|
BAB
66 |
66 - بَابُ
ذَهَابِ الْإِيمَانِ آخَرِ الزَّمَانِ
SYARAH:
Dalam al-Kawkab al-Wahhaj, digunakan tajuk bab:
باب ذهاب
الإيمان ورفعه من الأرض في أخر الزمان
BAB: KEHILANGAN IMAN DAN TERANGKAT IMAN ITU DARI BUMI PADA AKHIR ZAMAN
NANTI
|
HADIS
148 |
(148)
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ،
أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي
الْأَرْضِ: اللهُ، اللهُ "
“tidak akan berlaku kiamat hingga tidak ada lagi disebut di
bumi: “Allah”, “Allah”
|
HUBUNGAN HADIS |
HADIS 145, 146 dan 147: tanda kiamat, apabila islam
sudah kelihatan ganjil; amalan islam sudah dianggap sebagai pelik
HADIS INI (147): apabila kiamat terlalu hampir sangat,
orang islam sehingga sudah kehilangan iman.
|
PENJELASAN HADIS |
BANDINGAN RIWAYAT
Al-Amir al-Harari kata, yang dimaksudkan “tidak ada
lagi disebut di bumi “Allah”, “Allah”; itu ada kalam takdir; iaitu merujuk
kepada maksud لا اله الا الله. Dalam erti kata yang lain, tidak akan berlaku kiamat selama
masih ada lagi manusia yang mengucapkan kalam tauhid, iaitu “tiada tuhan
kecuali Allah”.
Pendapat ini diasaskan kepada riwayat Ahmad seperti
berikut:
حَدَّثَنَا
عَفَّانُ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ
حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
Tidak berlaku kiamat hingga tidak ada lagi disebut di
bumi: “tiada tuhan kecuali Allah” (Ahmad, hadis no: 13832)
Dari sudut sanad, hadis ahmad ini bermuarakan dari
perawi yang sama dalam sanad muslim, iaitu: AFFAN yang ambil dari HAMMAD yang
ambil dari SABIT yang ambil dari ANAS BIN MALIK
Dalam Musnad Ishaq bin Rahawaih, dinyatakan hadis
berikut:
وَبِهَذَا
الْإِسْنَادِ (أَخْبَرَنَا كُلْثُومٌ، نا عَطَاءٌ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ)، عَنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ
عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَوْ يَأْمُرُ بِالْمَعْرُوفِ
أَوْ يَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ» .
“tidak akan berlaku kiamat atas seorang pun yang berkata: tiada
tuhan kecuali Allah; ataupun dia menyuruh ma’ruf dan melarang dari mungkar”
(Musnad Ishaq, hadis no: 387)
|
PENGAJARAN |
[1] KIAMAT BERLAKU DI KALA TIADA MANUSIA BAIK LAGI
Semua hadis-hadis ini memberikan gambaran bahawa pada
saat kiamat terjadi, tidak ada manusia baik lagi. Ini dikuatkan dengan
hadis-hadis berikut:
Ibn Mas’ud kata, dia dengar Nabi saw bersabda:
قَالَ ابْنُ
مَسْعُودٍ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «مِنْ
شِرَارِ النَّاسِ مَنْ تُدْرِكْهُمُ السَّاعَةُ وَهُمْ أَحْيَاءٌ»
“Antara keburukan yang menimpa manusia adalah apabila mereka
sempat hidup ketika kiamat terjadi” (al-Bukhari, hadis no: 7066)
[2] SEMUA MANUSIA BERIMAN AKAN DIMATIKAN SEBELUM
KIAMAT TERCETUS
Hadis di atas menjelaskan bahawa kiamat berlaku yang
ketika itu, tidak ada orang baik lagi, walhal dalam hadis yang lain, ada
menyatakan bahawa orang yang menegakkan kebenaran pasti akan ada.
Dari Mughirah bin Syu’bah, dari Nabi saw bersabda:
عَنِ
المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
قَالَ: «لاَ يَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ
أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ»
“sentiasa ada satu puak dari kalangan umatku yang
sentiasa menzahirkan (kebenaran) hingga datang urusan Allah; itupun mereka
telah menzahirkan (kebenaran) itu” (al-Bukhari, hadis no: 7311)
Hadis ini perlu disandingkan dengan hadis lain—dari
Abi Hurairah berkata, Rasulullah saw ada bersabda:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِنَّ
اللهَ يَبْعَثُ رِيحًا مِنَ الْيَمَنِ أَلْيَنَ مِنَ الْحَرِيرِ، فَلَا تَدَعُ
أَحَدًا فِي قَلْبِهِ - قَالَ أَبُو عَلْقَمَةَ مِثْقَالُ حَبَّةٍ، وَقَالَ عَبْدُ
الْعَزِيزِ: مِثْقَالُ ذَرَّةٍ - مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ "
“Allah hantar angin dari Yaman yang lebih lembut dari sutera; ia
tidak meninggalkan seorang pun yang dalam hatinya ada sebesar zarrah dari
keimanan kecuali akan dicabut nyawanya” (Muslim, hadis no: 117)
Ibn Hajar al-Asqalani kata:
المراد بقوله
في حديث عقبة رضي الله عنه:" حتى تأتيهم الساعة" ساعتهم وهي وقت موتهم
بهبوب الريح
“maksud dengan perkataan ‘Uqbah: himgga datang kiamat,
iaitu di waktu manusia mati dengan tiupan angin” (al-Fath, 31/77)
Dalam erti kata yang lain, sebelum tercetus kiamat,
semua orang yang beriman pasti akan dimatikan oleh Allah terlebih dahulu.
Apabila tidak ada lagi orang beriman langsung, orang-orang yang tidak beriman
akan tersebar atas muka bumi; kemudian, baru tercetus kiamat.
Perbahasan ini amat dekat dengan firman Allah:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ
بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ (54) – المائدة
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling
tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang
Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia”
(Surah al-Maidah, ayat 54)
*Lihat perbincangan dalam hadis ke 156 nanti.
[3] PERBAHASAN FIQH
Zikir “Allah”, “Allah”, apakah dibenarkan atau
dilarang?
Tidak terdapat satu pun suruhan atau larangan, dan
juga perbuatan Nabi saw dalam hal berzikir menggunakan lafaz Allah secara
mufrad.
Dengan sebab itu, hal ini terikat kepada ijtihad para
ulama dalam menentukan hukumnya.
PENDAPAT ULAMA:
Dalam hal ini, ada dua pendapat:
[1] tidak boleh zikir dengan lafaz mufrad atau
mujarrad. Ini adalah pendapat Ibn Taimiyyah.
[2] boleh zikir dengan lafaz mufrad atau mujarrad. Ini
adalah pendapat Dr. Ali Jumu’ah.
HUJAH:
PENDAPAT MELARANG
[A] Zikir antara perkara ibadat khusus. Justeru perlu
kepada nas yang sahih dan sarih dalam menyatakan bahawa ia diamalkan oleh Nabi.
Jika tidak ada, maka ia dianggap sebagai bid’ah.
[B] Di lihat dari sudut dalil hadis, didapati zikir
yang diajar oleh Nabi tidak pernah bersifat mufrad. Semuanya dengan lafaz
murakkab (tersusun antara perkataan) sehingga menjadi ayat yang difahami.
Antara hadis-hadis tersebut adalah seperti berikut;
n Imam
al-Tarmizi ada riwayatkan hadis bahawa Nabi saw bersabda:
أفضل الذكر لا
إله إلا الله، وأفضل الدعاء الحمد لله
“zikir yang paling Afdhal adalah “La Ilaha Illa Allah”
dan Doa yang paling afdhal adalah “Alhamdulillah”. (Tarmizi kata, hadis hasan
gharib)
n Imam Muslim
ada riwayatkan hadis daripada Nabi saw bersabda:
الحمد الله
تملأ الميزان وسبحان الله والحمد الله تملآن أو تملأ ما بين السماء والأرض.
“al-Hamdulillah” memenuhi timbangan, dan “subhanallah
wa al-hamdulillah”; kedua-dua ini memenungi langit dan bumi” (muslim)
n Malik dalam
Muwatta’ meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda:
أفضل ما قلت أنا والنبيون
قبلي: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير.
“Seafdhal perkara yang aku kata dan para nabi sebelum
aku adalah “la Ilaha Illa Allah wahdahu la Syarika lah, lahu al-Mulk wa lahu
al-hamd, wa huwa ‘Ala Kulli Syai’ Qadir” (muwatta’, Malik).
n Ahmad bin
Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan hadis bahawa nabi saw berkata:
أفضل الكلام بعد القرآن
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر.
“Kalam yang paling afdhal selepas al-Quran adalah
Subhanallah wal Hamdulillah wa La ilaha illa Allah Wallahu ‘Akbar” (Musnad
Ahmad).
PENDAPAT YANG MEMBENARKAN
[A] Hadis muslim dalam bab ini dijadikan dalil dan
sandaran mereka.
Hujah ini dibantah oleh mereka yang tidak melarang dengan
alasan, hadis ini:
n Hadis ini
diriwayatkan secara mukhtasar (ringkasan). Ini dibuktikan bahawa dalam riwayat
lain menyebut bahawa perkataan itu adalah “la Ilaha Illa Allah”. dalam erti
kata lain, yang dimaksudkan dengan ungkapan “Allah” itu adalah ringkasan dari
perkataan “La Ilaha Illa Allah”. zikir dengan kalam tauhid itu sememangnya ada
dalam nas.
n Hadis ini
menjelaskan situasi di akhir zaman nanti yang menyebut berkenaan tidak ada
manusia yang beriman dengan Allah, bukan merujuk kepada amalan zikir. Kata
al-Munawi dalam Faid al-Qadir:
وليس المراد أن
يتلفظ بهذه الكلمة بل إنه لا يذكر الله ذكراً حقيقياً
“bukanlah maksudnya (hadis ini) adalah berlafaz dengan
kalimah ini, tetapi tidak ingat pada Allah secara hakikat”
Bagi pendapat yang membenarkan pula menjawab:
n sesuatu nas
wahyu itu dipegang pada umum lafaz selama tidak ada nas lain yang
mentakhsiskannya. Justeru, hadis ini boleh sahaja diaplikasi dalam kerangka
zikir dan selain zikir.
n Apatah lagi,
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa nama Allah yang bersifat Mufrad dan
mujarrad, tetap boleh dianggap sebagai ta’zim (membesarkan Allah). Hal ini
dibahas oleh Imam Abu Hanifah dalam hal membaca “Allah” secara mufrad atau
mujarrad ketika menyembelih binatang yang beliau menyatakan sudah sah. (al-Badaie,
1/ 131)
فَأَمَّا إذَا
ذَكَر الِاسْمَ لَا غَيْرَ بِأَنْ قَالَ: " اللَّهُ " لَا يَصِيرُ
شَارِعًا عِنْدَ مُحَمَّدٍ، وَرَوَى الْحَسَنُ عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ أَنَّهُ
يَصِيرُ شَارِعًا، وَكَذَا رَوَى بِشْرٌ عَنْ أَبِي يُوسُفَ عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ
لِمُحَمَّدٍ أَنَّ النَّصَّ وَرَدَ بِالِاسْمِ وَالصِّفَةِ فَلَا يَجُوزُ
الِاكْتِفَاءُ بِمُجَرَّدِ الِاسْمِ وَلِأَبِي حَنِيفَةَ أَنَّ النَّصَّ مَعْلُولٌ
بِمَعْنَى التَّعْظِيمِ، وَأَنَّهُ يَحْصُلُ بِالِاسْمِ الْمُجَرَّدِ،
وَالدَّلِيلُ عَلَيْهِ أَنَّهُ يَصِيرُ شَارِعًا بِقَوْلِهِ: " لَا إلَهَ
إلَّا اللَّهُ "، وَالشُّرُوعُ إنَّمَا يَحْصُلُ بِقَوْلِهِ: " اللَّهُ
" لَا بِالنَّفْيِ
[B] sesuatu amalan zikir tidak semestinya dilarang
hanya kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi. Jika ada manat hukum, maka ia boleh
dijadikan sandaran.
Hujah manat ibadat itu berasaskan kepada hadis
sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani—daripada Rifa’ah bin
Rafi’ al-Zarqi:
عن رفاعة بن
رافع الزرقي، قال : كنا يوما نصلى وراء النبي صلي الله عليه وسلم فلما رفع رأسه من
الركعة قال : سمع الله لمن حمده. قال رجل وراءه ربنا ولك الحمـد، حمدًا كثيرًا
طيبًا مباركًا فيه، فلمـا انصرف قال: من المتكلم. قال : أنا. قال : رأيت بضعة
وثلاثين ملكًا يبتدرونها، أيهم يكتبها أول
“kami solat satu hari di belakang Nabi. Ketika baginda
angkat kepala dari rukuk, baginda membaca: سمع الله
لمن حمده
Berkata seseorang lelaki di belakang Nabi: ربنا ولك الحمـد، حمدًا كثيرًا طيبًا مباركًا فيه
Apabila Nabi saw selesai, baginda berpaling berkata:
Siapa yang membaca tadi?
Lelaki itu jawab: saya.
Nabi pun kata: Aku melihat 30 lebih malaikat
berebut-rebut siapa dalam kalangan mereka yang mula-mula mahu menulisnya” (Fath
al-Bari, 2/ 286)
Dengan hadis ini, Ibn Hajar membuat komentar berikut;
وَاسْتُدِلَّ
بِهِ عَلَى جَوَازِ إِحْدَاثِ ذِكْرٍ فِي الصَّلَاةِ غَيْرِ مَأْثُورٍ إِذا كَانَ
غير مُخَالف للمأثور
“Ia menjadi dalil bahawa harus mencipta zikir dalam
solat yang tidak ma’tsur, jika ia tidak menyalahi dengan zikir yang ma’sur
(Fath al-Bari, 2/ 287)
Justeru, walaupun amalan zikir “Allah” secara mufrad
atau mujarrad ini tidak diamalkan oleh Nabi dan salaf soleh, tidak bermakna ia
dilarang berasaskan kepada hujah Manat ini.
[A] Kisah bilal sebut “ahad” semasa diseksa yang
merupakan dalil bahawa perkataan “Allah” secara mufrad juga boleh dianggap
sebagai zikir.
[B] Hadis Nabi saw ajar Saidina Ali agar membaca zikir
“Allah”, “Allah”.
Bagi pihak yang melarang membantah dengan menyatakan
bahawa hadis ini palsu.
KESIMPULAN
Hal ini adalah perkara khilafiyyah yang setiap pihak
mempunyai sandaran hujah yang muktabar; dari al-Quran dan hadis, secara manhaj
istinbat yang diperakui.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa tidak salah untuk
berzikir “Allah”, “Allah” secara mufrad, tetapi yang paling utama adalah
mengamalkan zikir sepertimana yang diajar oleh Rasulullah saw.
|
BIOGRAFI PERAWI |
[1] ZUHAIR BIN
HARB BIN SYADDAD AL-HURASHI
(160H-234H)
زهير بن حرب بن شداد الحرشي
Dilahirkan di
nasa’ (Turkamanista) dan meninggal di Bahdad.
Salah seorang
dari 9 orang orang guru kepada imam kutub sittah yang ambil hadis tanpa
perantara.
[2] AFFAN BIN
MUSLIM BIN ABDULLAH AL-ANSARI (134H-220H)
عفان بن مسلم
بن عبدالله الأنصاري
Dipanggil juga
dengan panggilan ABU OSMAN. Tinggal di Basrah dan mati di Bahdad. Salah seorang
rijal al-Bukhari dan Muslim.
Dalam sahih
muslim, hanya riwayat ini sahaja ada perawi bernama Affan bin Muslim.
[3] HAMMAD BIN SALAMAH BIN DINAR
AL-RIB’I AL-QURASHI (91H-167H)
حَمَّادٌ بن
سلمة بن دينار الربعي القرشي
Tingal di mekah dan basrah dan meninggal di Basrah,
Iraq.
Gelarannya adalah Abu Salamah.
Al-Baihaqi kata, semasa dia tua, hafalannya
semakin memburuk
[4] SABIT BIN ASLAM BIN MUSA AL-BANANI
ABU MUHAMMAD AL-BASARI (123/127H)
ثابت بن أسلم
بن موسي البناني أبو محمد البصري
Tinggal di
Basrah dan meninggal di situ.
[5] SAHABAT: ANAS BIN MALIK AL-ANSARI AL-KHAZRAJI ABU HAMZAH
AL-BASARI (10SH – 90/1/2/3H)
أنس بن مالك
الأنصاري الخزرجي ابو حمزة البصري
Dilahirkan
10 tahun sebelum hjirah. Dari etnik Bani Najjar – satu etnik besar dalam
kabilah Khazraj
Bapanya
– Malik bin Nadhar. Terbunuh semasa zaman Jahiliyyah lagi.
Ibunya
– Ummu Sulaim Mulaikah binti Milhan al-Najjariyyah.
Selepas
kematian Malik bin Nadhar, ibunya berkahwin dengan lelaki bernama Abu Talhah
zaid bin Sahl al-Ansari (dipersaudarakan Nabi pada awal hijrah, dia dengan
al-Arqam bin abi al-Arqam/ ada dakwa Abu Ubaidah al-Jarrah – dia pemanah hebat
dalam perang Uhud)
Awal
Nabi sampai Madinah, ibu Anas hadiahkan anas kepada Nabi agar berkhidmat kepada
Nabi. Nabi memanggil anas dengan panggilan – Abu Hamzah
Doa
nabi terhadap Anas:
اللهم أكثر ماله وولده وأطل عمره واغفر ذنبه
“Ya Allah, kurniakan kepadanya harta yang banyak, anak yang
ramai dan umur yang panjang serta dosanya yang terampun”
Anaknya: 80 lelaki, 2 perempuan (Hafsah dan Ummu Amru)
Hartanya: dua kebun epal yang berbuah setahun dua
kali.
Umurnya: 97 tahun. Ada kata, 100 tahun.
Sahabat paling akhir mati di Basrah ((sahabat paling
akhir mati pada tahun 102 hijrah, iaitu ABU TUFAIL AMIR BIN WASILAH. Mati di
Mekah))
«أَرَأَيْتُمْ
لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ، فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا، لاَ يَبْقَى مِمَّنْ
هُوَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ أَحَدٌ» البخاري, 654
Semasa
perang memerangi orang murtad pada zaman Abu Bakar, Anas antara yang terlibat
dalam perang tersebut.
Pada
masa pemerintahan Abu Bakar, dia dilantik jadi amil zakat di Bahrain. Apabila
dia pulang, dia dapati Abu Bakar sudah meninggal – ketika itu, Saidina Umar
sudah jadi khalifah.
Semasa
dia dilantik Abu Bakr sebagai amil zakat, Abu Bakar meminta pandangan Umar.
Umar tersangat sokong cadangan anas dilantik jadi amil zakat.
|
MUTABA-AH |
حَدَّثَنَا عَبْدُ
بْنُ حُمَيْدٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ ثَابِتٍ،
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ: اللهُ، اللهُ "
“tidak akan berlaku kiamat terhadap seseorang pun yang
berkata: “Allah”, “Allah”
|
BIOGRAFI PERAWI |
[1] ABD BIN HUMAID BIN NASR AL-KISSI
(ADA BACA: AL-KHUSSYI) ABU MUHAMMAD (170H-249H)
عَبْدُ بْنُ
حُمَيْدٍ بن نصر الكسي
أبو محمد
Guru Muslim dan Tarmizi.
[2] ABU BAKAR ABD AL-RAZZAQ BIN HAMMAM BIN NAFI’ AL-SAN’ANI AL-HUMAIRI
(126H-211H)
عَبْدُ
الرَّزَّاقِ بن همام بن نافع الحميري
Pengarang
kitab MUSANNAF ABD AL-RAZZAQ AL-SAN’ANI dan TAFSIR AL-QURAN LI AL-SAN’ANI.
Mati di San’a,
Yaman.
TAJRIH: Ramai
yang kata dia siqah kecuali beberapa orang, seperti Abu Bakar al-Barraz dan
Ahmad bin Soleh al-Jili kata, dia TASYAYYU’. Dakwaan ini dibantah oleh Ibn
hajar dalam kitab Tahrir taqrib al-Tahzib dengan kata, nama dia tidak ada dalam
kitab syiah.
Ahmad kata,
selepas dia buta, dia dikira sebagai doif.
[3] ABU URWAH MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI AL-HADDANI (95/96H-154H)
معمر بن راشد
الأزدي الحداني
Dilahirkan di
Basrah, Iraq dan berhijrah ke San’a dan berkahwin dengan perempuan Yaman
bernama HALIMAH dan meninggal di San’a, Yaman.
Dia tinggal di
Yaman lebih 20 tahun.
Mula belajar
agama sewaktu umur 14 tahun.
[4]
SABIT BIN ASLAM BIN MUSA AL-BANANI ABU MUHAMMAD AL-BASARI (123/127H)
[5] SAHABAT: ANAS BIN MALIK AL-ANSARI AL-KHAZRAJI ABU HAMZAH
AL-BASARI (10SH – 90/1/2/3H)
No comments:
Post a Comment