|
MUTABA-AH 3 (HADIS 155) |
حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا
ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي نَافِعٌ مَوْلَى أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ ابْنُ
مَرْيَمَ فِيكُمْ وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ؟»
Rasulullah saw
bersabda: Bagaimana keadaan kamu apabila Ibn Maryam turun kepada kamu dan dia
adalah imam kamu dari kalangan kamu?”
|
PENJELASAN SANAD |
[1] Hadis ini sebagai gambaran bahawa ia punyai BANYAK
JALUR.
[2] mutaba-ah 3 ini, sama seperti jalur 2 dalam sanad
mutaba-ah 1. Cuma perbezaan hanya pada perawi ke-2, iaitu yang ambil hadis dari
Abu Hurairah bukan IBN MUSAYYIB tetapi NAFI’ BIN ABBAS.
|
PENJELASAN MATAN |
[1] Hadis ini seakan-akan Nabi saw sebelum memberitahu
berkenaan kedatangan Isa yang membawa keadilan seperti dalam matan musnad;
iaitu, sebelum Nabi memberitahu itu, Nabi saw bertanya dahulu kepada sahabat
nabi saw dengan soalan: apa pandangan kamu apabila Nabi Isa turun kepada kamu.
[2] Pada perkataan وَإِمَامُكُمْ
مِنْكُمْ—ia memberi maksud imam solat. tetapi, Nabi Isa menjadi makmum
kepada imam dari kalangan umat Nabi Muhammad saw.
Qadhi Iyadh pula menafsirkan pada perkataan امامكم adalah Nabi Isa mengepalai
usaha perlaksanaan al-Quran dan hadis yang merupakan dasar bagi syariat Nabi
Muhammad saw.
Amin al-Hariri kata, ini lebih elok kerana Nabi Isa
bukan bawa syariat baru. (4/104)
[3] pada perkataan منكم, orang yang menjadi imam itu
adalah:
ada kata, dari kalangan Quraish.
Ada kata, Imam Mahdi. Hal ini merujuk kepada hadis:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا
تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ العَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي
يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي» - التبرمذي, 2230[1]
Tidak hilang dunia kecuali seseorang lelaki dari
kalangan ahli bait aku menguasai arab. Namanya sama dengan namaku.
Dalam riwayat Abu Daud, ada penambahan:
يُوَاطِئُ اسْمُهُ
اسْمِي، وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي " زَادَ فِي حَدِيثِ فِطْرٍ: «يَمْلَأُ
الْأَرْضَ قِسْطًا، وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا» - ابو داود, 4282[2]
Namanya sama dengan namaku, nama bapanya sama dengan
bapaku—dalam, hadis Fitr ditambah: dia memenuhkan bumi dengan keadilan
sepertimana bumi pernah dipenuhi dengan kezaliman”
|
PENGAJARAN |
[1] TUTUP RUANG UNTUK NASRANI
Apabila Nabi Isa menyuruh umat Nabi Muhammad menjadi
imam, sedangkan Nabi isa sebagai makmum, itu satu pengiktirafan Nabi isa terhadap
umat Nabi Muhammad. Justeru, ia telah
menutup segala ruangan orang Nasrani untuk merendahkan Nabi Muhammad saw. (4/104)
|
BIOGRAFI PERAWI |
[6] HARMALAH BIN YAHYA (166H-244H)
حَرْمَلَةُ
بْنُ يَحْيَى
Lihat Sanad Mutaba-ah 1, jalur 2
[5] ABDULLAH BIN WAHB (125H-197H)
عبدالله بن وهب
Lihat Sanad Mutaba-ah 1, jalur 2.
[4] YUNUS BIN YAZID AL-AILI
يُونُسُ بن يزيد الأيلي
Lihat sanad Mutaba-ah 1, jalur 2.
[3] IBN SYIHAB
ابْنِ شِهَابٍ
Lihat sanad bab dan
mutaba-ah 1.
[2] NAFI’ BIN ABBAS
(91-100H)
نَافِعٌ
مَوْلَى أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ
Nama sebenarnya adalah NAFI’ BIN ABBAS.
Al-Sayuti
dalam al-Is’af kata, ada pihak menyatakan bahawa amanya NAFI’ BIN ‘AYYASH
AL-AQRA’ dan dipanggil dengan ABU MUHAMMAD, tetapi itu dibantah dengan menyatakan
bahawa dia dipanggil ABU ‘AYYASH.
Al-Zahabi
dalam Tarikh al-Islam wa wafiyat al-Masyahir wa al-A’lam menyatakan bahawa dia
mati dalam lingkungan tahun 91 hingga 100 hijrah.
Dia
tinggal di sekitar Hijaz, terutama di Madinah.
Dia
diakui siqah ramai ulama, seperti Abu Hatim bin Habban, Ibn Syahin, Ibn Syuaib
al-Nasaie, Ibn Soleh al-Jili, al-Asqalani dan al-Zahabi. Ahmad kata, dia
ma’ruf.
Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi
dan al-Nasaie, dan seorang perawi yang sahih.
[1] ABU HURAIRAH
أَبَو هُرَيْرَةَ
Lihat sanad hadis bab dan Mutaba-ah 2.
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
عُبَيْدُ بْنُ أَسْبَاطِ بْنِ مُحَمَّدٍ القُرَشِيُّ الكُوفِيُّ، قَالَ:
حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، عَنْ عَاصِمِ ابْنِ
بَهْدَلَةَ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ – قال الترمذي: وَفِي البَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَأُمِّ
سَلَمَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
[2] SANAD:
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ،
أَنَّ عُمَرَ بْنَ عُبَيْدٍ، حَدَّثَهُمْ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ يَعْنِي ابْنَ عَيَّاشٍ، ح وحَدَّثَنَا
مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ سُفْيَانَ، ح وحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ
إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى، أَخْبَرَنَا زَائِدَةُ، ح
وحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ
مُوسَى، عَنْ فِطْرٍ، الْمَعْنَى وَاحِدٌ، كُلُّهُمْ عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ،
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ-
[حكم الألباني] : حسن صحيح
No comments:
Post a Comment