|
SYAWAHID 1 – JABIR BIN ABDILLAH (HADIS 156) |
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللهِ
وَحَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ قَالُوا: حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ عَنِ
ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ: «لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ
ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ»
Nabi Saw bersabda: Setiasa ada satu kelompok dari
kalangan umatku bahawa mereka berperang atas kebenaran dalam keadaan mereka
menzahirkan (kebenaran tersebut) hingga pada hari kiamat kelak.
قَالَ:
"فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ: تَعَالَ صَلِّ لَنَا، فَيَقُولُ: لَا، إِنَّ بَعْضَكُمْ
عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ تَكْرِمَةَ اللهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ
Nabi saw berkata lagi: Isa anak Maryam akan turun.
Berkata ketua mereka: Kemarilah, menjadi imam solat untuk kami. Baginda pun
berkata: tidak, sesungguhnya setengah kamu menjadi pemimpin terhadap setengah
yang lain sebagai kemuliaan Allah berikan kepada umat ini.
|
PENJELASAN SANAD |
Sanad KHUMASIYAT, dua dari awal dari MEKAH, dua
kemudiannya BAGHDAD dan satu dari MADINAH.
|
PENJELASAN MATAN |
[1] Nabi menjelaskan bahawa kebenaran agama Islam ini
pasti akan ada sentiasa yang memperjuangkannya sehingga hari kiamat. Justeru,
sebarang penyelewengan agama, andai berlaku sekalipun, pasti akan ada yang
bangkit melawan.
[2] Dalam matan disebut lafaz أُمَّتِي—yang diterjemahkan “umat aku”, iaitu merujuk kepada ummat
Ijabah, iaitu umat Islam yang telah menerima dakwah Nabi Muhammad saw.
[3] Dalam matan hadis disebut perkataan ظَاهِرِينَ—iaitu golongan yang menegakkan kebenaran
ini sentiasa berada di kedudukan yang tinggi dan menguasai kelompok kafir.
[4] Selepas disebutkan sabda Nabi saw berkenaan
perlawanan terhadap penyelewengan itu sentiasa ada, Nabi saw pun menjelaskan
berkenaan turunnya Nabi Isa.
Menurut AL-AMIN AL-HARIRI bahawa Nabi Isa turun itu
dari awan pada akhir malam. Baginda pun masuk dalam kalangan ramai yang ketika
itu berhimpun di Masjid Baitul Maqdis. Ketika itu, ketua mereka adalah AL-MAHDI
yang dilantik selepas dari azan SUBUH. (al-Kawkab: 4/109)
Dalam menjelaskan hal ini, al-Amin al-harari tidak
mengemukakan sumber rujukan beliau. Sekadar dakwaan beliau sahaja.
[5] Dalam hadis, disebut فَيَقُولُ
أَمِيرُهُمْ—kata AMIN AL-HARIRI, ketua yang dimaksudkan dalam hadis ini
adalah IMAM MAHDI. Dia yang berkata kepada NABI ISA, iaitu minta Nabi isa
menjadi imam untuk menunaikan solat subuh pada pagi itu. Namun, Nabi Isa
menyatakan bahawa baginda mahu menjadi makmum sahaja. Hal ini kerana, Nabi Isa
menggambarkan kemulian yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad saw.
Menurut IBN AL-ARABI, Nabi saw enggan menjadi imam,
bahkan mahu menjadi makmum sahaja kerana mahu mengekalkan syariah Nabi Muhammad
dan menutup segala manipulasi Nasrani, kononnya Nabi Isa bawa syariatnya, bukan
syariat Nabi Muhammad saw.
|
PENGAJARAN |
[1] PERLAWANAN TERHADAP KEBATILAN
Salah satu usaha menegakkan keadilan itu adalah dengan
kedatangan Nabi Isa di akhir zaman nanti. Ia berlaku sehingga akhir dunia.
Dalam matan, disebut lafaz طَائِفَةٌ—satu
Jemaah, satu puak dan sebagainya. Al-Amin al-Hariri kata, ia tidak terikat
kepada kalangan mujahidin yang berperang sahaja, bahkan semua semua jenis
manusia, sama ada mujahidin, ahli fiqh, ahli hadis, ahli tafsir dan sebagainya.
Beliau menukilkan perkataan Imam al-Nawawi, tidak
semestinya mereka berhimpun di sesuatu tempat (al-Kawkab: 4/109) Dalam
perkataan lain bahawa mereka sentiasa ada walaupun tidak di satu tempat, bahkan
mungkin sahaja di mana-mana sahaja.
Hal
ini selaras dengan firman Allah:
إِنَّ
إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ
الْمُشْرِكِينَ (120) – النحل
“Sesungguhnya Ibrahim adalah UMAT yang tuntut kepada Allah, dia
bersih dan dia bukan dari kalangan orang musyrik”
Berkata Ibn Mas’ud:
الجماعة ما وافق الحق؛ ولو كنت وحدك
“Jemaah itu
apa yang selaras dengan kebenaran, walaupun kamu seorang diri” (Ibn al-Qayyim, ilam al-Muwaqqiin, 3/308)
Qadhi Iyyadh ada berkata:
عليك بطريق الهدى وإن قل السالكون، واجتنب طريق الردى
وإن كثر الهالكون
“Kamu perlu berada atas jalan kebenaran, walaupun sedikit orang
yang menjalaninya. Jauhi jalan kesesatan, walaupun ramai yang melakukan
kerosakan itu”
[2] IMAM MAHDI
Dalam kalangan ulama, konsep kedatangan Imam Mahdi ini
adalah seperti berikut;
PERTAMA: PASTI AKAN HADIR
Ini adalah pendapat majoriti ulama ahli al-Sunnah wa
al-Jamaah, serta ijmak dalam kalangan ulama syiah. Pada syiah, sesiapa yang
ingkari kedatangan Imam mahdi, maka orang itu murtad dan terkeluar dari agama.
Kata Ibn Taimiyyah:
إن الأحاديث التي يُحتج بها على خروج المهدي أحاديث
صحيحة، رواها أبو داود، والترمذي، وأحمد، وغيرهم، من حديث ابن مسعود وغيره – منهاج
السنة, 8\254
“Sesungguhnya
hadis-hadis yang dibuat hujah bahawa keluar Mahdi adalah hadis-hadis yang
sahih—Meriwayatkan semua hadis itu adalah Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad dan
sebagainya; ia hadis Ibn Mas’ud dan seumpamanya.
Kata Ibn al-Qayyim:
وهذه الأحاديث وإن كان في إسنادها بعض الضعف
والغرابة، فهي مما يقوي بعضها بعضاً، وتُشد بعضها ببعض – المنار المنيف, 152
Hadis-hadis ini, walaupun pada sanadnya
setengah doif dan Gharib, ia saling menguatkan setengah terhadap setengah yang
lain; saling mengukuhkan setengah terhadap setengah yang lain.
DALIL
SATU: DARIPADA ABDULLAH:
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَا
تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ العَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي
يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي» - الترمذي, 2230[1]
Rasulullah saw bersabda: Dunia tidak akan pergi
kecuali seseorang lelaki dari kalangan ahli bait aku akan memiliki arab;
namanya sama dengan namaku”
KOMENTAR: ALBANI kata, hadis ini HASAN SAHIH. ARNAUT
kata, sanadnya hasan sahaja.
Ini bermakna, hadis ini tidak berapa kuat. Apabila
diteliti, didapati hadis ini ada perawi bernama ‘ASIM BIN ABI AL-NUJUD atau
nama sebenarnya ‘ASIM BIN BAHDALAH. ABU JA’FAR kata, hafalannya buruk.
AL-NASAIE kata, dia tidak mengapa. Pada ketika yang lain pula kata, dia tidak
hafiz. ISMAIL BIN ULAYYAH kata, hafalannya buruk seakan-akan setiap mereka yang
namanya ‘ASIM pasti buruk hafalannya. AL-DARAQUTNI kata, hafalannya ada sesuatu.
ZUHAIR BIN HARB kata, dia seorang Muhdtarib. ABDUL RAHMAN BIN YUSUF BIN
KHARRASH kata, pada hadisnya ada kemungkaran. AL-WAQIDI kata, dia siqah tetapi
banyak silap pada hadisnya. YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN kata, aku tidak dapati
orang bernama ‘ASIM kecuali aku akan dapati hafalannya buruk. YAHYA BIN MAIN
kata, dia siqah dan tidak mengapa. Pada riwayat lain pula kata, dia tidak kuat.
YA’QUB BIN SUFYAN AL-FASWI kata, pada hadisnya ada idhtirab, namun dia siqah
DUA: DARIPADA ABU SA’ID AL-KHUDRI:
عَنْ أَبِي
سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «الْمَهْدِيُّ مِنِّي، أَجْلَى الْجَبْهَةِ، أَقْنَى الْأَنْفِ،
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا، كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا،
يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ» - ابو داود, 4285[2]
Rasulullah saw bersabda: Al-Mahdi dari kalanganku,
dahinya luas dan hindungnya mancung. Dia memenuhkan dunia dengan keadilan
sepertimana bumi ini dipenuhi dengan kezaliman. Dia berada di bumi selama 7
tahun”
KOMENTAR:
ALBANI kata, hadisnya sekadar hasan sahaja.
Apabila
diteliti dari sudut sanad, ada masalah berikut;
a.
ada
perawi bernama IMRAN AL-QATTAN, iaitu ABU AL-‘AWWAM IMRAN BIN DAWAR AL-QATTAN
AL-BASRI. AL-MUNZIR kata, dia dianggap
siqah oleh AFFAN BIN MUSLIM, bahkan dipuji oleh YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN.
Namun, dianggap DOIF oleh YAHYA BIN MAIN dan AL-NASAIE. (Aun al-Ma’bud).
b.
Ada
perawi bernama SAHL BIN TAMAM BIN BUZAI’, Ubbad kata, dia seorang soduq yang
buat silap. (Ubbad, Syarah Sunan Abi Daud, hlm 16.
c.
ABU
NADHRAH, iaitu AL-MUNZIR BIN MALIK BIN QAT’AH. Dia siqah dan merupakan rijal
Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namun pelik sedikit,
apabila imam al-Bukhari hanya riwayatkan dia secara ta’liq sahaja. (Ubbad,
Syarah Sunan Abi Daud)
TIGA:
DARIPADA UMMU SALAMAH:
عَنْ أُمِّ
سَلَمَةَ، قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ: «الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي، مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ» - ابو داود, 4284[3]
Rasulullah saw bersabda: al-Mahdi dari ahli
keluargaku, dari anak Fatimah”
KOMENTAR: walaupun dianggap sahih ALBANI, tetapi ada
perawi:
a. ABU AL-MALIH
AL-HASAN BIN UMAR, walaupun ia adalah rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah,
tetapi ia tidak dikeluarkan oleh AL-BUKHARI dalam sahihnya—sekadar dalam
al-Adab al-Mufrad sahaja.
b. ZIYAD BIN
BAYAN, walaupun rijal Abu Daud dan al-Nasaie, tetapi dia sekadar SODUQ sahaja
c. ALI BIN NUFAIL
dia dikeluarkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah, tetapi dia tahap pertengahan
sahaja, iaitu sekadar tidak mengapa dan soduq sahaja (Ubbad, Syarah Sunan Abi
Daud, hlm 14)
EMPAT: DARIPADA ALI;
عَنْ عَلِيٍّ،
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْمَهْدِيُّ
مِنَّا أَهْلَ الْبَيْتِ، يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ» - ابن ماجة, 4085[4]
Rasulullah saw bersabda: al-Mahdi dari kalanganku—ahli
bait; Allah membaikkannya pada waktu malam”
KOMENTAR: dalam sanad hadis ini ada perawi bernama
IBRAHIM BIN MUHAMMAD BIN AL-HANAFIYYAH, yang Muhammad Fu’ad Abdul Baqi kata,
dalam Zawaid al-Bukhari menyebut bahawa dia ini perlu diteliti lagi. Bahkan
ARNAUT menyatatakan hadis ini doif disebabkan IBRAHIM tidak disiqahkan oleh
sekian ramai ulama kecuali AL-IJLI dan IBN HIBBAN yang terkenal dengan TASAHUL
sahaja.
KEDUA: TIDAK SEMESTINYA HADIR
Ini pendapat sebilangan ulama ahli al-Sunnah wa
al-Jamaah, antaranya adalah al-Qaradawi, Rashid Redha dan Ibn Khaldun.
Ibn Khaldun kata:
هذه جملة الأحاديث الّتي خرّجها الأئمّة في شأن
المهديّ وخروجه آخر الزّمان، وهي كما رأيت لم يخلص منها من النّقد إلّا القليل
والأقلّ منه – مقدمة, 401
Jumlah
hadis-hadis yang telah para imam keluarkan; ia berkaitan dengan al-Mahdi dan
dia keluar pada akhir zaman; ia sepertimana yang kamu nampak tidak sunyi dari
sebarang kritikkan kecuali sedikit, bahkan amat sedikit”
Rashid Redha berkata:
وأما التعارض في أحاديث المهدي فهو أقوى وأظهر،
والجمع بين الروايات فيه أعسر، والمنكرون لها أكثر، والشبهة فيها أظهر، ولذلك لم
يعتد الشيخان بشيء من رواياتها في صحيحيهما – تفسير المنار, 9\416
Adapun
pertembungan antara hadis-hadis berkenaan al-Mahdi, ia amat kuat dan amat
jelas. amat susah untuk dihimpunkan semua riwayat. Mereka yang ingkarinya amat
banyak. Kesamarannya amat nyata. Dengan sebab itu, bukhari dan muslim tidak
mengambil riwayatnya dalam kitab sahih mereka”.
DALIL:
Konsep al-Mahdi bukan perkara agama yang pasti. Dalam
perkataan lain, ia terbuka kepada zanni al-Subut dan al-Dilalah. Makanya, ia
terbuka kepada pentafsiran. Justeru, tidak salah untuk diimani dan tidak salah
juga untuk tidak diimani.
Semua hadis-hadis yang berkaitan dengan Imam Mahdi
terbuka kepada kritikan sanad.
|
BIOGRAFI
PERAWI |
[6]
AL-WALID BIN SYUJA’ BIN AL-WALID BIN QAIS AL-KINDI (152H-243H)
الْوَلِيدُ
بْنُ شُجَاعٍ بن الوليد بن قيس الكندي
Dia
digelar dengan panggilan ABU HAMMAM AL-SUKUNI AL-KUFI. Bapanya bernama SYUJA’
BIN AL-WALID lebih dikenali sebagai ABU BADR.
Dia
pernah sampai Baghdad, kemudian ke Kufah.
Ibn Main dan al-Nasaie kata, dia tidak mengapa. Abu
hatim kata, dia syaikh Soduq ditulis hadisnya tanpa boleh dibuat hujah. Ibn
Hibban, al-Asqalani kata, dia siqah.
Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn
Majah.
[6] HARUN BIN ABDULLAH BIN MARWAN AL-BAGHDADI
(172H-243H)
هَارُونُ بْنُ
عَبْدِ اللهِ بن مروان البغدادي
Dia digelar dengan panggilan ABU MUSA AL-BAZZAZ.
Ramai anggap dia siqah, seperti Ibn Hibban, al-Nasaie
dan al-Asqalani, malah al-Zahabi anggap dia siqah hafiz.
Rijal Muslim, Abu Daud, tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah
[5]
HAJJAJ BIN AL-SYAIR (259H)
حَجَّاجُ بْنُ
الشَّاعِرِ
Nama penuhnya adalah HAJJAJ BIN YUSUF BIN HAJJAJ yang
lebih dikenali dengan IBN AL-SYAIR AL-SAQAFI.
Al-Sayuti kata dalam Tabaqat al-Huffaz, bapanya
bernama Yusuf bin Hajjaj adalah seorang pensyair merupakan kawan baik ABU
NAWAS.
Dia
adalah rijal Muslim dan Abu Daud dan seorang perawi yang siqah dan sahih.
[4] HAJJAJ BIN MUHAMMAD AL-MISSISI (206H)
حَجَّاجٌ ابْنُ مُحَمَّدٍ المصيصي
Nama penuhnya adalah
HAJJAJ BIN MUHAMMAD AL-A’WAR AL-HASHIMI. Digelar dengan panggilan ABU MUHAMMAD
AL-BAGHDADI.
Dia dari kalangan Tabi’ al-Tabiin. Dia hidup di Baghdad dan pernah sampai ke
al-Masisah (Turki) dan Basrah. Dia meninggal dunia di Baghdad.
Dari sudut
al-Jar wa al-Ta’dil, semua ulama rijal kata dia siqah dan dibuat hujah kecuali
Ibn Hajar al-Asqalani ada berkata, dia siqah dan sabat yang setelah dia hijrah
ke Baghdad, iaitu hampir dengan waktu kematian, berlaku ikhtilat padanya, iaitu
hafalannya semakin celaru.
Namun,
menurut Abu al-Arab al-Soqli bahawa ikhtilatnya itu tidak memudharatkan
sebarang periwayatan hadisnya, kerana setelah dia ikhtilat tidak ada orang
mengambil hadis darinya. Hal ini ditegaskan juga oleh Ibn Hazm al-Zahiri.
Rijal
al-Kutub al-Sittah dan dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[3] IBN
JURAIJ (80H-150H)
ابْنِ جُرَيْجٍ
Nama
penuhnya adalah ABDUL MALIK BIN ABDUL AZIZ BIN JURAIJ AL-MAKKI. Dia dalam
kalangan Atba’ al-Tabiin, dan terkenal dalam bidang fiqh, qiraat dan ilmu
hadis. Dilahirkan di Mekah dan meninggal dunia di Baghdad.
Dalam pada
itu, berlaku sedikit komentar kecil tetapi berharga berkenaan Ibn Juraij ini,
iaitu al-Zahabi menyatakan bahawa dia memang tidak dinafikan pernah berjumpa
dengan al-Zuhri, tetapi berjumpa itu bukan bermakna dia belajar hadis dari
al-Zuhri.
Menurut
al-Zahabi lagi, Ibn Juraij ambil hadis dari al-Zuhri secara Ijazah dan
Munawalah sahaja.
Walaupun
dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi yang siqah, tetapi tidak
semua riwayatnya diterima oleh semua ulama; iaitu apabila ada hadis bahawa dia
ambil dari al-Zuhri.
[2] ABU
ZUBAIR MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN TADRUS AL-MAKKI (128H)
أَبو الزُّبَيْرِ محمد بن مسلم بن تدرس المكي
Dari sudut
Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, terdapat pujian dan kritikan terhadap perawi hadis
ini seperti berikut:
Kalangan
yang Ta’dil (memuji) beliau:
n Al-‘Ijli
kata, dia tabiin yang siqah.
n Ya’la bin
‘Ata kata, dia orang paling sempurna akal dan hafazan.
n Yahya bin
Ma’in dan Nasaie kata, dia siqah.
n ‘Ali bin
al-Madini kata, dia siqah lagi sabat.
n ‘Ata bin
Abi Rabah kata, Abu Zubair orang yang paling hafal hadis dalam kalangan kami.
n Ahmad bin
Hambal kata, dia tidak ada sebarang masalah.
Kalangan
yang tajrih (kritik) dia pula:
n Ibn ‘Adi
kata, dia adalah siqah. Cuma ada sesetengah perawi doif meriwayatkan hadisnya
sehingga dia dianggap sebagai perawi doif.
n Abu
Zur’ah, Abu Hatim dan al-Bukhari tidak berhujah dengan hadis riwayat Abu
al-Zubair.
n Ibn Hazm
tidak menerima riwayat Abu Zubair kecuali jika dia ambil hadis dari Jabir bin
Abdullah sahaja.
n Al-Zahabi
kata, di sana terdapat ulama memandang aib pada hadis riwayatnya seperti
tadlis. Walaubagaimana pun, al-Zahabi anggap ia tidak doif.
n Al-‘Azim
Abadi dalam kitab Aun al-Ma’bud menyatakan, majoriti ulama anggap dia siqah.
Namun, ada sesetengah ulama menganggap dia doif kerana dia banyak melakukan
tadlis.
n
Burhanuddin al-Halabi menyebut dalam kitab al-Tabyiin Li Asma’ al-Mudallisin
bahawa Abu al-Zubair terkenal dengan tadlis.
[1] JABIR BIN ABDILLAH (16SH-78H)
جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ
Nama penuhnya adalah JABIR BIN ABDILLAH BIN AMRU BIN
HARAM AL-ANSARI AL-SULAMI. Digelar dengan panggilan ABU ABD AL-RAHMAN
AL-MADANI. Bapanya adalah sahabat.
Beliau
adalah salah seorang sahabat ansar dari kabilah khazraj. Bapanya bernama
Abdullah bin amru—mati Syahid dalam perang Uhud. Ibunya bernama nusaibah. Ada
dakwaan mengatakan nama ibunya pun Unaisah binti Aqabah.
Beliau
memeluk agama Islam semasa kecil lagi. Iaitu ketika bersama dengan bapanya
hadir dalam Bai'ah Aqabah ke 2.
Beliau
tidak terlibat perang Badar dan Uhud sebab bapanya minta beliau jaga 9 orang
adik perempuannya. Selepas bapanya meninggal dunia, beliau tidak pernah
terlepas dari terlibat dengan perang.
Setelah
kewafatan Nabi, Beliau terlibat dalam pembukaan syam bersama Khalid bin
Al-Walid. Semasa perang Siffin pula, beliau berpihak kepada Saidina Ali.
Beliau
pernah menjadi mufti di Madinah.
Beliau
dikatakan sahabat terakhir mati di Madinah. Ada dakwaan kata, sahabat yang
terakhir mati di Madinah adalah Sahal bin Sa'ad.
Ada dakwaan
mengatakan, sebelum meninggal dunia, dia berwasiat agar mayatnya tidak
disolatkan oleh Hajjaj Yusuf As-Saqafi. Antara yang menunaikan solat jenazah
kepadanya adalah Anak Saidina Osman, iaitu Aban bin Osman bin Affan.
[1] SANAD:
حَدَّثَنَا
عُبَيْدُ بْنُ أَسْبَاطِ بْنِ مُحَمَّدٍ القُرَشِيُّ الكُوفِيُّ، قَالَ:
حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ، عَنْ عَاصِمِ ابْنِ
بَهْدَلَةَ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ -قال الترمذي: وَفِي البَابِ
عَنْ عَلِيٍّ، وَأَبِي سَعِيدٍ، وَأُمِّ سَلَمَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا
حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Sanad Abu Daud (4282):
حَدَّثَنَا
مُسَدَّدٌ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ عُبَيْدٍ، حَدَّثَهُمْ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ
بْنُ الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ يَعْنِي ابْنَ عَيَّاشٍ، ح وحَدَّثَنَا
مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ سُفْيَانَ، ح وحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ
إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى، أَخْبَرَنَا زَائِدَةُ، ح
وحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ
مُوسَى، عَنْ فِطْرٍ، الْمَعْنَى وَاحِدٌ، كُلُّهُمْ عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ،
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
[2] SANAD
حَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ
تَمَّامِ بْنِ بَزِيعٍ، حَدَّثَنَا عِمْرَانُ الْقَطَّانُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ
أَبِي نَضْرَةَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ -
[3] SANAD:
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ
بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ الرَّقِّيُّ،
حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ الْحَسَنُ بْنُ عُمَرَ، عَنْ زِيَادِ بْنِ بَيَانٍ،
عَنْ عَلِيِّ بْنِ نُفَيْلٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ -
[4] SANAD:
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ
بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ قَالَ:
حَدَّثَنَا يَاسِينُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ،
عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَلِيٍّ –
No comments:
Post a Comment