|
MUTABA-AH 2 (HADIS 155) |
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيد عَنْ عَطَاءِ بْنِ مِينَاءَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَاللهِ، لَيَنْزِلَنَّ
ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا عَادِلًا، فَلَيَكْسِرَنَّ الصَّلِيبَ، وَلَيَقْتُلَنَّ
الْخِنْزِيرَ، وَلَيَضَعَنَّ الْجِزْيَةَ، وَلَتُتْرَكَنَّ الْقِلَاصُ فَلَا
يُسْعَى عَلَيْهَا، وَلَتَذْهَبَنَّ الشَّحْنَاءُ وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ،
وَلَيَدْعُوَنَّ إِلَى الْمَالِ فَلَا يَقْبَلُهُ أَحَدٌ»
Rasulullah saw bersabda: Demi Allah, Ibn Maryam (Nabi
Isa) pasti akan turun dengan hukum yang adil. Sejurus itu baginda pun pasti akan
mematahkan salib, pasti membunuh babi dan pasti meletakkan jizyah, serta unta
pasti akan ditinggalkan tanpa ada sesiapa pun berusaha untuknya, permusuhan
pasti akan terhilang; turut terhilang saling bermusuhan dan saling berdengki.
Baginda pula akan berusaha (agar manusia menerima) harta (sedekah), namun tidak
ada seorang pun mahu menerimanya.
|
PENJELASAN MATAN |
[1] Perbezaan riwayat musnad dan mutaba-ah ini, ada
penambahan berikut;
bersumpah dengan perkataan وَاللهِ
sedangkan hadis musnad guna وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ
ada penambahan وَلَتُتْرَكَنَّ
الْقِلَاصُ فَلَا يُسْعَى عَلَيْهَا - meninggalkan unta muda, tidak berusaha
mendapatkannya; iaitu, manusia sudah rasa tidak ada keperluan lagi
memeliharanya.
ada penambahan وَلَتَذْهَبَنَّ
الشَّحْنَاءُ وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ - hilanglah
permusuhan, hilangnya saling kebencian dan hasad.
[2] Hadis ini menjelaskan lagi konteks di era nabi Isa
datang itu bahawa baginda telah berjaya mencapai keadilan sehingga orang tidak
berebut harta lagi, bahkan manusia saling berkasih sayang.
|
BIOGRAFI PERAWI |
[5] QUTAIBAH BIN SA’ID
قُتَيْبَةُ
بْنُ سَعِيدٍ
Lihat sanad hadis bab,
jalur 1.
[4] LAIS BIN SA’AD BIN ABD
AL-RAHMAN AL-FAHMI (175H)
لَيْثٌ بن سعد بن عبدالرحمن الفهمي
Lihat sanad hadis bab.
[3] SA’ID BIN ABI SA’ID KAISAN AL-MAQBURI (125H)
سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيد كيسان المقبري
Ulama
Madinah ini sering disebut dengan nama SA’ID BIN KAISAN. Hal ini kerana, nama
bapanya yang sebenar adalah KAISAN, sedangkan ABU SA’ID itu adalah gelaran
kerana sempena kepada namanya.
Riwayatnya
dari Aisyah dan Ummu Salamah tidak boleh diterima kerana dia riwayatkan itu
secara MURSAL.
Menurut
al-Asqalani, Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi dan Ibn Abd al-Bar al-Andalusi,
hafalannya celaru empat tahun sebelum kematiannya. Namun begitu, al-Zahabi
kata, semasa dia celaru hafalan, tidak ada seorang pun murid yang belajar hadis
darinya.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi siqah
lagi sahih.
[2] ‘ATHO’ BIN MINA’ (91-100H)
عَطَاءِ بْنِ
مِينَاءَ
Dipanggil dengan ABU MUAZ. Pernah sampai di Madinah,
Basrah dan meninggal dunia di Mekah. Dia meninggal dunia lingkungan antara
tahun 91 hingga 100 hijrah.
Ramai ulama anggap dia siqah. Cuma, al-Asqalani anggap
dia sebagai Soduq.
Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-Nasaie
dan Ibn Majah.
[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)
أَبو هُرَيْرَةَ
Lihat sanad hadis bab.
No comments:
Post a Comment