|
BAB 67 |
67 - بَابُ الِاسْتِسْرَارِ لِلْخَائِفِ
MENYEMBUNYIKAN KEIMANAN BAGI ORANG YANG TAKUT
|
HADIS 149 |
(149)
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَ مُحَمَّدُ بْنُ
عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ، وَ أَبُو كُرَيْبٍ،
وَاللَّفْظُ لِأَبِي كُرَيْبٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ،
عَنْ شَقِيقٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ، قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «أَحْصُوا لِي كَمْ يَلْفِظُ
الْإِسْلَامَ» ، قَالَ: فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، أَتَخَافُ عَلَيْنَا
وَنَحْنُ مَا بَيْنَ السِّتِّمِائَةٍ إِلَى السَّبْعِمِائةٍ؟ قَالَ: «إِنَّكُمْ
لَا تَدْرُونَ لَعَلَّكُمْ أَنْ تُبْتَلَوْا» ، قَالَ: «فَابْتُلِيَنَا حَتَّى
جَعَلَ الرَّجُلُ مِنَّا لَا يُصَلِّي إِلَّا سِرًّا»
Daripada Huzaifah: "Rasulullah saw bersabda
ketika kami bersama baginda: "Kumpulkan untukku beberapa orang sahabat
yang boleh menyatakan Islam"
Hudzaifah berkata: "Kami menjawab, "Wahai
Rasulullah! Apakah kamu meragukan kami, sedangkan kami berjumlah antara enam
hingga tujuh ratus orang?”
Rasulullah saw bersabda: "Kamu tidak dapat
menyangka bahawa suatu hari nanti kamu akan diuji"
Hudzaifah berkata: "kami telah diuji walaupun
hingga sahabat-sahabat kami terpaksa mendirikan solat secara sembunyi”
|
HUBUNGAN HADIS |
HADIS 148: tanda kiamat besar, bilangan orang islam
semakin tidak ada.
HADIS 149: Sebelum itu, orang islam dalam ketakutan
dalam mengamalkan agama. (lihat hadis 145, 146 dan 147)
|
PENJELASAN HADIS |
[1] Dalam hadis, ada menyebut: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
yang berlaku khilaf dalam kalangan ulama hadis berkenaan perbualan nabi dan
Huzaifah ini berlaku di waktu bila.
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa ketika ini,
Huzaifah bersama dengan nabi ketika bersama-sama dalam perjalanan untuk perang
Uhud.
Dalam penelitian al-Amin al-Hariri, dia berpendapat
bahawa perbualan ini berlaku ketika nabi dan para sahabat sedang gali parit
untuk perang khandaq. Hal ini dirujuk kepada syarah ibn al-Tin.
Menurut dakwaan al-Dawadi, kemungkinan perbualan ini
berlaku ketika tercetus perjanjian Hudaibiyah. Hal ini melihat kepada perkataan
Huzaifah berkenaan bilangan orang yang terlibat dalam kejadian itu seramai enam
hingga tujuh ratus orang.
[2] Dalam hadis, Huzaifah kata: "kami telah diuji
walaupun hingga sahabat-sahabat kami terpaksa mendirikan solat secara sembunyi”
Dalam matan hadis, digunakan فعل
الماضي iaitu disebut فابْتُلِيَنَا “kami TELAH diuji”
Mungkin ungkapan ini bukan ketika Huzaifah di hadapan
Nabi, tetapi diungkapkan di waktu yang lain; iaitu kepada Syaqiq bin Salamah,
iaitu setelah beberapa ketika setelah nabi saw wafat.
Dengan sebab itu, ada tafsiran menyatakan bahawa yang
dimaksudkan kejadian sahabat terpaksa solat secara bersembunyi itu berlaku di
akhir pemerintahan Osman bin Affan yang berlaku di Kufah; gabenornya yang
bernama al-Walid bin Uqbah yang melengah-lengahkan solat tanpa ditunaikan di
awal waktu, menyebabkan orang-orang soleh menunaikan solat awal waktu secara
bersendirian di rumah mereka, kemudian keluar pula menunaikan solat berjemaah
bersama gabenor yang melewatkan solat kerana bimbang mereka tertimpa sebarang
fitnah.
Kejadian sebegini ada disebut oleh al-Bukhari—daripada
al-Zuhri berkata:
الزُّهْرِيَّ،
يَقُولُ: دَخَلْتُ عَلَى أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ بِدِمَشْقَ وَهُوَ يَبْكِي،
فَقُلْتُ: مَا يُبْكِيكَ؟ فَقَالَ: «لاَ أَعْرِفُ شَيْئًا مِمَّا أَدْرَكْتُ
إِلَّا هَذِهِ الصَّلاَةَ وَهَذِهِ الصَّلاَةُ قَدْ ضُيِّعَتْ»
“aku berjumpa dengan Anas bin Malik di Damsyiq, aku
dapati dia sedang menangis”
Aku tanya: “kenapa kamu menangis?”
Dia menjawab: Aku tidak tidak tahu sesuatu pun yang
aku dapati kecuali solat ini; iaitu solat sudah diabaikan” (al-Bukhari, hadis
no: 530)
|
PENGAJARAN |
Amalan taat yang wajib, perlu ditunaikan dalam apa jua
keadaan pun; hatta terpaksa bersembunyi sekalipun.
|
BIOGRAFI PERAWI |
[1] ABU BAKAR
ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ABI SYAIBAH (159H-235H)
أَبُو بَكْرِ عبدالله بن محمد بْنُ أَبِي شَيْبَةَ
Dilahirkan di
Kufah dan hidup di Iraq, Damsyiq dan Kufah. Pengarang kitab MUSANNAF IBN ABI
SYAIBAH. dia adalah guru al-Bukhari dan Abi Daud juga.
[2] MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN NUMAIR
AL-HAMDANI ABU ABD AL-RAHMAN AL-KUFI (160H-230/234H)
مُحَمَّدُ بْنُ
عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ الهمداني ابو عبدالرحمن الكوفي
Guru
al-bukhari juga.
[3] ABU KURAIB MUHAMMAD BIN AL-‘ALA BIN KURAB AL-HAMDANI AL-KUFI (161H-248H)
أَبُو كُرَيْبٍ محمد بن العلاء بن كريب الهمداني الكوفي
Guru Imam Bukhari dan Abi Daud juga. Dilahirkan dan
meninggal di Kufah.
[4] ABU MUAWIYAH MUHAMMAD BIN KHAZIM AL-DHORIR AL-TAMIMI AL-KUFI (113H-195H)
أبُو مُعَاوِيَةَ محمد بن خازم الضرير التميمي الكوفي
[5] AL-‘AMASYH SULAIMAN BIN MIHRAN AL-KAHILI AL-KUFI (61H-148H)
الأعمش سليمان بن مهران الكاهلي الكوفي
Dilahirkan di Iran dan meninggal di
Kufah. Terkenal dengan ahli Ibadat.
[6] MUKHDHARAM: SYAQIQ BIN SALAMAH AL-ASADI ABU WAIL AL-KUFI (1H-100H)
شقيق بن سلمة الأسدي ابو وائل الكوفي
Sempat
dengan nabi, tetapi tidak pernah jumpa Nabi. Kabilah dia (BANI ASAD BIN
KHUZAIMAH) antara yang murtad selepas wafat Nabi. Masa itu, umurnya 11 tahun.
Selepas
dewasa, dia hijrah dari Kufah ke Madinah. Meninggal semasa pemerintahan Hajjaj
bin Yusuf al-Saqafi.
[7] HUZAIFAH (BIN
AL-YAMAN AL-ABASI, ABU ABDULLAH AL-KUFI) – (36 H)
Dilahirkan di Mekah, tetapi dibesarkan dan hidup di
Madinah. Salah seorang pembesar dalam kalangan ansar – mujahirin. Semasa Nabi
saw sampai Madinah, dia tanya Nabi saw, dia dari kalangan yang mana? Apakah
muhajirin atau Ansar. Nabi saw kata:
“kamu, Wahai Huzaifah dari kalangan orang muhajirin dan
Ansar”
Mati di Madain, Iraq.
Nama bapanya: al-Yaman Hasan (ada kata: Hasil bin
Jabir.
Nama ibunya: al-Rabbab binti Ka’ab
al-Asyhaliyyah.
Penjaga rahsia Nabi saw.
Terlibat semua perang bersama nabi kecuali perang
badar sahaja, kerana ketika itu dia tidak berada di Madinah.
Bapanya juga adalah sahabat, meninggal semasa dalam
perang uhud.
Banyak tahu hadis-hadis berkenaan fitnah akhir zaman.
No comments:
Post a Comment