

(f)           Matahari tidak bergerak sehingga Tuhan memberitahu kepadanya agar bergerak seperti biasa. Matahari pun bergerak seperti biasa.

 

(g)        Kejadian itu berlanjutan setiap hari sehingga manusia tidak memikirkan berkenaan matahari. Ketika itu, arahan tuhan kepada matahari agar dia terbit dari barat.

 

(h)        Matahari pun akur dengan perintah tuhan, makanya matahari pun terbit dari barat. Ketika itu,pintu taubat sudah tertutup; amalan baik sudah tidak diterima, dan mereka yang belum beriman yang mahu beriman pada saat itu, ia sudah tidak diterima lagi.

 

[3] MUTABA-AH 1

 

وَحَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللهِ عَنْ يُونُسَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ  أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمًا: «أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟»

Daripada Abu Zar bahawa suatu hari Nabi saw berkata: Apakah kamu semua tahu, ke mana matahari ini pergi?

 

بِمِثْلِ مَعْنَى حَدِيثِ ابْنِ عُلَيَّةَ

 

[4] PERBAHASAN SANAD

 

(A)                   SUSUNAN PERAWI;

 

[6] Abdul Hamid bin Bayan al-Wasitiy

[5] Khalid bin Abdullah

[4] Yunus

[3] Ibrahim bin Yazid al-Taimiy

[2] Bapa Ibrahim (Yazid bin Syarik)

[1] Abu Zar

 

(B)                   PENJELASAN;

 

Mutaba-ah sanad hadis ini adalah pada perawi bernama KHALID BIN ABDILLAH terhadap hadis bab pada perawi bernama IBN ULAYYAH.

 

Lihat sanad hadis bab:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ، - سَمِعَهُ فِيمَا أَعْلَمُ - عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

*lihat perawi ke-5

 

Lihat sanad hadis mutaba-ah 1;

وَحَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللهِ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

*lihat perawi ke-5

 

[5] MUTABA-AH 2

 

وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَاللَّفْظُ لَأَبِي كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ  عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ

Abu Zar berkata: Aku masuk masjid yang ketika itu Nabi saw sedang duduk dalam masjid.

 

فَلَمَّا غَابَتِ الشَّمْسُ، قَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ، هَلْ تَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ؟»

Apabila matahari tenggelam, Nabi saw berkata: Wahai Abu Zar, apakah kamu tahu ke mana ini (matahari) pergi?

 

 قَالَ: قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

Kata perawi: aku (Abu Zar) menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

 

قَالَ: "فَإِنَّهَا تَذْهَبُ فَتَسْتَأْذِنُ فِي السُّجُودِ، فَيُؤْذَنُ لَهَا وَكَأَنَّهَا قَدْ قِيلَ لَهَا: ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَطْلُعُ مِنْ مَغْرِبِهَا"

Kata Nabi saw: Matahari pergi, lalu ia minta izin dalam sujud. Lalu diberikan keizinan kepada matahari, seakan-akan diberitahu kepada matahari: kembalilah kamu ke tempat kamu datang. Maka matahari pun terbit dari barat.

 

قَالَ: ثُمَّ قَرَأَ فِي قِرَاءَةِ عَبْدِ اللهِ: وَذَلِكَ مُسْتَقَرٌّ لَهَا

Abu Zar kata: Kemudian Nabi saw pun membaca dalam qiraaat Abdullah (bin Mas’ud): itu adalah tempat yang ditetapkan kepadanya (matahari).

 

[6] PERBAHASAN SANAD

 

(A)                   SUSUNAN PERAWI;

 

[6] Abu Bakar bin Abi Syaibah

[6] Abu Kuraib

[5] Abu Muawiyah

[4] al-‘Amash

[3] Ibrahim bin Yazid al-Taimiy

[2] bapa Ibrahim (Yazid bin Syarik al-Taimiy)

[1] Abu Zar

 

(B)                   PENJELASAN:

 

Mutaba-ah sanad hadis ini adalah pada perawi bernama AL-‘AMASH terhadap hadis bab pada perawi bernama YUNUS BIN UBAID BIN DINAR.

 

Lihat sanad hadis bab;

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ، - سَمِعَهُ فِيمَا أَعْلَمُ - عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

 

Lihat sanad mutaba-ah 2;

وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، وَاللَّفْظُ لَأَبِي كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

 

Lihat sanad mutaba-ah 1;

وَحَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللهِ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

 

[7] PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam matan hadis ini, dijelaskan konteks hadis bahawa ABU ZAR masuk ke dalam masjid. Ketika dia masuk, dia dapati Rasulullah sedang duduk dalam masjid.

 

[2] Apabila sampai waktu matahari tenggelam, ketika itu Rasulullah memulakan soalan:يا أَبَا ذَرٍّ، هَلْ تَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ؟--wahai Abu Zar, apakah kamu tahu ke mana ini (matahari pergi)?

 

Kalau dilihat dalam matan hadis bab, soalan yang dibangkitkan oleh nabi dengan lafaz berikut; أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟

 

Bermakna, dalam matan bab, digunakan kata jamak; seakan-akan nabi saw sedang bercakap dengan ramai sahabat.

 

Namun, dalam matan mutaba-ah ke-2 ini pula, kelihatan nabi saw bercakap dengan Abu Zar seorang sahaja.

 

[3] Apabila Abu Zar mengatakan: Allah dan RasulNya lebih tahu, makanya Nabi saw pun menjelaskan bahawa ke mana matahari pergi.

 

Nabi menjelaskan lagi bahawa matahari minta izin untuk sujud. Allah pun izinkan matahari sujud, seakan-akan diberitahu kepada mahatari: Kembalilah kamu kepada tempat kamu datang, maka matahari pun terbit dari barat.

 

[4] Menurut Abu Zar lagi, selepas nabi saw memberitahu berkenaan matahari itu, Baginda pun membaca ayat al-Quran yang berkaitan dengan matahari.

 

Menurut ABU ZAR, bacaan Nabi itu sama dengan Qiraat ABDULLAH BIN MAS’UD.

 

[8] MUTABA-AH 3

 

حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْأَشَجُّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَوْلِ اللهِ تَعَالَى: {وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا} [يس: 38] ؟

Abu Zar berkata: aku bertanya Rasulullah saw berkenaan firman Allah (yang bermaksud): “Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya”

 

قَالَ: «مُسْتَقَرُّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ»

Jawab nabi: tempat yang ditetapkan bagi matahari itu di bawah arash.

 

[9] PERBAHASAN SANAD

 

(A)                   SUSUNAN PERAWI;

 

[6] Abu Sa’id al-Asyaj

[6] Ishaq bin Ibrahim

[5] Waki’e

[4] al-‘Amash

[3] Ibrahim bin Yazid al-Taimiy

[2] Bapa Ibrahim (Yazid bin Syarik al-Taimiy

[1] Abu Zar

 

(B)                   BANDINGAN MUTABA-AH

 

Lihat sanad hadis bab;

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، جَمِيعًا عَنِ ابْنِ عُلَيَّةَ، قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ، - سَمِعَهُ فِيمَا أَعْلَمُ - عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

*lihat perawi ke-4 dan ke-5

 

Lihat sanad mutaba-ah 3;

حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْأَشَجُّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

*lihat perawi ke-4

 

Lihat sanad mutaba-ah 2;

وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو كُرَيْبٍ، وَاللَّفْظُ لَأَبِي كُرَيْبٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

*lihat perawi ke-4 dan ke-5

 

Lihat sanad mutaba-ah 1;

وَحَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللهِ، عَنْ يُونُسَ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ،

*lihat perawi ke-4

 

[2] sanad ini, diambil dari dua orang guru Imam Muslim, iaitu ABU SA’ID AL-ASYAJ dan ISHAQ BIN IBRAHIM.

 

Perbezaan kedua-duanya adalah, ISHAQ mengambil hadis dari WAKI’ dengan lafaz اخبرنا sedangkan AL-ASYAJ guna lafaz حدثنا. Sila lihat sanad di bawah;

حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ إِسْحَاقُ: أَخْبَرَنَا، وَقَالَ الْأَشَجُّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ

 

[10] PENJELASAN MATAN

 

Hadis ini sebagai sambungan dari mutaba-ah ke-2. Hal ini kerana, dalam mutaba-ah ke-2 hanya menyebut bahawa Nabi saw membaca firman Allah yang berkaitan matahari bergerak pada orbitnya.

 

Makanya dalam mutaba-ah ke-3 ini pula, dijelaskan pula bahawa ABU ZAR bertanya kepada nabi saw berkenaan maksud ayat al-Quran tersebut. Nabi saw pun memberitahu, terminal matahari itu berada di bawah arash.

 

[11] HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-158, dijelaskan tiga perkara yang merupakan batasan waktu untuk pintu taubat tertutup; iaitu dajjal, dabbah al-Ard dan terbit matahari dari barat.

 

Dalam hadis ke-159 yang ini pula, dijelaskan lagi bahawa batasan itu terletak pada matahari terbit dari barat.

 

[12] PENGAJARAN

 

(A)               NABI BERCAKAP DALAM KERANGKA METAFIZIK

 

Kalau difikir menggunakan setahap akal manusia yang terbatas, mungkin dianggap bahawa hadis ini tidak masuk akal.

 

Perlu dijelaskan bahawa Nabi saw membuka bicara dalam hadis ini bukan sebagai seorang ahli astronomi atau ahli fizik. Namun, nabi membuka bicara sebagai seorang Nabi dan utusan Allah yang terkandung rahsia-rahsia besar yang mahu disampaikan oleh Baginda.

 

Justeru, perlu diingat bahawa hadis ini perlu difahami sebagai konsep pengetahuan yang rentas dari pengetahuan manusia—ia tidak dapat diketahui melalui wahyu.

 

Menjadi dasar bagi kebiasaan kehidupan manusia bahawa akal mereka dapat mencerap pengetahuan apabila pancaindera mereka sudah berinteraksi dengan sesuatu perkara. Tanpa interaksi pancaindera dengan sesuatu hal, manusia tidak akan dapat faham.

 

Contohnya, akal manusia tidak dapat memahami konsep alam kubur dengan sebenar-benarnya kerana pancaindera manusia belum berinteraksi dengan alam tersebut.

 

Mungkin boleh dibuatkan contoh; seperti manusia di era Hang Tuah tidak akan dapat faham; bagaimana manusia yang duduk di Malaysia dapat mendapat menadah kitab dari guru yang berada di mesir. Namun, di era internet dengan kewujudan teknologi live FB, semua ini sudah difahami.

 

Akal Hang Tuah tidak faham ketika itu, kerana pancaindera Hang Tuah tidak berkomunikasi dengan teknologi internet pada hari ini. Akal manusia pada hari ini faham kerana pancaindera mereka telah berkomuniasi dengan hal ini.

 

Demikian juga, akal manusia tidak dapat nak faham konsep alam kubur, kerana pancaindera mereka belum pernah berinteraksi dengan alam tersebut.

 

Justeru, untuk memahami hadis bab—menjelaskan berkenaan matahari berhenti di terminalnya dan menyungkur sujud, semua ini adalah persoalan yang akal manusia tidak dapat faham kerana ia diluar dari kemampuan interaksi pancaindera manusia.

 

Memandangkan hal ini disampaikan oleh nabi saw menerusi hadis yang dipercayai, maka ia diterima dengan asas keimanan.

 

(B)               SALAH SATU CARA MENGAJAR ILMU DENGAN BERTANYA

 

Nabi saw bertanya soalan: أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟

 

Dalam hadis Jibril;

 

عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، قَالَ: كَانَ أَوَّلَ مَنْ قَالَ فِي الْقَدَرِ بِالْبَصْرَةِ مَعْبَدٌ الْجُهَنِيُّ

Yahya bin Ya’mar berkata: orang yang mula-mula bercakap berkenaan takdir di Basrah adalah Ma’bad al-Juhani.

 

فَانْطَلَقْتُ أَنَا وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِمْيَرِيُّ حَاجَّيْنِ - أَوْ مُعْتَمِرَيْنِ - فَقُلْنَا: لَوْ لَقِينَا أَحَدًا مَنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلْنَاهُ عَمَّا يَقُولُ هَؤُلَاءِ فِي الْقَدَرِ

Aku dan Humaid bin Abd al-Rahman al-Himyari bertolak untuk menunaikan haji (atau umrah). Kami berbual: “Andai kita bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah, kita perlu bertanya kepadanya; iaitu berkenaan sesuatu yang mereka perkataan berkaitan dengan takdir'

 فَوُفِّقَ لَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ دَاخِلًا الْمَسْجِدَ، فَاكْتَنَفْتُهُ أَنَا وَصَاحِبِي أَحَدُنَا عَنْ يَمِينِهِ، وَالْآخَرُ عَنْ شِمَالِهِ

Abdullah bin Umar diberikan taufik (oleh Allah) untuk kami; dia masuk masjid. Aku dan temanku terus menghadangnya; salah seorang dari kami di sebelah kanannya dan seorang lagi di sebelah kirinya.

 

فَظَنَنْتُ أَنَّ صَاحِبِي سَيَكِلُ الْكَلَامَ إِلَيَّ، فَقُلْتُ: أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنَّهُ قَدْ ظَهَرَ قِبَلَنَا نَاسٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ، وَيَتَقَفَّرُونَ الْعِلْمَ، وَذَكَرَ مِنْ شَأْنِهِمْ، وَأَنَّهُمْ يَزْعُمُونَ أَنْ لَا قَدَرَ، وَأَنَّ الْأَمْرَ أُنُفٌ

Aku menjangkakan bahawa temanku akan mewakilkan pembicaraan kepadaku, maka aku berkata: “Wahai Abu Abd al-Rahman, di hadapan kami nampak suatu kaum membaca Al-Qur'an dan mencari ilmu lalu mengaku bahawa tidak ada takdir, dan perkaranya adalah baru (tidak didahului oleh takdir dan ilmu Allah)

 

 قَالَ: «فَإِذَا لَقِيتَ أُولَئِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنِّي بَرِيءٌ مِنْهُمْ، وَأَنَّهُمْ بُرَآءُ مِنِّي»

Abdullah bin Umar menjawab: “Apabila kamu bertemu orang-orang sebegini, maka bagitahu kepada mereka bahawa saya berlepas diri dari mereka dan bahawa mereka berlepas diri dariku”

 

 وَالَّذِي يَحْلِفُ بِهِ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ «لَوْ أَنَّ لِأَحَدِهِمْ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، فَأَنْفَقَهُ مَا قَبِلَ اللهُ مِنْهُ حَتَّى يُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ»

Dan demi Zat yang Abdullah bin Umar bersumpah denganNya, andai salah seorang dari kamu menafkahkan emas seperti gunung Uhud, pasti sedekah tersebut tidak akan diterima hingga dia beriman kepada takdir (baik dan buruk)”

 

 ثُمَّ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ

Kemudian dia (Abdullah bin Umar) berkata: telah menceritakan kepadaku oleh bapaku, iaitu Saidina Umar bin al-Khattab; dia berkata: pada suatu hari, ketika kami berada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba timbul kepada kami seseorang lelaki yang amat putih pakaiannya, amat hitam rambutnya.

 

 لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ

Tidak kelihatan padanya sebarang kesan-kesan permusafiran. Tidak ada seorang pun dari kalangan kami yang mengenalinya. Hinggakan dia duduk kepada Nabi saw, dia menyandarkan dua lututnya dengan dua lutut Nabi dan meletakkan dua tapak tangannya pada dua peha Nabi saw.

 

وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الْإِسْلَامِ

Dia berkata: Wahai Muhammad, beritahu kepadaku berkenaan islam.

 

فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا»

Rasulullah saw pun berkata: Islam itu adalah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah Rasulullah saw. Kamu mendirikan solat, kamu tunaikan zakat, kamu berpuasa Ramadan, kamu menunaikan haji di kaabah jika kamu mampu ke sana.

 

قَالَ: صَدَقْتَ

Kata dia: benar kamu (wahai muhammad)

 

 قَالَ: فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ، وَيُصَدِّقُهُ

Kata (saidina Umar): kami merasa pelik dengannya. Dia bertanya Rasulullah dan dia membenarkan (jawapan) Rasulullah saw itu.

 

 قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِيمَانِ

Dia berkata lagi: Beritahu kepadaku berkenaan Iman.

 

قَالَ: «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ» ، قَالَ: صَدَقْتَ،

Jawab nabi: bahawa kamu beriman dengan Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat dan kamu beriman dengan takdir baikNya dan burukNya.

 

قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِحْسَانِ

Dia berkata lagi: beritahu kepadaku berkenaan Ihsan.

 

قَالَ: «أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ» ،

Jawab nabi: bahawa kamu abdikan diri kepada Allah seakan-akan kamu nampakNya. Jika kamu tidak nampakNya, maka Dia (Allah) nampak kamu.

 

 قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ

Dia berkata: Beritahu kepadaku berkenaan kiamat.

 

 قَالَ: «مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ»

Jawab nabi: Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

 

 قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا

Dia berkata: beritahu kepadaku berkenaan tanda-tandanya

 

 قَالَ: «أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ»

Jawab nabi: Apabila seorang hamba melahirkan tuannya dan kamu melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang, miskin, penggembala kambing, namun bermegah-megahan dengan pembangunan.

 

قَالَ: ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا

Berkata (Saidina Umar): Kemudian dia pun berlalu pergi dan aku kekal kehairanan.

 

 ثُمَّ قَالَ لِي: «يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟»

Kemudian (nabi) berkata kepadaku: Wahai Umar, apakah kamu tahu siapa yang bertanya (tadi)?

 

 قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

Aku (saidina Umar) jawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

 

 قَالَ: «فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ» - مسلم, 8[1]

Jawab nabi saw: itu adalah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajar kamu akan akan agama kamu.

 

(C)               TIDAK PANDAI-PANDAI DALAM HAL AGAMA.

 

Sahabat nabi menjawab: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ

 

Dalam hadis;

 

عَنْ جَابِرٍ قَالَ: خَرَجْنَا فِي سَفَرٍ فَأَصَابَ رَجُلًا مِنَّا حَجَرٌ فَشَجَّهُ فِي رَأْسِهِ، ثُمَّ احْتَلَمَ فَسَأَلَ أَصْحَابَهُ

Jabir berkata: kami keluar dalam satu permusafiran. Lalu seseorang lelaki dari kalangan kami tertimpa batu yang menyebabkan kepalanya terbelah. Kemudian dia bermimpi. Dia pun bertanya sahabat-sahabatnya.

 

فَقَالَ: هَلْ تَجِدُونَ لِي رُخْصَةً فِي التَّيَمُّمِ؟

Katanya (bertanya): Apakah kamu semua dapati aku mempunyai rukhsah untuk bertayammum?

 

فَقَالُوا: مَا نَجِدُ لَكَ رُخْصَةً وَأَنْتَ تَقْدِرُ عَلَى الْمَاءِ

Mereka pun jawab: Kami tidak dapati rukhsah untuk kamu. Kamu berkemampuan untuk menggunakan air.

 

فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ

Dia pun mandi. Lalu dia mati.

 

 فَلَمَّا قَدِمْنَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُخْبِرَ بِذَلِكَ

 

Apabila kami pulang dan berjumpa dengan nabi saw, baginda diberitahu berkenaan hal itu.

 

 فَقَالَ: «قَتَلُوهُ قَتَلَهُمُ اللَّهُ أَلَا سَأَلُوا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوا فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ

Nabi saw pun berkata: mereka telah membunuh dia, semoga Allah membunuh kamu pula. Apakah elok mereka bertanya apabila mereka tidak tahu. Hal ini kerana, ubat bagi kekeliruan adalah bertanya.

 

إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِرَ - أَوْ» يَعْصِبَ

(Nabi kata lagi): memadai baginya bertayammum dan menitiskan air pada lukanya -atau- mengikat lukanya.

 

 «شَكَّ مُوسَى - َعلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً، ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ» - ابو داود, 336[2]

Musa ragu- terhadap lukanya itu diletakkan kain perca, kemudian usapkan atasnya serta basuh pada seluruh tubuhnya"

 

(D)               MATAHARI BERGERAK ATAS ARAHAN TUHAN

 

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38) وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ (39) لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (40) – يس

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; * Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. * (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing”

 

(E)                PINTU TAUBAT TERTUTUP

 

Sudah dijelaskan dalam syarah hadis lepas.

 

[13] BIOGRAFI PERAWI

 

[SANAD BAB]

 

[6] YAHYA BIN AYYUB AL-MUQABURI (157H-234H)

يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ

 

Dia digelar dengan ABU ZAKARIA AL-BAGHDADI.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN HAJAR AL-ASQALANI, IBN HIBBAN & AL-ZAHABI.

(b)               AL-ZAHABI kata, dia salah seorang imam hadis.

(c)                AL-HUSIAN BIN FAHM kata, dia siqah warak kuat berpegang dengan sunnah serta amat tidak benci amalan menyalahi sunnah.

(d)               AHMAD kata, dia lelaki soleh dan seorang yang berwatak tenang.

(e)               ABU HATIM AL-RAZI dan ALI BIN MADINI kata, dia soduq.

(f)                 ABDUL BAQI BIN QANI’ AL-BAGHDADI kata, dia siqah ma’mun.

 

[6] ISHAQ BIN IBRAHIM (161H-238H)

إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ

 

Nama penuhnya adalah ISHAQ BIN MAKHLAD BIN IBRAHIM BIN ABDULLAH BIN MATAR AL-HANZALI. Sering dipanggil ISHAQ BIN RAHWIYYAH atau ABU YA’QUB BIN RAHWAIYYAH AL-MARUZI.

 

Dia dilahirkan di Turkumanistan dan meninggal dunia di Nisabur (kini: Iran).

 

Dia dikenali sebagai ISHAQ BIN RAHWIYYAH kerana bapanya dilahirkan dalam perjalanan ke MEKAH yang penduduk مرو namakan sebagai RAHWIYAH (iaitu, orang kelahiran dalam permusafiran).

 

AHMAD BIN SALAMAH berkata bahawa dia dengar ISHAQ sendiri cerita bahawa gabenor ABDULLAH BIN TAHIR bertanya kepadanya: apa makna RAHWIYYAH? Apakah kamu tidak marah kepada orang yang memanggilmu dengan panggilan ini?

 

Ishaq pun bercerita bahawa ayahnya dilahirkan dalam perjalanan ke mekah. Dalam bahasa orang marawazah (المراوزة), ia disebut RAHWIYYAH. Bapaku tidak suka dipanggil begitu. Adapun aku, aku tidak marah. (al-Siyar)

 

Dia sempat berjumpa dan mendengar ilmu dari ABDULLAH BIN MUBARAK (118H-181H), WAKI’E BIN AL-JARRAH, ABU MUAWIYAH AL-DHORIR, HAMMAD BIN SALAMAH, SUFYAN BIN UYAYNAH, AL-FUDHAIL BIN IYADH AL-TAMIMI, ABDUL RAZZAQ AL-SUN’ANI dan ramai lagi.

 

 pada tahun 184 hijrah, dia bermusafir ke Iraq yang ketika itu umurnya 23 tahun.

 

Dia sempat sampai ke beberapa negara seperti HIJAZ, YAMAN, SYAM dan kembali semula ke BAGHDAD. Dia tidak masuk ke Mesir.

 

Selepas itu, dia pulang ke Khurasan dan menetap di Naisabur. Di situ dia mengajar sehingga dia meninggal dunia.

 

Dia bukan sekadar alim dalam ilmu hadis, malah alim dalam ilmu fiqh, tafsir dan bahasa arab. Dalam pengajian ilmu hadis, dia mahir dalam selok belok sanad, al-Jarh wa al-Ta’dil serta Illat hadis.

 

Ramai peneliti menyebut bahawa dia adalah orang yang mengideakan kepada al-Bukhari agar himpunkan hadis-hadis sahih sahaja dalam satu kitab. Hal ini ketika Imam al-Bukhari berada dalam majlis Ishaq yang ketika itu dia berkata kepada al-Bukhari:

لو جمعتم كتابا مختصرا لصحيح سنة النبي

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                NAI’M BIN HAMMAD kata, apabila kamu jumpa orang khurasan memburukkan Ishaq, ketahuilah bahawa orang itu bermasalah dalam beragama.

(b)                AL-DARIMI kata, penduduk timur dan barat mengakui kebenarannya الصدق

(c)                KHATIB AL-BAGHDADI kata, para ahli ilmu dari bilang hadis dan fiqh, serta ahli kebenaran, hafaz, warak dan zuhd akui Ishaq.

(d)                AL-NASAIE kata, dia siqah ma’mun serta imam.

(e)               ABU ZUR’AH kata, aku tidak pernah jumpa orang yang lebih hafaz berbanding ISHAQ.

(f)                 ABU HATIM kata, mengkagumkan dari sudut ketelitian dan kesejahteraan dari kesalahan bersama kekuatan hafazannya.

(g)                IBN AL-QAYYIM kata, pada zamannya, ishaq adalah orang yang terkemuka dalam bidang ilmu, hadis, tafsir, sunnah, amar makruf dan nahi mungkar. Kuat melawan fahaman jahmiyyah serta ahli bid’ah di Khurasan. Dia adalah ulama yang menyebarkan sunnah di Khurasan.

 

[5] BIN ULAYYAH (110H-193H)

ابْنِ عُلَيَّةَ

 

Nama betulnya adalah ISMAIL BIN IBRAHIM BIN MUQSAM AL-QURASHI AL-ASADI. Lebih popular dengan IBN ULAYYAH. Dia berada di sekitar basrah dan kufah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

ULAYYAH itu adalah nama ibunya. Menurut AL-ZARKALI bahawa dia tidak suka dipanggil dengan gelaran IBN ULAYYAH.

 

Atuknya pula, MUQSIM berasal dari keturunan SABY AL-QIQANIYYAH, iaitu satu keturunan yang berada antara khurasan dan ZABULISAN زابلسان (dalam wilayah Azerbaijan).

 

Bapanya, IBRAHIM adalah seorang peniaga dari KUFAH. Dia datang ke BASRAH untuk berniaga. Di situ, dia berjumpa dengan ULAYYAH BINTI HASSAN dan bernikah sehingga melahirkan ISMAIL.

 

AMRU BIN ZURARAH AL-NAISA’BIRI pernah kata, aku bersahabat dengan IBN ULAYYAH selama 14 tahun. Aku tidak pernah nampak dia senyum. Hal ini kerana, dia selalu kelihatan sedih dan takut dengan akhirat.

 

Di akhir era pemerintahan HARUN, dia dilantikan menjadi pengerusi hal ehwal zakat di Basrah.

 

Dia berpindah ke Bahdad bersama dengan bapanya. Di situ, dia beli rumah dan dia meninggal di situ.

 

Jenazah dia disembahyangkan oleh anaknya yang bernama IBRAHIM, seorang tokoh besar dari aliran JAHMIYYAH.

 

Dia ada beberapa orang anak yang terkenal: (al-Siyar)

(a)                ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Qadhi di Damsyiq dan merupakan guru kepada imam al-nasaie.

(b)               IBRAHIM BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Seorang penganut fahaman JAHMIYYAH serta anggap al-Quran adalah makhluk dan pernah berdebat dengan Imam syafie.

(c)                HAMMAD BIN ISMAIL—salah seorang guru kepada Imam Muslim.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)                AL-BAIHAQI, dinukilkan perkataan Imam syafie bahawa dia siqah.

(b)               ABU JA’FAR AL-BASTI kata, dia siqah dan lebih hafaz berbanding al-saqafi.

(c)                ABU DAUD kata, tidak ada seorang pun ulama hadis yang tidak silap kecuali ISMAIL BIN ULAYYAH.

(d)               Dianggap SIQAH oleh AL-HAKIM, IBN MAHDI,

(e)                AHMAD kata, orang yang paling sabat di Basrah.

(f)                 AL-NASAIE dan AL-WAQIDI kata, dia siqah sabat.

(g)                AL-ASQALANI kata, dia siqah hafiz.

(h)               AL-ZAHABI kata, dia imam hujah.

(i)                  SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ kata, dia adalah wangian para fuqaha’. Dan penghulu para ulama hadis.

(j)                  SADUSI kata, dia sabat sangat.

(k)                IBN SA’AD kata, dia sabat dan hujjah.

 

[4] YUNUS BIN UBAID BIN DINAR AL-QAISI (139H)

 يُونُسُ بن عبيد بن دينار القيسي

 

Disebut juga dengan YUNUS BIN UBAID AL-‘ABDI AL-BASRI AL-KUFI. Gelarannya ABU ABDILLAH. Ada kata, ABU UBAID.

 

Dia dilahirkan di Kufah dan berada di sekitar al-Sus, Basrah dan Kufah.

 

ABU BAKAR BIN MANJUYAH dalam RIJAL SAHIH MUSLIM menyatakan bahawa dia amat benci ahli bid’ah. 

 

ABU HATIM kata dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR WA A’LAM FUQAHA AL-AQTAR bahawa dakwaan bahawa dia dengar hadis dari ANAS BIN MALIK adalah tidak sahih.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh ABU HATIM AL-RAZI, AHMAD, AL-NASAIE, SUFYAN BIN HASAN dan YAHYA BIN MAIN.

(b)               AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat mempunyai kelebihan serta warak.

(c)                ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia ulama yang terkemuka pada zamannya; dari sudut ilmu, kelebihan, hafazan, teliti dan dalam mengikut sunnah.

(d)               AL-ZAHABI kata, dia salah seorang imam basrah, dari kalangan ulama beramal dan sabat.

(e)               AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.

 

[3] IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY. Digelar dengan ABU ASMA’ AL-KUFI.

 

Terkenal dengan ahli Ibadat yang tekun. Al-‘Amash pernah cerita bahawa semasa dia sujud, burung datang hinggap di atas belakangnya.

 

Menurut cerita (قيل), dia mati dibunuh oleh al-Hajjaj pada tahun 92 hijrah (Kawkab:4/119) dan SA’ID BIN JUBAIR dibunuh pada tahun 95 hijrah.

 

Dalam al-Tabaqat al-Kubra, AL-WAQIDI meriwayatkan bahawa HAJJAJ mahu mencari IBRAHIM AL-NAKHAIE (47H-96H). lalu IBRAHIM ALTAIMI datang dan berkata: Aku adalah IBRAHIM.

 

Dia pun ditangkap oleh HAJJAJ dalam keadaan IBRAHIM AL-TAIMI tahu bahawa yang HAJJAJ mahu adalah IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia pun dipenjarakan di AL-DIMASالديماس (kini di Syria). Dalam penjara, dia sentiasa sejuk dan tidak mendapat cahaya matahari.

 

Keadaan dia begitu teruk, sehingga ketika ibunya datang ziarah dia di penjara, ibunya tidak mengenalinya kecuali setelah bercakap dengan dia.

 

Dia mati dalam penjara. Dalam riwayat AL-WAQIDI diceritakan juga bahawa HAJJAJ bermimpi pada malam IBRAHIM meninggal dunia bahawa ada suara memberitahu bahawa ada seorang ahli syurga mati dalam penjara. Keesokannya, HAJJAJ tanya kepada pegawai istana. Mereka jawab: orang itu adalah IBRAHIM AL-TAIMI.

 

ABU DAUD kata, dia meninggal dunia ketika umurnya tidak sampai 40 tahun. (Tabaqat al-Huffaz—al-Sayuti)

 

Dia terkenal dengan zuhud dan ibadat. Dia pernah berkata: aku pernah tidak makan selama 30 hari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                AL-ZAHABI kata, dia pemuda soleh taat perintah tuhan alim faqih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI sebut dalam AL-TAQRIB, dia siqah tetapi IRSAL dan TADLIS (Kawkab:4/119)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[2] YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY (71H)

 يزيد بن شريك بن طارق التيمي

 

Dia adalah bapa kepada IBRAHIM BINI YAZID AL-TAIMIY. Nama penuhnya adalah YAZID BIN SYARIK BIN TARIQ AL-TAIMIY. Dipanggil dengan ABU IBRAHIM AL-KUFI.

 

Dia meninggal dunia di kufah.

 

AL-ZAHABI kata, dia dari keturunan AL-TAIMI, yang bukan dari entiti Quraish.

 

IBN HAJAR kata dalam AL-TAQRIB, bahawa dia sempat di era Jahiliyyah. Dia meninggal era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN. (Kawkab:4/119)

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan IBN HIBBAN. (Kawkab:4/119)

 

[1] ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 أَبو ذَرّ الغفاري

 

Dia dari etnik GHIFFAR, iaitu salah satu kelompok BANI BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH. Kelompok dia selalu berada di sekitar kafilah antara mekah dan syam.

 

Berkenaan nama sebenarnya, terdapat khilaf seperti berikut;

(a)                JUNDAB BIN JUNADAH

(b)               JUNDAB BIN AL-SAKAN

(c)                BARIR BIN JUNADAH

(d)               BARIR BIN ABDULLAH

(e)               YAZID BIN JUNADAH

(f)                 BARIR BIN JUNDAB

(g)                BARIR BIN ‘ASRAQAH

(h)               JUNDAB BIN ABDULLAH

(i)                  BARIR BIN JUNADAH

 

Namun, yang popular menyebut bahawa Namanya adalah JUNDAB BIN JUNADAH BIN SUFYAN BIN UBAID BIN HARAM BIN GHIFFAR BIN MALIK BIN DHAMRAH BIN BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH

 

Ada pula kata, JUNDAH BIN JUNADAH BIN KU’AIB BIN SU’AIR BIN AL-WAQ’AH BIN HARAM

 

Ibunya bernama RAMLAH BINTI AL-WAQI’AH AL-GHIFFARIYYAH. Dia adalah adik beradik seibu dengan seorang sahabat bernama AMRU BIN ABSAH AL-SULAMI.

 

Dia antara yang terawal memeluk islam, iaitu di Mekah, tetapi agak lewat berhijrah ke Madinah, iaitu selepas dari perang uhud (ada kata: selepas perang badar).

 

Ada dakwaan kata, dia orang ke-4 atau ke-5 yang terawal memeluk islam.

 

Dia adalah orang yang memeluk islam secara terbuka semasa di mekah lagi.

 

Sebelum Islam, dia seorang perompak. Dia seorang muwahhid dan tidak pernah menyembah berhala. Muhammad bin habib al-Baghdadi pernah menyebut bahawa sejak jahiliyyah lagi dia haramkan dirinya dari arak, mabuk dan judi.

 

 Ekoran itu, apabila mendengar berkenaan dakwah islam, dia cepat-cepat mencari maklumat di mekah untuk memeluk islam.

 

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa apabila dia dapat berita berkenaan dakwah nabi Muhammad, dia menyuruh adiknya, UNAIS agar ke mekah untuk cari maklumat berkenaan ajaran islam.

 

Adiknya itu pun pergi, dan mendapat maklumat yang tidak banyak. Apabila pulang dan memberitahu kepada ABU ZAR, itu tidak memuaskan hatinya. Dia hanya cakap:

 

رأيته يأمر بمكارم الأخلاق، ويقول كلامًا ما هو بالشعر

“Aku nampak dia menyuruh manusia berakhlak mulia. Dia bercakap dengan perkataan yang ia bukan syair”

 

Dengan itu, Abu Zar sendiri berbekal dan dia sendiri ke Mekah dan mencari nabi Muhammad di sana, walhal dia tidak mengetahui pun berkenaan Mekah.

 

Semasa di mekah, dia tidak bertanya kepada penduduk Mekah, sehingga apabila malam, dia tidur di sekitar mekah, dia terjumpa dengan Ali bin Abi Talib.

 

Saidina Ali itu dapati bahawa dia seorang berpakaian gharib. Dengan itu, diajak agar bertamu di rumahnya. Makanya, dia bertamu dengan rumah Saidina Ali selama 3 hari.

 

Apabila cukup tiga hari, Ali bertanya kepada Abu Zar sebab dia datang ke mekah. Abu Zar meminta agar Ali berjanji bahawa kalau dia kenal nabi, maka hendaklah dia tunjukkan kepadanya.

 

Ali pun bersetuju. Maka, Abu Zar memberitahu tujuannya datang ke Mekah untuk mencari Nabi Muhammad saw. Apabila diberitahu, Ali pun terus berkata: ia adalah kebenaran. Dia adalah uturan Allah. apabila pagi, kamu ikuti aku dan aku akan bawa berjumpa dengan nabi.

 

Apabila dia berjumpa, dia terus memeluk islam.

 

Setelah dia memeluk Islam, nabi saw suruh agar dia pulang ke kampungnya dan maklumkan ajaran islam ini kepada kaumnya.

 

Apabila dia keluar dari berjumpa dengan nabi, dia pun ke masjid dan dia menyeru dengan suara yang kuat:

 

أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدًا عبده ورسوله

 

Mendengar itu, kaum Quraish yang ada di situ memukulnya sehingga datang AL-ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB—menghalang dari dia dipukul. Al-Abbas berkata kepada Quraish:

 

ويلكم، ألستم تعلمون أنه من غِفار! وأنه من طريق تجارتكم إلى الشام؟

Celaka kamu. Kamu tidak tahukah, bahawa dia dari Bani Ghiffari. Dia adalah kabilah yang ganggu perniagaan kamu di Syam?

 

Dengan itu, dia dilepaskan dari dipukul.

 

Menurut IBN QUTAIBAH AL-DINAWARIY, dia tidak terlibat perang badar, uhud dan Khandaq kerana ketika itu dia berada bersama dengan kabilahnya. Selepas dari itu, baru dia berhijah ke Madinah dan duduk bersama dengan Nabi saw. selepas itu, semua perang yang Nabi terlibat bahawa dia terlibat sama.

 

IBN ISHAQ menyatakan bahawa Nabi saw mempersaudarakan Abu Zar dengan AL-MUNZIR BIN AMRU. Namun, riwayat IBN ISHAQ itu dibantah oleh MUHAMMAD BIN UMAR AL-WAQIDI dengan hujah bahawa mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar hanya berlaku sebelum perang Badar. Adapun selepas turut ayat AL-MAWARIS, tidak ada lagi mempersaudarakan antara MUHAJIRIN dan ANSAR.

 

Antara kisah popular berkenaan ABU ZAR adalah, apabila pemerintahan islam semakin meluas, dia ada meminta jawatan dari Nabi saw. namun, Nabi saw pun berpesan kepadanya sambil menepuk bahunya:

 

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةُ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا» - مسلم, 1825

Wahai Abu Zar, kamu lemah. Jawatan adalah Amanah. Jawatan itu pada hari kiamat nanti adalah kesedihan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan kebenaran dan menunaikan tanggungjawab yang sebenar.

 

Selepas Nabi wafat, dia terlibat sama dalam usaha membuka kota Syam dan Baitul Maqdis di era pemerintahan Saidina Umar.

 

Dia meninggal di al-Rabaza (الربذة) -satu tempat di Saudi yang kini dikenali sebagai DARB ZUBAYDAH - pada tahun 32 hijrah, iaitu di akhir pemerintahan Saidina Osman bin Affan. Yang menjadi imam menunaikan solat jenazahnya adalah ABDULLAH BIN MAS’UD. Tidak lama kemudian, ABDULLAH BIN MAS’UD pula meninggal dunia, iaitu pada tahun yang sama.

 

Al-Hakim ada meriwayatkan dalam AL-MUSTADRAK hadis; daripada ABDULLAH BIN MAS’UD berkata:

 

فَلَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ أَوْصَى امْرَأَتَهُ وَغُلَامَهُ إِذَا مُتُّ فَاغْسِلَانِي وَكَفِّنَانِي، ثُمَّ احْمَلَانِي فَضَعَانِي عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ

Ketika Abu Zar dengan kematian, dia memberi wasiat kepada isteri dan anaknya agar mereka berdua mandikannya, kafankannya dan mereka berdua bawa dia dan tanam dia di tepi jalan laluan orang ramai.

Di suatu ketika, ABDULLAH BIN MAS’UD bersama beberapa rakannya dari kalangan penduduk kufah melintasi kawasan kuburnya. Mereka bertanya: kubur siapa di sini? Ada yang jawab: Abu Zar.

 

Mendengar itu, ABDULLAH BIN MAS’UD menangis seraya berkata:

صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا ذَرٍّ يَمْشِي وَحْدَهُ، وَيَمُوتُ وَحْدَهُ، وَيُبْعَثُ وَحْدَهُ» - المستدرك, 4373

“Benarlah apa yang Rasulullah saw katakana, semoga Allah merahmati Abu Zar. Dia berjalan seorang diri, dia mati seorang diri dan dia dibangkitkan seorang diri”

 

Al-Zahabi sebut dalam al-siyar bahawa ABU ZAR adalah seorang yang zuhud, benar, berilmu, kuat beramal, bercakap benar tanpa hiraukan kepada orang yang mencelanya.

 

Rupa parasnya, dia seorang yang berisi, janggutnya lebat dan panjang, rambut dan janggutnya putih. Ada pula kata, dia kurus.

 

Abu Zar terkenal dengan zuhud dan sayangkan orang miskin. Apabila dia mendapat wang, dia akan membelikan semua wangnya untuk kecukupan dapurnya selama setahun. Duit yang berbaki, dia akan bahagikan kepada para fakir miskin.

 

[MUTABA-AH 1]

 

[6] ABDUL HAMID BIN BAYAN AL-WASITI (244H)

عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDUL HAMID BIN BAYAN BIN ZAKARIA BIN KHALID AL-YASYKURI atau AL-SUKARI.

 

Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-WASITI AL-ATTAR.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, AL-ZAHABI, MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI.

(b)               IBN HAJAR dalam AL-TAQRIB kata, dia soduq. (Kawkab:4/122)

 

[5] KHALID BIN ABDILLAH BIN ABD AL-RAHMAN BIN YAZID AL-MUZANI (282H)

 خَالِدٌ ابْنَ عَبْدِ اللهِ بن عبدالرحمن بن يزيد المزني

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR dalam AL-TAQRIB kata, dia siqah sabat. (Kawkab:4/122)

 

[4] YUNUS BIN UBAID

 يُونُسَ بن عبيد

 

Lihat sanad bab

 

[3] IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY

 إِبْرَاهِيمَ بن يزيد التَّيْمِيِّ

 

Lihat sanad bab

 

[2] YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY

 يزيد بن شريك التيمي

 

Lihat sanad bab

 

[1] ABU ZAR

 أَبِي ذَرٍّ

 

Lihat sanad bab

 

[MUTABA-AH 2]

 

[6] ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH (159H-235H)

أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ

 

Dia adalah abang kepada Osman bin Abi Syaibah, bapa kepada IBRAHIM BIN ABI BAKAR dan bapa saudara kepada ABU JA’FAR MUHAMMAD BIN OSMAN.

 

Dia dilahirkan di Wasit (Iraq) dan meninggal di kufah. Dia pernah sampai ke Damsyiq. Dia adalah pengarang kitab “Musannaf Ibn Abi Syaibah”.

 

Dalam kalangan ulama hadis menggelarkannya sebagai SAYYID AL-HUFFAZ, iaitu penghulu bagi segala penghafaz hadis. Dia bukan sekadar terkenal dalam bidang hadis, malah terkenal juga dalam bidang tafsir al-Quran.

 

Dalam kalangan imam al-Kutub al-Sittah itu, hanya Imam al-tarmizi sahaja tidak riwayatkan hadisnya. Ibn Majah pula, meriwayatkan hadisnya dengan perantara.

 

Walaubagaimana pun, dia perawi yang sahih.

 

[6] ABU KURAIB (161H-248H)

 أَبُو كُرَيْبٍ

 

Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN AL-‘ALA’ BIN KURAIB AL-HAMZANI.

 

Ulama kelahiran dan meninggal dunia di Kufah ini adalah salah seorang dari 9 orang guru-guru enam orang imam kutub al-Sittah yang mereka ambil hadis tanpa perantara sesiapa pun. Dia digelar sebagai Abu Kuraib.

 

[5] ABU MUAWIYAH (113H-194H)

أَبُو مُعَاوِيَةَ

 

Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN KHAZIM AL-DHORIR AL-TAIMIY AL-SA’DIY AL-KUFI.

 

Dilahirkan di Kufah dan hidup sekitar Baghdad dan Kufah.

Abu Daud kata, dia buta sewaktu umurnya 4 tahun. Ada pula kata, sewaktu umurnya 8 tahun.

 

Dia antara murid kepada AL-‘MASH yang paling lama, dikatakan sehingga 20 tahun. Sehinggakan dia orang yang paling hafal hadis AL-‘AMASH.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                AL-BAIHAQI kata, dia hujjah. Para huffaz sepakat terima.

(b)               ABU HATIM AL-RAZI kata, selepas AL-A’MASY dan AL-SAURI, orang yang paling sabat adalah ABU MUAWIYAH AL-DHARIR.

(c)                AL-HAKIM kata, dia murid AL-A’MASH yang paling hafiz.

(d)               ABU YA’LA AL-KHALILI kata, dia siqah muttafaq alaih.

(e)               AL-NASAIE kata, dia siqah pada hadis AL-‘AMASH.

(f)                 AL-DARAQUTNI kata, dia antara ahli siqah yang tinggi.

(g)                ALI BIN AL-MADINI kata, dia siqah.

(h)               WAKI’ kata, aku tidak pernah jumpa orang yang amat tahu berkenaan hadis al-‘Amash kecuali dia.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(a)                ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, dia murjiah dan menyeru kepada fahaman dia.

(b)               Dikatakan fahaman MURJIAN itu, WAKI’ tidak hadir solat jenazahnya

(c)                AHMAD BIN HAMZAH BIN ABI TAHIR kata, dia selalu tadlis.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(a)                AL-ZAHABI, AL-SAUDIS & ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia hafiz mutqin tetapi dia berfahaman MURJIAH

(b)               AHMAD BIN HANBAL kata, dia hafaz betul-betul hadis al-‘Amash sahaja. selain itu, berlaku mudhtarib.

(c)                 AL-ASQALANI kata, dia siqah dan tertuduh berfahaman MURJIAH. Dia paling hafal hadis AL-‘AMASH dan berlaku waham pada hadis orang lain.

(d)               AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis. namun, tadlis dan berfahaman murjiah.

(e)               YAHYA BIN MAIN kata, dia sabat pada hadis AL-‘AMASH ambil dari JARIR. Tetapi, hadis al-‘amash tanpa dari jarir, itu boleh berlaku silap. Andai dia riwayatkan hadis daripada UBAIDULLAH BIN UMAR, semua hadisnya mungkar.

(f)                 IBN KHIRASH kata, dia soduq; dia ambil hadis dari al-A’mash, maka dia siqah. Selain dari AL-‘AMASH, dia IDHTIRAB.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[4] AL-‘AMASH (61H-148H)

 الْأَعْمَشُ

 

Nama sebenarnya adalah SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH

 

Dia adalah rijal Kutub al-Sittah. Dia dilahirkan di Tabaristan dan meninggal dunia di Kufah. Namun, dikatakan asal dari keturunan Iran. Menurut dakwaan ramai bahawa dia dilahirkan pada hari Saidina Husain dibunuh, iaitu pada 10 Muharram tahun 61 hijrah. Dikatakan juga bahawa bapanya ada di tempat pembunuhan Saidina Husain itu. Dikatakan, dia dilahirkan di perkampungan ibunya di Tabaristan (sekarang dibawah Iran)

 

Semasa kecil, keluarganya telah membawanya berhijrah ke Kufah pada tahun 61H. Ada dakwaan menyatakan, ketika itu dia belum lagi dilahirkan, bahkan masih dalam kandungan ibunya lagi.

 

Dia dikenal sebagai al-‘amash kerana semenjak kecil, dia dihinggapi penyakit mata yang dalam perkataan al-A’mash bermaksud mata selalu kelihatan berair.

 

Dia adalah Tabiin yang digelar oleh al-Zahabi sebagai Syaikh al-Muhaddisin (guru segala ulama hadis).  Dia bukan sekadar alim dalam bidang hadis, malahan alim dalam bidang al-Quran, Qiraat dan ilmu Faraid. Dia terkenal dengan kuat beribadat.

 

Al-Zahabi kata, sulaiman selalu buat tadlis. Kadangkala dia tadlis dari perawi lemah tanpa dia tahu.

 

Apabila dia kata: haddasana, itu tidak mengapa. Tetapi, apabila dia kata, عن maka itu ada kemungkinan ada tadlis.

 

Namun, tadlis dia tidak menjadi salah jika dia ambil dari guru-guru hebat seperti Ibrahim, Ibn Abi Wail, Abi Soleh al-Siman. Semua ini, ada kemungkinan sanad bersambung. (NAQD MUTUN AL-AHADIS I’NDA AL-HAFIZ IBN KATHIR FI KITABIHI AL-QURAN AL-AZIM, Dr. Wadhah Abd al-hadis Abd al-Rahman al-Muri. (tesis master), hlm 246)

 

Komen Syaikh Khalid al-Darayyis, kalau al-A’mash tidak sarih kata dia dengar dari jalur yang diyakini, maka itu perlu dilihat pada dua bahagian

 

Satu: عنعنة yang ada kemungkinan bersambung sanad.

 

(a)                           Iaitu, jika dikeluarkan dari sahih bukhari dan muslim sebagai usul, bukan sebagai syawahid dan mutaba-ah.

 

(b)                          Boleh diterima, jika dari kitab Sahih ibn Hibban. Kerana, Ibn Hibban pernah kata dalam muqaddimah kitabnya, bahawa dia tidak akan keluarkan hadis yang mudallis kecuali dia dapati ada wajah lain yang سماع.

 

(c)                           Syu’bah yang ambil hadis dari al-A’masy boleh diterima, walaupun guna عن kerana riwayat itu mesti dia pernah dengar hadis.

 

(d)                          Hafs bin Ghiyas yang ambil hadis dari al-A’mash.

 

(e)                          Apabila A’masy riwayat hadis yang tidak ada sebarang pengkritik hadis mengkritik hadis terbabit, serta tidak ada mungkar pada matan hadis tersebut, maka عنعنة al-A’mash itu adalah bersambung sanad.

 

Kedua: kemungkinan tidak bersambung sanad.

 

(a)                 Iaitu, jika dalam jalur lain terdapat ia tidak tadlis. Seperti dia bawa dalam jalur lain menggunakan حدثت atau بلغني dll. Maka sanad yang guna عنعنة dianggap terputus sanad.

 

(b)                 Dilihat kepada guru-guru tertentu seperti Mujahid. Dia pernah kata, dia tidak dengar hadis dari mujahid kecuali 4 hadis sahaja.

 

(c)                   Begitujuga, guru bernama SAID BIN JUBAIR. Itu perlu disebut حدثنا maka boleh dianggap muttasil. Jika sekadar عن maka hadisnya terputus sanad

 

(d)                  Jika hadis itu, matannya mungkar, seperti hadis yang ada perawi ahli bid’ah yang kandungan matannya mengangkat kebid’ahannya.

 

(e)                 Contohnya: al-Bukhari illatkan hadis riwayat al-‘Amash yang ambil hadis dari Salim yang berkaitan dengan kesyiahan.  (NAQD MUTUN AL-AHADIS I’NDA AL-HAFIZ IBN KATHIR FI KITABIHI AL-QURAN AL-AZIM, Dr. Wadhah Abd al-hadis Abd al-Rahman al-Muri. (tesis master), hlm 250)

 

[3] IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY

 إِبْرَاهِيمَ بن يزيد التَّيْمِيِّ

 

Lihat sanad bab

 

[2] YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY

 يزيد بن شريك التيمي

 

Lihat sanad bab

 

[1] ABU ZAR

 أَبو ذَرٍّ

 

Lihat sanad bab

 

[MUTABA-AH 3]

 

[6] ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDULLAH BIN SA’ID BIN HUSOIN AL-KINDI AL-ASYAJ AL-KUFI

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia imam pada zamannya.

(b)               MUHAMMAD BIN AHMAD BIN BILAL AL-SYATHWI kata, aku tidak jumpa orang lebih hafal darinya.

(c)                AL-NASAIE kata, dia soduq.

(d)               YAHYA BIN MAIN kata, dia ليس به بأس, tetapi dia riwayatkan juga hadis dari perawi doif.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[6] ISHAQ BIN IBRAHIM BIN RAHWIYYAH

إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ

 

Lihat sanad bab.

 

[5] WAKI’ BIN AL-JARRAH (129H-197H)

وَكِيعٌ بن الجراح

 

Berasal dari Kufah dan meninggal di situ. Seorang ulama hadis yang terkenal di Iraq pada zamannya.

 

Beliau merupakan salah seorang guru Imam Ahmad dan imam al-Syafie yang namanya beberapa kali tersebut dalam beberapa syair al-Imam al-Syafie.

 

Menurut Ibn al-Madini, dia ada cenderung kepada syiah, tetapi terlalu sedikit sangat.

 

Beliau merupakan Rijal al-Kutub al-Sittah dan dia adalah perawi SAHIH

 

[4] AL-‘AMASH

 الْأَعْمَشُ

 

Lihat sanad mutaba-ah 2;

 

[3] IBRAHIM AL-TAIMIY

إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ

 

Lihat sanad bab

 

[2] YAZID BIN SYARIK

 يزيد بن شريك

 

Lihat sanad bab

 

[1] ABU ZAR

 أَبو ذَرٍّ

 

Lihat sanad bab.

 



[1] SANAD:

حَدَّثَنِي أَبُو خَيْثَمَةَ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ كَهْمَسٍ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، ح وحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ - وَهَذَا حَدِيثُهُ - حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا كَهْمَسٌ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ، قَالَ:

[2] SANAD:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَنْطَاكِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنِ الزُّبَيْرِ بْنِ خُرَيْقٍ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ جَابِرٍ قَالَ

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...