Wednesday, March 2, 2022

HADIS 151 (BAB 69)

 

BAB 69

 

69 - بَابُ زِيَادَةِ طُمَأْنِينَةِ الْقَلْبِ بِتَظَاهُرِ الْأَدِلَّةِ

BERTAMBAH TENANG HATI DENGAN DALIL-DALIL YANG JELAS

 

[SYARAH TAJUK]

 

Dalam kitab AL-KAWKAB AL-WAHHAJ digunakan tajuk:

 

باب السؤال عن تظاهر الأدلة لطلب زيادة الإيمان وطمأنية القلب

“Bab: berdoa dengan Allah agar diberikan dalil yang nyata—meminta ditambahkan iman dan ketenangan hati”

 

Menurut Muhammad al-Amin al-Harari, maksud dengan menuntut tambah yakin itu adalah meminta agar tahap keyakinan meningkat dari ILMU YAKIN yang terhasil melalui proses ISTIDLAL (pendalilan) kepada AIN AL-YAKIN yang terhasil dengan proses MUSYAHADAH.

 

Dalam proses ISTIDLAL dalam memahami ilmu, ia masih lagi terbuka kepada SYUKUK (keraguan) yang sudah pasti berbeza dengan AL-MU’AYANAH (melihat dengan mata) yang terhindari sebarang SYUKUK (keraguan).

 

HHADIS 151

 

 (151) وَحَدَّثَنِي  [6]حَرْمَلَةُ بْنُيَ حْيَى، أَخْبَرَنَا    [5]ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي[4]  يُونُسُ، عَنِ[3]  ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ  [2] أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، وَ [2] سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ، عَنْ  [1]أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "نَحْنُ أَحَقُّ بِالشَّكِّ مِنْ إِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ: {رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ: أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي} [البقرة: 260] "، قَالَ: «وَيَرْحَمُ اللهُ لُوطًا لَقَدْ كَانَ يَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ، وَلَوْ لَبِثْتُ فِي السِّجْنِ طُولَ لَبْثِ يُوسُفَ لَأَجَبْتُ الدَّاعِيَ»

 

Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Kami lebih berhak merasa ragu berbanding Nabi Ibrahim ketika dia berkata: “(Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana Kamu menghidupkan orang mati?”

 

Allah berfirman: “Apakah kamu tidak percaya kepada kekuasaan-Ku?”

 

Nabi Ibrahim menjawab: “Aku tetap percaya dan yakin, tetapi agar hatiku tenteram)” (Surah Al-Baqarah, ayat 260).

 

Rasulullah terus bersabda: "Semoga Allah memberikan rahmat kepada Nabi Lut. Dia benar-benar telah berlindung kepada suatu kuasa yang kuat (Allah).

 

Andaikata aku tinggal di penjara selama masa yang dilalui Nabi Yusuf berada di dalamnya, pasti aku akan memenuhi keinginan orang yang meminta”

 

PENJELASAN HADIS

 

BERKAITAN NABI IBRAHIM

1] maksud dengan نَحْنُ أَحَقُّ بِالشَّكِّ مِنْ إِبْرَاهِيمَ –kami lebih berhak ragu dan syak berbanding Nabi Ibrahim, bukan bermaksud umat Nabi Muhammad saw tidak salah dalam keraguan iman. Namun, yang dimaksudkan hadis adalah dalam hal mencari bukti-bukti yang meyakinkan dalam hal aqidah, umat Nabi Muhammad lebih perlu jika mahu dibandingkan dengan nabi Ibrahim.

 

Hal ini kerana, adalah sesuatu perkara mustahil bahawa Nabi Ibrahim itu meragui dalam beraqidah. Justeru, Nabi Ibrahim bertanya Allah dengan soalan: رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى –wahai tuhan, perlihatkan kepadaku bagaimana Kamu hidupkan orang sudah mati; soalan ini bukan lambang keraguan, tetapi menambah keyakinan. Sebab itu, Nabi Ibrahim jawab: لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي –untuk memberikan ketenangan pada hatiku.

 

[2] Menurut AL-HASAN, AL-DHAHHAQ, QATADAH dan IBN JURAIJ, asal kisahnya adalah Nabi Ibrahim ke tepi pantai, dia nampak ada bangkai yang dimakan binatang laut dan darat. Hal itu mengkagumkan Nabi Ibrahim. Makanya, dia memohon dengan Allah agar perlihatkan kepadanya bagaimana cara Allah hidupkan orang mati.

 

BERKAITAN NABI LUT

[3] nabi saw kata, وَيَرْحَمُ اللهُ لُوطًا لَقَدْ كَانَ يَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ –nabi Nuh bergantung pada ركن شديد iaitu sesuatu sandaran yang kuat, maksudnya adalah KEBERGANTUNGAN NABI LUT kepada ALLAH amat kuat.

 

Dalam penjelasan Imam al-Nawawi, hal ini berkaitan ketika Nabi Lut dikunjungi malaikat yang berupa dengan lelaki segak yang menjadi tetamunya. Ketika itu, ada sebilangan umatnya datang menyerang rumahnya dan meminta agar Nabi Lut menyerahkan lelaki segak itu kepada mereka.

 

Dalam keadaan begitu, Nabi Lut sedih dan berusaha agar umatnya tidak mendesak sebegitu kerana malu dengan tetamunya itu. Ketika itu, malaikat itu pun mengakui bahawa mereka adalah malaikat, bukan manusia yang sebenar.

 

وَلَمَّا أَنْ جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالُوا لَا تَخَفْ وَلَا تَحْزَنْ إِنَّا مُنَجُّوكَ وَأَهْلَكَ إِلَّا امْرَأَتَكَ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ (33) إِنَّا مُنْزِلُونَ عَلَى أَهْلِ هَذِهِ الْقَرْيَةِ رِجْزًا مِنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ (34) – العنكبوت

“Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata: "Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu) - kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan” * “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)".

 

BERKAITAN NABI YUSUF

[4] dalam hadis, nabi saw berkata: وَلَوْ لَبِثْتُ فِي السِّجْنِ طُولَ لَبْثِ يُوسُفَ –kalau aku duduk dalam penjara dalam jangka masa panjang sepertimana Nabi Yusuf; hadis ini menjelaskan bahawa Nabi Yusuf duduk dalam penjara dalam kadar yang begitu lama.

 

وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ (42) – يوسف

“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun”

 

[5] Maksud لَأَجَبْتُ الدَّاعِيَ –pasti aku akan sahut seruan orang yang menyeru; ia ada kaitan dengan kisah kawan Nabi Yusuf dalam penjara yang memaklumkan kepada Nabi Yusuf bahawa raja mahu berjumpa, tetapi Nabi Yusuf tidak mahu keluar kecuali dibersihkan Namanya dari fitnah terlebih dahulu.

 

Kisah ini ada diceritakan dalam al-Quran:

 

وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ فَلَمَّا جَاءَهُ الرَّسُولُ قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ مَا بَالُ النِّسْوَةِ اللَّاتِي قَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ إِنَّ رَبِّي بِكَيْدِهِنَّ عَلِيمٌ (50) – يوسف

“Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka"

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-150, menjelaskan berkenaan kelemahan iman sehingga layak terima zakat, serta larangan dari meletakkan kepercayaan pasti pada perkara yang tidak mempunyai dalil yang pasti.

 

Hadis ke-151 ini pula, menjelaskan berkenaan keperluan meminta bantuan Allah agar diberikan kekuatan iman, iaitu melalui proses pembuktian.

 

PENGAJARAN

 

[1] PERLU ADA PROSES UNTUK MENINGKATKAN IMAN SEHINGGA MENCAPAI YAKIN

 

Dalam kes melibatkan Nabi Ibrahim, proses meningkatkan iman dengan emparikal, iaitu melihat dengan mata kepalanya sendiri.

 

Dalam konteks kita pada hari ini, boleh sahaja melalui pembuktian Sains dan proses logika.

 

[2] BUKTI KEKUATAN IMAN

 

Dalam kes melibatkan Nabi Lut, implikasi dari kekuatan iman adalah kebergantungan hatinya kepada Allah amat kuat.

 

Dalam kes melibatkan Nabi Yusuf, kesusahan dalam penjara tidak menjadikan dia beban; semuanya bersebabkan keimanan yang sudah sampai tahap HAQ AL-YAKIN.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] HARMALAH BIN YAHYA BIN ABDULLAH AL-TAJIBI ABU HAFS AL-MISRI (166H-244H)

حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى بن عبدالله التجيبي ابو حفص المصري

 

Ulama mesir ini adalah murid Imam Syafie. Dia antara ulama mazhab syafie yang menjadi rujukan dalam fatwa-fatwa syafie QAUL JADID.

 

Dia salah seorang ulama Mazhab Syafie yang digelar sebagai ASHAB AL-WUJUH dalam mazhab Syafie (Ulama yang melakukan penelitian terhadap fatwa-fatwa ulama dalam sesuatu Mazhab, lalu membandingkan fatwa-fatwa tersebut dengan kaedah usul fiqh dan kaedah pendalilan dari al-Quran dan hadis)

 

Walaupun dia mahir dan pakar dalam mazhab syafie, tetapi Imam al-nawawi anggap bahawa dia tidak dapat menandingi kemahiran al-Imam al-Muzani atau nama penuhnya Ismail bin Yahya bin ismail al-Misri (175H-264H) terhadap fatwa mazhab syafie.

 

Antara kitab karya beliau adalah MUKHTASAR HARMALAH dan AL-MABSUT.

 

Dalam periwayatan hadis, ramai ulama mengiktiraf kehebatannya. Abu Ahmad bin Adi al-Jurjani menyatakan bahawa dia tidak jumpa satu pun hadis yang Harmalah riwayatkan itu boleh dianggap sebagai doif.

 

Dia diakui ramai ulama bahawa amat mahir hadis yang dia ambil dari Ibn Wahab, seperti Abu Ja’far al-Uqaili, Ibn Ma’in dan Abu Sa’id bin Yunus al-Misri. Dia dianggap Soduq oleh Ibn Hajar al-Asqalani.


Namun begitu, terdapat juga Kritikan terhadap beliau seperti Abu Hatim al-Razi kata, hadisnya boleh ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah. Abdullah bin Muhammad al-Farhazani pula anggap dia doif.

 

Dia juga guru kepada Ibn Majah serta Rijal al-Nasaie. Nama dia tidak ada dalam sahih al-Bukhari dan Sunan Abi Daud.

 

[5] ABDULLAH BIN WAHAB BIN MUSLIM AL-QURASHI ABU MUHAMMAD AL-MISRI (125H-197H)

عبدالله ابْنُ وَهْبٍ بن مسلم القرشي ابو محمد المصري

 

Seorang ulama fiqh yang alim selok belok mazhab Maliki. Dia belajar dengan Imam Malik selama 20 tahun. Setelah itu, dia tinggal di mesir dan menyebarkan Mazhab maliki dan meninggal dunia di situ.

 

Sufyan bin Uyaynah menggelarkannya sebagai SYAIKH AHL MISR.

 

Secara dasarnya, para ulama rijal mengiktiraf dia sebagai siqah dan boleh dibuat hujah. Namun begitu, ada beberapa orang ulama kata dia melakukan tadlis hadis seperti dakwaan ibn Sa’ad. Namun begitu, Ibn hajar al-Asqalani menyatakan, dia dibawah ketagori melakukan tadlis yang paling ringan yang tidak mencacatkan status hadis, walaupun dia riwayatkan secara عنعنة

 

Dia adalah Rijal Kutub al-Sittah.

 

[4] YUNUS BIN YAZID BIN ABI AL-NAJAD AL-AYLI ABU YAZID AL-UMAWI (159H)

  يُونُسُ بن يزيد بن مشكان بن ابي النجاد الأيلي ابو يزيد الأموي

 

Ulama mesir ini adalah orang yang banyak meriwayatkan hadis dari IBN SYIHAB AL-ZUHRI. Dia adalah seorang tabiiin besar yang tinggal di AILAH, Jordan dan meninggal dunia di Mesir.

 

Secara dasar, ramai ulama memuji dia dan menganggap dia siqah dan sahih serta boleh dibuat hujah.

 

Namun, ada beberapa kritikan terhadapnya, iaitu Ahmad bin Hanbal pernah menyatakan bahawa dia banyak buat silap dalam riwayat hadis yang dia ambil dari al-Zuhri, bahkan ada ketika Imam Ahmad kata dia Mungkar.

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia ada sedikit waham apabila dia riwayat dari al-Zuhri. Tetapi, jika dia riwayatkan hadis dari selain Zuhri, itu berlaku kesalahan.

 

Dalam pada Ahmad bin Hanbal dan al-Asqalani kritik, tetapi mereka tetap akui bahawa dia siqah.

 

Walaubagaimana pun, Imam Waki’ bin al-Jarrah menyatakan bahawa hafalannya buruk. Hal ini diakui juga oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

 

Dia adalah rijal kutub al-Sittah.

 

[3] MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDILLAH BIN ABDILLAH AL-AKBAR BIN SYIHAB AL-ZUHRI (53H-124H)

محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله الأكبر بن شهاب الزُّهْرِيِّ

 

Salah seorang ulama hadis yang terkenal dalam kitab-kitab hadis. Beliau merupakan rijal kutub al-Sittah.

 

Dalam kitab-kitab hadis, kadangkala disebut dengan Ibn Syihab dan kadangkala disebut dengan al-Zuhri.

 

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa beliau adalah ulama yang mula-mula sekali menghimpunkan hadis atas perintah dari Umar bin Abdul Aziz. Al-Imam al-Sayuti menyatakan bahawa Imam Malik juga mengakui perkara yang sama.

 

Ulama Tarikh berbeza pendapat dalam hal Tarikh lahir dan Tarikh meninggal Ibn Syihab ini. Ada yang mengatakan bahawa dia lahir tahun 49H dan meninggal pada tahun 124 hijrah.

 

Ada pendapat menjelaskan, untuk mengetahui ketepatan Tarikh lahirnya adalah melihat Tarikh kematian Saidatina Aisyah; yang mana, dia dilahirkan di tahun Aisyah meninggal dunia.

 

Dia pernah berkata bahawa dia belajar dengan Sa’id bin Musayyib selama 8 tahun dengan bertemu lutut dan lutut.

 

Dia terkenal dengan hafalan yang kuat. Ada dakwaan mengatakan bahawa dia tidak suka makan epal dan amat suka minum madu dengan alasan epal boleh melemahkan hafalan sedangkan madu dapat menguatkan hafalan.

 

[2] ABU SALAMAH BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF (22H-94H)

أَبِو سَلَمَةَ ابن عبد الرحمن بن عوف

 

Anak kepada sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Abdul Rahman bin Auf. tidak diketahui nama sebenarnya, kerana terdapat beberapa riwayat menyatakan bahawa Namanya adalah Abdullah; ada pula riwayat lain kata, Namanya adalah ismail.

 

Beliau merupakan salah seorang dari tujuh orang fuqaha’ Madinah pada era Tabiin serta sempat menjadi qadhi di Madinah, iaitu bermula tahun 48H sehingga 54H; dia dilantik oleh Sa’id bin al-As yang ketika itu merupakan Gabenor Madinah. Dia berhenti menjadi Qadhi selepas Sa’id bin al-As dilucutkan jawatannya.

 

Dia adalah Rijal Kutub al-Sittah.

 

[2] SA’ID BIN MUSAYYAB (15H-94H)

 سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ  

 

Pada nama bapanya, lebih mayshur dibaca dengan MUSAYYAB berbanding dibaca dengan MUSAYYIB. Namun, bacaan penduduk Madinah dengan MUSAYYIB.

 

Dia adalah Tabiin yang mempunyai keluasan ilmu yang tinggal di Madinah. Digelar sebagai Ulama penduduk Madinahعالم أهل المدينة  dan penghulu para tabiin سيد التابعين  dan dia salah seorang Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh orang tabiin yang alim fiqh menjadi rujukan Umar bin Abdul Aziz).

 

Dia dilahirkan dan meninggal di Madinah. Semasa Saidina Umar meninggal dunia (23H), umurnya baru 8 tahun.

 

Dia dari keturunan Quraish. Bapanya adalah sahabat Nabi yang terlibat dalam sejarah Bai’ah di bawah pokok. Atuknya bernama Huzn حزن  juga adalah sahabat yang terbunuh dalam perang Hari Yamamah.

 

Nama ibunya Ummu Sa’id binti Hakim bin Umayyah bin Harisah bin al-Awqas al-Sulamiyyah.

 

Dia dibesarkan di Madinah dan mula menuntut ilmu juga di situ. Dia sempat menuntut ilmu dari beberapa orang sahabat Nabi seperti Zaid bin Sabit, Sa’ad bin Abi Waqas, Ibn Abbas, Ibn Umar, bahkan sempat mendengar hadis dari dua isteri Nabi, iaitu Aisyah dan Ummu Salamah.

 

Dia juga mendengar hadis dari Osman bin Affan, ‘Ali bin Abi Talib, Suhaib al-Rumi dan Muhammad bin Maslamah. Dia juga melazimi Abu Hurairah serta menjadi menantu kepada Sahabat Nabi itu.

 

Dia terkenal dengan kefaqihan, kerana dia sudah memberi fatwa semasa sebilangan besar sahabat-sahabat Nabi masih hidup lagi. Malahan, Ibn Umar pernah kata: dia (Sa’id) demi Allah adalah salah seorang para mufti.

 

Bahkan pernah terjadi bahawa Ibn Umar apabila ditanya sesuatu perkara yang dia ragu jawapannya, dia akan kata: kamu pergi tanya Sa’id kerana dia selalu duduk bersama dengan orang-orang soleh.

 

Cucu Saidina Ali yang bernama Ali bin al-Husain pernah berkata: Ibn Musayyib ini amat tahu berkenaan atsar terdahulu, dan orang yang paling faqih dalam kalangan mereka.

 

Dia terkenal dengan ibadat, sehinggakan dia tidak pernah meninggalkan solat Jemaah selama 40 tahun. Dalam jangka 30 tahun, sebelum azan dilaungkan dia sudah berada di masjid.

 

Dia meninggal di era pemerintahan al-walid bin Abdul Malik.

 

Beliau adalah salah seorang rijal kutub al-Sittah.

 

[1] SAHABAT: ABU HURAIRAH (21SH-59H)

 أَبِو هُرَيْرَةَ

 

Nama betulnya adalah Abdul Rahman bin Sakhar (ada kata: Abdul Rahman bin Ghanm, ada kata Abdun bin Ghanm dll)

 

Digelarkan sebagai Abu Hurairah, kerana dikatakan bahawa dia simpan kucing dalam lengan jubahnya.

 

Dilahirkan di Yaman, dari etnik Dus Al-Azdiyyah, dan mati di Madinah dan dikebumikan di kubur Baqi’.

 

Dia memeluk islam pada tahun ke-7 hijrah, iaitu setelah mendengar ajaran itu dari seorang sahabat bernama AL-TUFAIL BIN AMRU AL-DUSI.

 

Selepas peluk islam, dia hijrah dari Yaman ke Madinah bersama beberapa orang dari etnik Dusi.

 

Dia sampai di Madinah semasa penduduk Madinah tengah sebuk dengan persiapan perang Khaibar. Dengan sebab itu, ulama Islam khilaf keterlibatannya dengan perang tersebut; ada kata, dia terlibat dalam perang khabar. Ada kata tidak terlibat. Ibn Abdul Bar kata, dia terlibat.

 

Sebelum Nabi wafat, dia tidak berkahwin dan focus untuk belajar dengan Nabi dan berkhidmat dengan baginda dan para baginda. Dia tinggal di beranda masjid Nabi—disebut Ahli Sufah.

 

Di era pemeritnahan Saidina Umar, dia dilantik menjadi gabenor di Bahrain.

 

Sebelum meninggal dunia, dia berpesan agar tidak meratap kematiannya serta segerakan tanam jenazahnya.

 

Setelah kewafatan Nabi, dia ada berkahwin dengan seorang perempuan bernama BUSRAH BINTI GHAZWAN

 

MUTABA-AH PERTAMA

 

(151) وَحَدَّثَنِي بِهِ إِنْ شَاءَ اللهُ[6]  عَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَسْمَاءَ الضُّبَعِيُّ، حَدَّثَنَا  [5]جُوَيْرِيَةُ، عَنْ  [4]مَالِكٍ، عَنِ[3]  الزُّهْرِيِّ، أَنَّ  [2]سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيِّبِ، وَ [2] أَبَا عُبَيْدٍ، أَخْبَرَاهُ عَنْ[1]  أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِ يُونُسَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، ِ وَفِي حَدِيثِ مَالِكٍ: " {وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي} [البقرة: 260] " قَالَ: ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ حَتَّى جَازَهَا.

 

BIOGRAFI RINGKAS

 

[6] ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ASMA’ BIN UBAID BIN MUKHRAQ AL-DHUBAIE (231H)

عَبْدُ اللهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَسْمَاءَ بن عبيد بن مخراق الضُّبَعِيُّ

 

Penggunaan kata الضبعي adalah nisbah kepada etnik arab yang bernama BANI DHOBI’AH. Gelaranya adalah ABU ABDUL RAHMAN AL-BASRI. Dia dianggap siqah oleh ramai ulama.

 

[5] JUWAIRIYYAH BIN ASMA’ BIN UBAID AL-DHUBAIE ABU AL-MAKHARIQ AL-BASRI (173H)

 جُوَيْرِيَةُ  بن أسماء بن عبيد الضبعي ابو المخارق البصري

 

Dia adalah bapa saudara kepada perawi sebelum ini, ABDULLAH BIN MUHAMMAD.

 

Menurut Muhammad al-Amin al-Harari bahawa nama JUWAIRIYYAH ada dalam Sahih Muslim hanya ada dalam riwayat ini sahaja.

 

[4] MALIK BIN ANAS ABU ABDULLAH AL-MADANI (179H)

مَالِكٍ بن أنس ابو عبدالله المدني

 

[3] AL-ZUHRI

 الزُّهْرِيِّ

 

Sudah dijelaskan di atas.

 

[2] SA’ID BIN MUSAYYAB

 سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيِّبِ

 

Sudah dijelaskan di atas.

 

[2] ABU UBAID (98H)

 وَأَبَا عُبَيْدٍ

 

Dia adalah bekas hamba kepada Abdul Rahman bin Azhar al-Qurashi al-Zuhri al-Madani.

 

Dia salah seorang fuqaha’ Madinah dan orang yang tekun dengan ilmu dalam kalangan penduduk Madinah.

 

[1] ABU HURAIRAH

 أَبو هُرَيْرَةَ

 

Sudah dijelaskan di atas.

 

PENJELASAN

 

[1] Imam Muslim menyebut وَحَدَّثَنِي بِهِ إِنْ شَاءَ اللهُ –penggunaan kata “Insya Allah”, BUKAN kerana SYAK pada sanad, tetapi tabarruk, iaitu ambil berkat dengan perkataan tersebut.

 

[2] Bagi orang yang tidak faham, mereka menyatakan bahawa sanad hadis ini diragui. Justeru, bagaimana imam Muslim membawakan sanad ini dalam kitabnya.

 

Al-Amin al-Hariri jawab bahawa sanad ini sekadar mutaba-ah sahaja, iaitu menguatkan sanad yang pertama sahaja. Tambahan pula, sudah dijelaskan bahawa penggunaan kata ان شاء الله sekadar tabarruk, bukan syak atau ragu pada sanad.

 

[3] Sanad ini sebagai mutaba-ah pada MALIK BIN ANAS yang ambil hadis dari IBN SYIHAB AL-ZUHRI digandingkan dengan sanad pertama pada perawi bernama YUNUS BIN YAZID. Sebab itu, dalam sanad, Imam Muslim kata:

بِمِثْلِ حَدِيثِ يُونُسَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ

 

MUTABA-AH KE-2

 

حَدَّثَنَاهُ عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي يَعْقُوبُ يَعْنِي ابْنَ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو أُوَيْسٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، كَرِوَايَةِ مَالِكٍ بِإِسْنَادِهِ، وَقَالَ: ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ حَتَّى أَنْجَزَهَا

 

BIOGRAFI RINGKAS

 

[6] ABD BIN HUMAID (249H)

عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ بن نصر الكسي

 

[5] YA’QUB BIN IBRAHIM BIN SA’AD AL-QURASHI AL-ZUHRI ABU YUSUF (208H)

 يَعْقُوبُ ابْنَ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ القرشي الزهري ابو يوسف

 

[4] ABU UWAIS ABDULLAH BIN ABDILLAH BIN UWAIS BIN MALIK BIN ABI ‘AMIR AL-ASBUHI AL-MADANI (167H)

أَبُو أُوَيْسٍ عبدالله بن عبدالله بن أويس بن مالك بن ابي عامر الأصبحي المدني

 

Imam Ahmad kata, dia siqah. Tetapi, al-Rasyid tidak berhujah dengan hadisnya; hanya keluarkan hadisnya dalam mutaba-ah sahaja. Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia Soduq yang berlaku waham.

 

[3] AL-ZUHRI

الزُّهْرِيِّ

 

Sudah dijelaskan di atas.

 

PENJELASAN

 

[1] Semua sanad hadis ini bermuarakan dari AL-ZUHRI.

 

[2] Perbezaannya hanya berlaku pada perawi yang ambil dari AL-ZUHRI, iaitu seperti berikut;

(a)                        HADIS BAB adalah YUNUS BIN YAZID

(b)                        MUTABA-AH PERTAMA adalah IMAM MALIK

(c)                        MUTABA-AH KEDUA adalah ABU UWAIS.

 

 

No comments:

Post a Comment

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...