|
MUTABA-AH 1 (HADIS 155) |
وَحَدَّثَنَاهُ
عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالُوا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ح، وَحَدَّثَنِيهِ حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ: حَدَّثَنِي يُونُسُ ح، وَحَدَّثَنَا
حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحٍ
كُلُّهُمْ عَنِ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا
الْإِسْنَادِ
وَفِي
رِوَايَةِ ابْنِ عُيَيْنَةَ[1]: «إِمَامًا مُقْسِطًا، وَحَكَمًا عَدْلًا»
Dalam riwayat ibn Uyaynah, ada disebut: pemimpin yang
adil dan hukum yang adil.
وَفِي
رِوَايَةِ يُونُسَ[2]: «حَكَمًا عَادِلًا» ، وَلَمْ يَذْكُرْ
«إِمَامًا مُقْسِطًا»
Dalam riwayat Yunus (disebut): “hukum yang adil”. Tidak
disebut: pemimpin yang adil”
وَفِي حَدِيثِ صَالِحٍ[3]:
«حَكَمًا مُقْسِطًا» كَمَا قَالَ اللَّيْثُ:
وَفِي حَدِيثِهِ مِنَ الزِّيَادَةِ: «وَحَتَّى تَكُونَ السَّجْدَةُ الْوَاحِدَةُ
خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا»
Dalam hadis Soleh: “hukum yang adil” sepertimana
berkata al-Lais: pada hadisnya ada penambahan: “hingga satu sujud lebih baik
berbanding dunia serta isinya”.
، ثُمَّ يَقُولُ أَبُوهُرَيْرَةَ: اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ: {وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا
لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ} [النساء: 159] الْآيَةَ
Kemudian Abu Hurairah berkata: Bacalah jika kamu mahu:
“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman
kepada Nabi Isa sebelum matinya”
|
PENJELASAN SANAD |
[1] Kalau Sanad pada hadis
bab, ada dua jalur, iaitu (1) MUSLIM
ambil dari QUTAIBAH, dia
ambil dari LAIS. (2) MUSLIM ambil dari MUHAMMAD BIN RAMH, dia ambil dari
AL-LAIS; kedua-dua jalur ini bermuarakan dari AL-ZUHRI.
Dalam MUTABA-AH 1 ini, MUSLIM kemukakan tiga jalur
yang kesemua jalur-jalur sanad ini bermuarakan dari
AL-ZUHRI juga. Kemudian, AL-ZUHRI ambil dari IBN MUSAYYIB, ambil dari ABU HURAIRAH yang sama dengan
SANAD HADIS BAB.
[2]
Dalam sanad, disebutkan كُلُّهُمْ عَنِ الزُّهْرِيِّ—semua
mereka ambil dari AL-ZUHRI, beliau adalah MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDULLAH
BIN ABDILLAH AL-AKBAR BIN SYIHAB AL-QURASHI AL-ZUHRI yang sering diringkas
dengan dua sebutan; (1) al-Zuhri, ataupun (2) Ibn Syihab.
|
PENJELASAN MATAN |
[1] Perbezaan dengan matan lepas:
a.
digunakan lafaz اماما مقسطا
b.
digunakan lafaz حَكَمًا
عَادِلًا dan وَحَكَمًا عَدْلًا
c.
ada penambahan:
«وَحَتَّى تَكُونَ السَّجْدَةُ الْوَاحِدَةُ خَيْرًا مِنَ
الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا» ، ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ: اقْرَءُوا إِنْ
شِئْتُمْ: {وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ
مَوْتِهِ} [النساء: 159] الْآيَةَ
[2]
Dalam matan hadis, disebutkan:
وَحَتَّى
تَكُونَ السَّجْدَةُ الْوَاحِدَةُ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Hingga satu sujud adalah lebih baik dari
dunia dan isi-isinya”
Ada
ulama tafsirkan, maksud dengan satu sujud itu adalah satu solat. Hal ini
kerana, ada beberapa keadaan perkataan sujud merujuk kepada solat. Contohnya,
hadis berikut;
عَنِ ابْنِ
عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ
الظُّهْرِ، وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ المَغْرِبِ، وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ العِشَاءِ،
وَسَجْدَتَيْنِ بَعْدَ الجُمُعَةِ، فَأَمَّا المَغْرِبُ وَالعِشَاءُ فَفِي
بَيْتِهِ» - البخاري, 1172
Ibn Umar berkata: Aku solat bersama Nabi saw dengan
dua kali sujud sebelum zohor, dua sujud selepas zohor, dua sujud selepas
maghrib, dua sujud selepas isyak dan dua sujud selepas jumaat. Adapun maghrib
dan isyak, baginda tunaikan di rumah baginda”
|
PENGAJARAN |
[1] Riwayat ini membawakan penambahan matan berikut;
وَحَتَّى
تَكُونَ السَّجْدَةُ الْوَاحِدَةُ خَيْرًا مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Sehingga satu sujud lebih baik dari dunia dan
isi-isinya”
Hal ini membuktikan bahawa kejadian Nabi Isa mematahkan
salib dan membunuh babi itu berlaku selepas semua Nasrani telah memeluk islam.
Apabila sudah memeluk islam, manusia tidak
berlumba-lumba lagi dalam dakwah, bahkan mereka lebih bersaing dari sudut
sujud, sehingga mereka meletakkan anggap bahawa sujud lebih utama berbanding
segala-galanya.
[2] DUNIA PUN TIDAK BERHARGA?
Dalam matan hadis disebut:
خَيْرًا مِنَ
الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“lebih baik dari dunia dan isi-isinya”
Hal ini sebagai penjelasan terhadap matan hadis bab:
وَيَفِيضُ
الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ
Dalam
perkataan lain, mereka tidak rasa dunia dan isi-isinya berharga lagi kerana
setiap mereka sudah mendapat harta yang melimpah ruang sehingga tidak ada
seorang pun menerima zakat.
|
BIOGRAFI PERAWI |
JALUR PERTAMA:
[5] ABD AL-‘ALA BIN HAMMAD (237H)
عَبْدُ
الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ
Nama penuhnya adalah
ABD AL-‘ALA BIN HAMMAD BIN NASR AL-BAHILI AL-BASARI AL-NURSI. Dipanggil dengan
ABU YAHYA.
Dilahirkan di Basrah.
Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, serta Rijal al-Nasaie.
Dia adalah siqah. Pun
begitu, ada pendapat terpencil kata dia soduq. Namun begitu, dia seorang perawi
yang sahih.
[5] ABU BAKAR BIN ABI
SYAIBAH (159H-235H)
أَبُو بَكْرِ بْنُ
أَبِي شَيْبَةَ
Dia adalah
abang kepada Osman bin Abi Syaibah, bapa kepada IBRAHIM BIN ABI BAKAR dan bapa
saudara kepada ABU JA’FAR MUHAMMAD BIN OSMAN.
Dia
dilahirkan di Wasit (Iraq) dan meninggal di kufah. Dia pernah sampai ke
Damsyiq. Dia adalah pengarang kitab “Musannaf Ibn Abi Syaibah”.
Dalam
kalangan ulama hadis menggelarkannya sebagai SAYYID AL-HUFFAZ, iaitu penghulu
bagi segala penghafaz hadis. Dia bukan sekadar terkenal dalam bidang hadis,
malah terkenal juga dalam bidang tafsir al-Quran.
Dalam
kalangan imam al-Kutub al-Sittah itu, hanya Imam al-tarmizi sahaja tidak
riwayatkan hadisnya. Ibn Majah pula, meriwayatkan hadisnya dengan perantara.
Walaubagaimana
pun, dia perawi yang sahih.
[5] ZUHAIR BIN HARB (160H-234H)
َزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ
Nama
penuhnya adalah ZUHAIR BIN HARB BIN SYADDAD AL-HURASYI. Dia adalah guru kepada al-bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah, serta
rijal kepada al-Nasaie. Dan dia adalah perawi yang SAHIH.
Dia
dilahirkan di al-Nasa’ yang sekarang di dalam negara Turkmenistan dan tinggal
dan meninggal dunia di Baghdad.
*PERHATIAN:
ada seorang lagi yang nama hampir sama, iaitu ABU KHAISAMAH ZUHAIR BIN
MUAWIYYAH (100H-174H), seorang perawi hadis yang merupakan rijal al-Kutub
al-Sittah yang berasal dari Kufah.
[4] SUFYAN BIN UYAYNAH (107-198H)
سفيان بن عيينة
Dilahirkan
di Kufah, kemudian berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ. Mula belajar hadis
sewaktu umur 12 tahun.
Imam Syafie
pernah memuji dengan berkata:
لولا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز
“kalau
tidak kerana malik dan Sufyan, sudah pasti tidak ada ilmu di hijaz”
Ada pihak
menyatakan bahawa dia seorang mudallis. Tetapi, menurut ramai ulama hadia
seperti Abu al-Fath al-Azdi, al-Asqalanu dan al-Bazzar bahawa mudallis Sufyan
bin Uyaynah boleh diterima kerana dia tidak akan mudallis kecuali dari perawi
siqah.
Ahmad bin
Hanbal ada berkata, semua hadis riwayat Sufyan tidak menjadi sebarang masalah
kecuali jika dia riwayatkan hadis penduduk hijaz dan kufah dalam beberapa hal.
Seakan-akan Ahmad memberitahu, riwayat Sufyan dari penduduk Kufah dan Hijaz ini
tidak terus diterima dan ditolak, tetapi perlu diteliti terlebih dahulu.
Ibn Hajar
al-Asqalani menyatakan bahawa di akhir umurnya dia ada ikhtilat yang menurut
Muhammad bin Ammar al-Musili, ia berlaku dalam lingkungan tahun 97H. Namun
begitu, Ibn Hajar akui bahawa dia siqah, hafiz serta faqih.
Dia bukan
sekadar dihormati dalam kalangan ulama sunni, bahkan turut dihormati oleh
ulama-ulama syiah sehingga dianggap sebagai Ashab al-Imam Ja’far al-Sodiq.
Dia adalah
salah seorang dari Rijal Kutub al-Sittah
JALUR KEDUA:
[6] HARMALAH BIN YAHYA (244H)
حَرْمَلَةُ
بْنُ يَحْيَى
Ulama mesir
ini adalah murid Imam Syafie. Dia antara ulama mazhab syafie yang menjadi
rujukan dalam fatwa-fatwa syafie QAUL JADID.
Dia salah
seorang ulama Mazhab Syafie yang digelar sebagai ASHAB AL-WUJUH dalam mazhab
Syafie (Ulama yang melakukan penelitian terhadap fatwa-fatwa ulama dalam
sesuatu Mazhab, lalu membandingkan fatwa-fatwa tersebut dengan kaedah usul fiqh
dan kaedah pendalilan dari al-Quran dan hadis)
Walaupun
dia mahir dan pakar dalam mazhab syafie, tetapi Imam al-nawawi anggap bahawa
dia tidak dapat menandingi kemahiran al-Imam al-Muzani atau nama penuhnya
Ismail bin Yahya bin ismail al-Misri (175H-264H) terhadap fatwa mazhab syafie.
Antara
kitab karya beliau adalah MUKHTASAR HARMALAH dan AL-MABSUT.
Dalam
periwayatan hadis, ramai ulama mengiktiraf kehebatannya. Abu Ahmad bin Adi
al-Jurjani menyatakan bahawa dia tidak jumpa satu pun hadis yang Harmalah riwayatkan
itu boleh dianggap sebagai doif.
Dia diakui
ramai ulama bahawa amat mahir hadis yang dia ambil dari Ibn Wahab, seperti Abu
Ja’far al-Uqaili, Ibn Ma’in dan Abu Sa’id bin Yunus al-Misri. Dia dianggap
Soduq oleh Ibn Hajar al-Asqalani.
Namun
begitu, terdapat juga Kritikan terhadap beliau seperti Abu Hatim al-Razi kata,
hadisnya boleh ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah. Abdullah bin Muhammad
al-Farhazani pula anggap dia doif.
Dia juga
guru kepada Ibn Majah serta Rijal al-Nasaie. Nama dia tidak ada dalam sahih
al-Bukhari dan Sunan Abi Daud.
[5] ABDULLAH BIN WAHB (125H-197H)
عبدالله ابْنُ وَهْبٍ
Dikenali
sebagai ABU MUHAMMAD AL-MISRI, atau ABU MUHAMMAD AL-FAHRI. Nama penuhnya,
ABDULLAH BIN WAHB BIN MUSLIM AL-QURASHI.
Dia
dilahirkan di al-Fistat (kaherah lama), Mesir. Dia adalah murid Imam Malik yang
dia belajar selama 20 tahun.
Sufyan bin
Uyaynah menggelarkannya sebagai SYAIKH AHL AL-MISR (guru kepada penduduk
mesir). Dia mendengar hadis dari guru-guru di Mesir, Hijaz dan Iraq. Dikatakan,
bilangan gurunya lebih dari 400 orang.
Dalam semua
guru itu, Imam Malik adalah orang yang paling lama dia berguru. Dia belajar
dengan Imam malik sehingga dia menjadi alim.
Ibn Wahb
boleh dianggap sebagai orang yang menyebarkan Mazhab Maliki di mesir, kerana
keterbatasan penduduk di Mesir untuk ke Madinah untuk menuntut ilmu. Justeru,
mana-mana penduduk mesir yang mahu mengetahui berkenaan Mazhab Maliki, mereka
akan menuntut ilmu fiqh dari Ibn Wahb.
Dia adalah
Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang siqah lagi sahih
[4] YUNUS BIN YAZID AL-AILI (159H)
يُونُسُ بن يزيد الأيلي
Nama penuhnya adalah YUNUS BIN YAZID BIN BIN MISYKAN BIN ABI AL-NAJAD
AL-AYLI ABU YAZID AL-UMAWI. Dipanggil dengan ABU YAZID AL-UMAWI.
Ulama mesir
ini adalah orang yang banyak meriwayatkan hadis dari IBN SYIHAB AL-ZUHRI. Dia
adalah seorang tabiiin besar yang tinggal di AILAH, Jordan dan meninggal dunia
di Mesir.
Secara
dasar, ramai ulama memuji dia dan menganggap dia siqah dan sahih serta boleh
dibuat hujah.
Namun, ada
beberapa kritikan terhadapnya, iaitu Ahmad bin Hanbal pernah menyatakan bahawa
dia banyak buat silap dalam riwayat hadis yang dia ambil dari al-Zuhri, bahkan
ada ketika Imam Ahmad kata dia Mungkar.
Ibn Hajar
al-Asqalani kata, dia ada sedikit waham apabila dia riwayat dari al-Zuhri.
Tetapi, jika dia riwayatkan hadis dari selain Zuhri, itu berlaku kesalahan.
Dalam pada
Ahmad bin Hanbal dan al-Asqalani kritik, tetapi mereka tetap akui bahawa dia
siqah.
Walaubagaimana
pun, Imam Waki’ bin al-Jarrah menyatakan bahawa hafalannya buruk. Hal ini
diakui juga oleh Ibn Hajar al-Asqalani.
Dia adalah
rijal kutub al-Sittah, dan seorang perawi hasan.
JALUR KETIGA:
[7] HASAN BIN ‘ALI AL-HULWANI (242H)
حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ
Ada orang memanggil dia dengan HASAN AL-HULWANI, iaitu
selalu berlaku dalam sahih Muslim.
Dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-HUZALI AL-MAKKI.
Pernah sampai di Baghdad dan al-Hulwan (kaherah). Dia meninggal di Mekah. Dia adalah
rijal bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah.
[7] ABD BIN HUMAID (170H-249H)
عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ
Nama penuhnya adalah ABD BIN HUMAID NAS AL-KISSI (ad
abaca: AL-KASYSYI). Ada kata, namanya adalah ABDUL HAMID, tetapi dakwaan itu
lemah.
Dipanggil dengan ABU MUHAMMAD. Dia mendapat gelaran
al-Hafiz ekoran menghafal serratus ribu hadis secara sanad dan matan.
Ada
dakwaan kata dia mati di Damsyiq. Namun, dibantah oleh al-Zahabi. Dia digelar
AL-KISSI kerana dia berasal dari tempat bernama Kis (satu tempat di daerah
Sindh, Pakistan)
Al-Sayuti
kata bahawa dia ada karang musnad dan Tafsir.
Dia
adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali al-Nasaie sahaja. Dia adalah seorang
perawi siqah lagi sahih.
[6] YA’AQUB BIN IBRAHIM BIN SA’AD (208H)
يَعْقُوبَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ
Nama penuhnya adalah YAAQUB BIN IBRAHIM BIN SA’AD BIN
IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF. ini bermakna bapanya adalah cicit kepada
sahabat Nabi, iaitu Abdul Rahman bin Auf.
Dia dipanggil dengan ABU YUSUF AL-MADANI.
Dia pernah sampai di Madinah dan Baghdad.
Ramai ulama anggap dia siqah seperti YAHYA dan
AL-IJLI. ABU HATIM kata, dia SODUQ.
Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi,
al-Nasaie dan Ibn Majah
[5] IBRAHIM BIN SA’AD AL-MADANI (113H-183H)
ابراهيم بن سعد المدني
Nama penuhnya adalah Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin
Abdul Rahman bin Auf. ini bermakna dia adalah cicit kepada sahabat Nabi saw
yang terkenal, iaitu Abdul Rahman bin Auf.
Dipanggil dengan ABU ISHAQ. Dilahirkan di Madinah dan
meninggal dunia di Baghdad.
Ada dakwaan, semasa di Baghdad dia menjadi
Qadhi. Al-Khatib kata, dia menjadi Qadhi semasa di Madinah. di Baghdad pula,
Abu Daud pula kata, dia jadi wali Baitul mal.
Kata al-Zahabi, dia
adalah orang yang mula-mula fatwakan muzik tidak haram.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang
perawi yang siqah lagi sahih.
[4] SOLEH BIN KAISAN AL-GHIFFARI (40H-140H)
صَالِحٍ بن كيسان الغفاري
الحافظ
Dia digelar dengan panggilan Abu Ahmad al-Ghiffari.
Ada kata, al-‘Amiri. Dilahirkan di Madinah dan merupakan ulama fiqh dan hadis
di Madinah.
Dia
mendapat gelaran al-Hafiz yang dalam istilah ulum al-Hadis bermaksud orang yang
menghafal sebanyak 100 ribu hadis, sanad dan matan.
Dalam al-Siyar diceritakan bahawa Ibrahim bin Sa’ad
datang rumah Soleh. Didapati dia senang memberi makan kepada kucingnya dan
kepada burung merpati.
Al-Imam al-Sakhawi kata, umurnya 100 tahun. Ibn Nasir
al-Din pula kata, umurnya lebih 100 tahun.
Dia
adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.
[1] LIHAT SANAD DI ATAS;
((وَحَدَّثَنَاهُ
عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ، وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَزُهَيْرُ
بْنُ حَرْبٍ، قَالُوا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ))
[2] TENGOK SANAD DI ATAS:
((وَحَدَّثَنِيهِ
حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي يُونُسُ))
[3] TENGOK
SANAD DI ATAS:
((وَحَدَّثَنَا
حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ، وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ
إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحٍ))
No comments:
Post a Comment