Showing posts with label KELEBIHAN PARA NABI. Show all posts
Showing posts with label KELEBIHAN PARA NABI. Show all posts

Wednesday, March 16, 2022

HADIS 153 (BAB)

  

BAB

 

باب وجوب إيمان أهل الكتاب برسالة الإسلام

AHLI KITAB WAJIB BERIMAN DENGAN RISALAH ISLAM

 

HADIS 153

 

 (153) حَدَّثَنِي يُونُسُ بْنُ عَبْدِالْأَعْلَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: وَأَخْبَرَنِي عَمْرٌو، أَنَّ أَبَا يُونُسَ، حَدَّثَهُ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ، ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ»

Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah saw bahawa baginda bersabda: "Demi nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang dari umat ini, sama ada Yahudi dan Nasrani mendengar tentangku, kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan agama yang aku diutus dengannya, kecuali dia pasti termasuk dari kalangan ahli neraka”

  

PENJELASAN HADIS

 

[1] Nabi menjelaskan bahawa orang yahudi dan Nasrani, walaupun mereka tidak beragama Islam, mereka juga adalah umat Nabi Muhammad saw. Dalam erti kata yang lain, mereka wajib beriman dengan nabi saw.

 

[2] secara khusus disebut Yahudi dan Nasrani, kerana mereka adalah kalangan yang mempunyai kitab tanpa diperselisihkan lagi dalam kalangan ulama. Justeru, kalangan yang tidak mempunyai kitab, lebih-lebih lagi dikira sebagai umat nabi Muhammad saw yang wajib beriman dengan ajaran Baginda.

 

[3] Dalam hadis ini menjelaskan juga bahawa beriman kepada Nabi Muhammad merupakan salah satu syarat sah Iman bagi umat selepas perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai nabi. Jika tidak, maka individu itu dianggap sebagai iman yang tidak sah.

 

HUBUNGAN HADIS

                                                                                                       

Dalam hadis ke-152, dijelaskan bahawa kelebihan Nabi Muhammad saw berbanding nabi lain adalah baginda diutuskan kepada semua manusia, bukan sepertimana nabi-nabi sebelum ini yang diutuskan kepada kaum dan bangsa tertentu sahaja.

 

Dalam hadis ke-153 ini pula, dijelaskan bahawa Nabi Muhammad turut diutuskan kepada penganut yahudi dan Nasrani.

 

PENGAJARAN

 

[1] PEMBAHAGIAN UMAT

  

Dalam al-Quran, perkataan امة memberi beberapa maksud. Ada bermakna satu, seperti firman Allah:

 

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (120) - النحل

“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun dia seorang diri); dia takut bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid dan dia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik”

 

Ada juga memberi makna JAMAAH. Hal ini melihat kepada firman Allah:

 

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ (23) – القصص

“Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ ada satu umat ( sekumpulan orang-orang lelaki) sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing)

 

 

Ia juga memberi makna ikutan, sepertimana hadis—daripada Anas bin Malik bahawa nabi saw bersabda:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «شَفَاعَتِي لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِي»

“Syafaat aku untuk pelaku dosa besar dari kalangan umat aku” (Abi Daud, hadis no: 4739)

 

Dari sudut istilah pula, perkataan الأمة terbahagi kepada dua: (1) umat ijabah, (2) umat dakwah.

 

Umat ijabah adalah umat yang telah menerima seruan dakwah dan memeluk agama Islam. Ini yang diistilahkan sebagai umat islam.

 

Umat dakwah adalah umat yang mereka menjadi sasaran dakwah. Hal ini berlaku kepada non muslim, yang menjadi tanggungjawab muslim menyeru mereka kepada Islam.

 

[2] BERIMAN DENGAN ALLAH TANPA BERIMAN DENGAN NABI MUHAMMAD

 

Ada dari kalangan manusia yang hanya beriman kepada Allah, tetapi tidak mahu beriman dengan Nabi Muhammad.  Kepercayaan ini sebegini tidak melayakkan seseorang itu selamat dari azab neraka.

 

Hal ini kerana, tanpa Nabi Muhammad saw, kepercayaan terhadap Allah adalah tidak tepat dengan kefahaman yang sebenar.

 

Apatah lagi, sebelum kelahiran Nabi Muhammad, manusia memahami Allah itu dengan pelbagai; seperti Allah manifestasi Allah itu tergambar dalam bentuk patung berhala; ada pula menjadikan dewa-dewa tertentu sebagai perantara antara mereka dan Allah; ataupun sepertimana dalam kefahaman Yahudi dan Nasrani yang anggap bahawa Nabi-nabi masing-masing sebagai salah satu entity dari zat Allah sehingga mereka menamakan Nabi Isa adalah anak Allah; atau Nabi uzair adalah anak Allah.

 

Justeru, Nabi saw datang membentulkan cara pemahaman yang salah terhadap Allah yang sudah berlaku dalam kalangan manusia.

  

[3] NON MUSLIM YANG TIDAK SAMPAI DAKWAH

 

Dalam hadis ini, Nabi saw ada kaitkan dengar ajaran Nabi dan tidak beriman menyebabkan mereka masuk neraka. Justeru, menurut al-Amin al-Harari bahawa orang non muslim yang tidak pernah sampai dakwah kepada mereka, tidak diazab di akhirat kelak. hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah:

 

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا (15) – الإسراء

“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)”


BIOGRAFI PERAWI

 

[5] YUNUS BIN ABD AL-A’LA (170H-264H)

يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى

Nama penuhnya adalah ABU MUSA YUNUS BIN ABD AL-‘ALA BIN MAISARAH BIN HAFZ AL-SODFIY AL-MISRI

 

Ulama ini dilahirkan dan meninggal di mesir dan pernah tinggal di sekitar Hijaz.

 

Dia dari keturunan al-Sodfiy, iaitu satu kabilah kecil dalam keluarga besar dari Yaman bernama HIMYAR. Dengan erti kata lain, walaupun dia dilahirkan di mesir, tetapi dari sudut asal keturunannya adalah dari Yaman.

 

Dia adalah murid kepada Imam Warash (110H-197H) yang merupakan salah guru yang terkenal dengan ilmu Qiraaat. Dia juga belajar qiraaat dari Imam Nafi’ (169H).

 

Disamping ilmu hadis, Yunus juga adalah guru dalam bidang Qiraat sehingga disebut sebagai salah seorang imam dalam ilmu terbabit. Antara murid terkenal yang belajar qiraat darinya adalah Imam al-Tabari (224H-310H).

 

Di peringkat awal, seorang pengamal Mazhab maliki. Namun selepas Imam Syafie masuk ke Mesir, dia turuti Mazhab syafie, malah menjadi salah seorang ulama besar dalam Mazhab tersebut. Imam al-Nawawi menyatakan, Yunus adalah salah satu perawi fatwa-fatwa imam syafie qaul jadid.

 

Dia adalah murid kepada Imam Muslim, Imam al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ABDULLAH BIN WAHB (125H-197H)

عبدالله ابْنُ وَهْبٍ

 

Dikenali sebagai ABU MUHAMMAD AL-MISRI, atau ABU MUHAMMAD AL-FAHRI. Nama penuhnya, ABDULLAH BIN WAHB BIN MUSLIM AL-QURASHI.

 

Dia dilahirkan di al-Fistat (kaherah lama), Mesir. Dia adalah murid Imam Malik yang dia belajar selama 20 tahun.

 

Sufyan bin Uyaynah menggelarkannya sebagai SYAIKH AHL AL-MISR (guru kepada penduduk mesir). Dia mendengar hadis dari guru-guru di Mesir, Hijaz dan Iraq. Dikatakan, bilangan gurunya lebih dari 400 orang.

 

Dalam semua guru itu, Imam Malik adalah orang yang paling lama dia berguru. Dia belajar dengan Imam malik sehingga dia menjadi alim.

 

Ibn Wahb boleh dianggap sebagai orang yang menyebarkan Mazhab Maliki di mesir, kerana keterbatasan penduduk di Mesir untuk ke Madinah untuk menuntut ilmu. Justeru, mana-mana penduduk mesir yang mahu mengetahui berkenaan Mazhab Maliki, mereka akan menuntut ilmu fiqh dari Ibn Wahb.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang siqah lagi sahih.

 

[3] AMRU BIN AL-HARIS (90H-148H)

عَمْرٌو بن الحارث

 

Nama penuhnya ABU UMAYYAH AMRU BIN AL-HARIS BIN YAAQUB AL-ANSARI AL-MISRI.

 

Dia berasal dari mesir dan terkenal dengan ilmuan di bumi kelahirannya itu sehingga digelar sebagai “Alim al-Diyar al-Misriyyah”.

 

Menurut Abu Bakar al-Khatib, dia terkenal dengan ilmu hadis, ilmu qiraat dan faqih malah banyak memberi fatwa serta seorang sasterawan. Menurut Abu al-Qasim bin Bisykawal bahawa dia sudah mula memberi fatwa ketika umurnya masih muda.

 

Menurut Musa bin Salamah al-Misri, kerap berlaku bahawa apabila dia keluar dari rumah, orang sudah beratur mahu bertanya kepadanya; ada yang bertanya berkenaan fiqh, ada bertanya berkenaan hadis, ada bertanya berkenaan al-Quran, ada bertanya berkenaan Syair, ada yang bertanya berkenaan Faraid, ada yang bertanya berkenaan sastera arab, bahkan ada juga yang bertanya berkenaan ilmu hisab.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dan meninggal di era pemerintahan Abu Jaa’far al-mansur.

 

Abu Ishaq al-Syirazi meletakkan dia sebagai senarai ulama fiqh dalam kalangan Tabiin di mesir.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang siqah lagi sahih.

 

[2] ABU YUNUS (123H)

 أَبَو يُونُسَ

 

Nama sebenarnya SALIM BIN JUBAIR AL-DUSI AL-MISRI yang merupakan bekas hamba kepada Abu Hurairah.

 

Ramai hadis-hadis riwayat Abu Hurairah dari jalur Mesir ambil dari Abu Yunus ini.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud dan Tarmizi. Dia adalah perawi yang siqah lagi sahih.

 

[1] ABU HURAIRAH

 أَبو هُرَيْرَةَ

 

 

TAKHRIJ

 

Ahmad (8203, 8609), al-Bazzar (3050-Abu Musa al-Asya’ari).

 

 

 

HADIS 152 (BAB 70)

BAB 70

 

70 - بَابُ وُجُوبِ الْإِيمَانِ بِرِسَالَةِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جَمِيعِ النَّاسِ، وَنَسْخِ الْمِلَلِ بِمِلَّتِهِ

KEWAJIPAN IMAN TERHADAP RISALAH NABI MUHAMMAD KEPADA SELURUH MANUSIA SERTA MENASAKHKAN SYARIAH DENGAN SYARIAH MUHAMMAD

 

HADIS 152

 

 (152) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَا مِنَ الْأَنْبِيَاءِ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا قَدِ اُعْطِيَ مِنَ الْآيَاتِ مَا مِثْلُهُ آمَنَ عَلَيْهِ الْبَشَرُ، وَإِنَّمَا كَانَ الَّذِي أُوتِيتُ وَحْيًا أَوْحَى اللهُ إِلَيَّ، فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ تَابِعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

 

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah setiap nabi melainkan dia pasti diberi tanda (sebagai bukti kenabian mereka) semisalnya, yang dengan itu, manusia beriman kepadanya. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh karena itu, aku berharap menjadi nabi yang paling banyak pengikutnya (dibandingkan dengan) mereka pada hari kiamat."

  

PENJELASAN HADIS

 

[1] Maksud perkataan الْآيَاتِ adalah tanda-tanda. Dalam hadis ini, tanda yang dimaksudkan adalah bukti kenabian bagi seseorang nabi. Justeru, ia dimaksudkan sebagai mukjizat.

 

[2] Nabi menjelaskan bahawa setiap Nabi itu akan diberikan mukjizat. Mukjizat dari perkataan عجز yang bermaksud lemah. Justeru, makna معجزة adalah  sesuatu keajaiban yang diberikan tuhan dengan tujuan untuk melemahkan musuh.

 

[3] Nabi menyatakan: إِلَّا قَدِ اُعْطِيَ مِنَ الْآيَاتِ مَا مِثْلُهُ –iaitu, mukjizat nabi-nabi dahulu seiras antara satu dengan yang lain, seperti melibatkan hal-hal yang bersifat magik; tongkat yang boleh belah laut dan menjadi ular, hidupkan orang mati, keluar unta dari batu dan sebagainya.

 

[4] Nabi menyatakan: وَإِنَّمَا كَانَ الَّذِي أُوتِيتُ وَحْيًا أَوْحَى اللهُ إِلَيَّ—iaitu, al-Quran, iaitu mukjizat berbentuk intelektual, hujah dan pembuktian. Dengan sebab itu, ia relevan di semua bangsa dan serta setiap masa dan tempat.

 

[5] nabi saw menyatakan: فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ تَابِعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ—kalau umat dahulu, pendekatan mereka dibataskan kepada kaum tertentu, tidak hairan pendekatannya berbentuk magik, perkara yang menyalahi adat dan sebagainya. Namun, pendekatan Nabi Muhammad saw berbentuk intelektual, penghujahan dan bukti, tidak hairan syariat Nabi Muhammad itu bersifat universal; merentasi kaum dan bangsa. Dengan itu, pasti umat nabi Muhammad jauh lebih ramai berbanding umat nabi-nabi sebelum ini.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-150, dijelaskan berkenaan kelebihan Nabi dahulu. Khususnya Nabi Lut dan Nabi Yusuf.

 

Dalam hadis ke-151 ini pula, dijelaskan kelebihan Nabi Muhammad berbanding nabi-nabi dahulu pula.

 

PENJELASAN: seakan-akan Imam Muslim mahu seimbangkan cara fikir umat Islam dalam melihat para Nabi.

 

Jangan jadi seperti orang yahudi yang nampak kelebihan Nabi Musa, sehingga tidak nampak kelebihan nabi Isa dan Nabi Mujammad. Ataupun sepertimana orang Nasrani yang nampak kelebihan nabi Isa sehingga tidak nampak pula kelebihan Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

 

Hal ini selaras dengan firman Allah:

 

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (136) – البقرة

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata” (Surah al-Baqarah, ayat 136)

 

Demikian juga dengan hadis—daripada Abu Sa’id al-Khudri berkata:

 

جَاءَ رَجُلٌ مِنَ اليَهُودِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ لُطِمَ وَجْهُهُ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِكَ مِنَ الأَنْصَارِ لَطَمَ فِي وَجْهِي، قَالَ: «ادْعُوهُ» فَدَعَوْهُ، قَالَ: «لِمَ لَطَمْتَ وَجْهَهُ؟» قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي مَرَرْتُ بِاليَهُودِ، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: وَالَّذِي اصْطَفَى مُوسَى عَلَى البَشَرِ، فَقُلْتُ: وَعَلَى مُحَمَّدٍ، وَأَخَذَتْنِي غَضْبَةٌ فَلَطَمْتُهُ، قَالَ: «لَا تُخَيِّرُونِي مِنْ بَيْنِ الأَنْبِيَاءِ، فَإِنَّ النَّاسَ يَصْعَقُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ، فَأَكُونُ أَوَّلَ مَنْ يُفِيقُ، فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى آخِذٌ بِقَائِمَةٍ مِنْ قَوَائِمِ العَرْشِ، فَلَا أَدْرِي أَفَاقَ قَبْلِي أَمْ جُزِيَ بِصَعْقَةِ الطُّورِ»

“Seseorang dari Yahudi datang menemui Rasulullah saw dengan wajah yang ada kesan dipukul, lalu ia berkata kepada baginda: "Ya Muhammad, Aku telah dipukul oleh salah seorang dalam kalangfan sahabatmu dari golongan Ansar”

 

Nabi saw pun bersabda agar memanggil sahabat tersebut. Mereka pun memanggilnya kemudian Nabi saw bertanya: "Kenapa engkau pukul dia?" Dia menjawab: "Wahai Rasulullah, pada waktu itu aku melintasi orang Yahudi ini, lalu aku mendengar dia berkata: “Demi Zat yang telah memilih Musa dari semua manusia” Maka aku berkata: “Apakah dari Muhammad juga? hingga dia membuatku marah, maka aku memukulnya.

 

Nabi saw pun bersabda: "Janganlah kamu  melebihkan sebahagian nabi dengan sebahagian yang lain. Sesungguhnya pada hari kiamat manusia dalam keadaan pingsan, lalu aku adalah orang yang mula-mula sekali mengangkat kepala dari tanah, namun aku mendapati Musa telah berada di sisi 'Arasy, aku tidak tahu apakah dia lebih dahulu bangun daripada aku atau dia sudah cukup dengan pingsannya ketika di bukit Thur” (al-Bukhari, hadis no: 4638)

 

PENGAJARAN HADIS

 

[1] PERLAWANAN PARA NABI DENGAN MUSUH

 

Dalam al-Quran, Allah swt sebut berkenaan perlawanan itu hendaklah menggunakan pendekatan yang sama. Di era Nabi Musa, perlawanan berbentuk sihir, maka tidak hairan mukjizat Nabi Musa adalah tongkat yang bertukar menjadi ular. Begitulah selanjutnya;

 

الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (194) – البقرة

“(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”

 

[2] MUKJIZAT DAHULU HABIS DENGAN LUPUT ERA MEREKA

 

Mukjizat Nabi dahulu terluput apabila era mereka berlalu. Namun berbeza dengan mukjizat nabi Muhammad saw yang relevan di setiap masa dan tempat.

 

Bahkan, perkataan nabi dalam hadis ini sudah boleh dianggap sebagai mukjizat. Hal ini kerana, semasa nabi saw ungkapkan ini, islam baru sekitar mekah dan Madinah serta berlegar dalam kalangan masyarakat arab. Kalau ada bangsa lain pun, mereka duduk dalam komuniti arab.

 

Namun, pada hari ini Islam sudah sampai di seluruh pelusuk dunia; sudah dianuti oleh seluruh bangsa dalam dunia ini.

 

BIOGRAFI PERAWI

  

[5] QUTAIBAH BIN SA’ID (150H-240H)

قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ

 

Nama penuhnya adalah ABU RAJA’ QUTAIBAH BIN SA’ID AL-BALGHANI AL-BALKHI أبو رجاء قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ البغلاني البلخي

 

Dia berasal dari Balkh, Afghanistan. Dia adalah guru semua imam kutub Sittah kecuali Ibn Majah sahaja ambil hadisnya dengan ada perantara, iaitu melalui Muhamad bin Yahya al-Zuhli dan Ibn Abi Syaibah. Dia merupakan murid kepada Imam Malik dan Imam al-Lais.

 

Menurut Abu Daud, dia masuk ke Baghdad tahun 216 hijrah. Apabila sampai di situ, Imam Ahmad dan Yahya datang berjumpa dengan dia.

 

Abu Hatim al-Razi pula kata, apabila dia sampai di Baghdad, Imam Ahmad datang belajar hadis darinya. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibn Numair dari Kufah datang ke Baghdad untuk buat ujian kekuatan hafalan dia, serta dia buat ujian juga pada kekuatan hafalan dua ulama kufah tersebut. Kejadian itu berlaku sampai ke subuh.  Dia ada perawi siqah lagi sahih.

 

[4] LAIS BIN SA’AD BIN ABDUL RAHMAN BIN AL-HARIS AL-FAHMI ABU AL-HARIS AL-MISRI AL-QALQASYANDI (94H-175H)

لَيْثٌ بن سعد بن عبدالرحمن بن الحارث الفهمي ابو الحارث المصري القلقشندي

 

Salah Seorang ulama fiqh yang terkenal sehingga dikatakan mempunyai mazhab sendiri yang disebut sebagai Mazhab al-Lais.

 

al-Imam al-Syafie pernah berkata:

 

الليث أفقه من مالك، إلا أن أصحابه لم يقوموا به

“al-Lais itu lebih faqih berbanding Malik. Namun, murid-muridnya tidak kembangkannya”

 

Dia dilahirkan di Qalqasyandah, Mesir, tetapi asal keturunannya adalah dari Farsi, iaitu dari ASBAHAN.

 

kealimannya dalam bidang fiqh amat dihormati oleh para ulama pada zaman itu. Seorang ulama bernama ABDULLAH BIN WAHAB AL-MISRI pernah berkata:

 

لولا الليث ومالك لضللنا

“kalau tidak kerana al-Lais dan Malik, sudah pasti kita akan tersesat”

 

Dia terkenal dengan zuhud serta pemurah, walaupun dia bukan dari kalangan orang kaya. Dikatakan bahawa setiap terjadi musim sejuk dan musim panas, dia pasti akan membuat majlis makan dengan menjemput orang-orang miskin; dijamukan mereka madu dan keju, sedangkan dia selalu hanya makan roti berlaukkan minyak zaitun sahaja.

 

Dikisahkan bahawa duit simpanannya selalu habis dengan memberi makan kepada fakir miskin menyebabkan wangnya selalu tidak cukup haul untuk membayar zakat.

 

Dia meninggal empat tahun sebelum kematian Imam malik.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi yang siqah lagi sahih.

 

[3] SA’ID BIN ABI SA’ID (125H)

 سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ

 

Ulama Madinah ini sering disebut dengan nama SA’ID BIN KAISAN. Hal ini kerana, nama bapanya yang sebenar adalah KAISAN, sedangkan ABU SA’ID itu adalah geralan kerana sempena kepada namanya.

 

Riwayatnya dari Aisyah dan Ummu Salamah tidak boleh diterima kerana dia riwayatkan itu secara MURSAL.

 

Menurut al-Asqalani, Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi dan Ibn Abd al-Bar al-Andalusi, hafalannya celaru empat tahun sebelum kematiannya. Namun begitu, al-Zahabi kata, semasa dia celaru hafalan, tidak ada seorang pun murid yang belajar hadis darinya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi siqah lagi sahih.

 

[2] ABU SA’ID KAISAN AL-MAQBURI AL-MADANI (100H)

 أبو سعيد كيسان  المقبري المدني

 

Ulama Madinah ini adalah bapa kepada ulama hadis terkenal bernama SA’ID BIN KAISAN. Nama sebenarnya adalah KAISAN, tetapi dipanggil juga dengan ABU SA’ID.

 

Dia mendapat gelaran المقبري iaitu perkuburan, kerana dia diamanahkan untuk menggali kubur kepunyaan keluarga Bani Dinar serta menjaga kubur mereka. Ada pula kata, tempat tinggal dia berhampiran dengan tanah perkuburan Baqi’, di Madinah.

 

Dia meninggal di era pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik.

  

Dia meninggal di Madinah semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, dan dia salah seorang tabiin besar.

 

Al-Waqidi kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis. dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah dan perawi yang siqah lagi sahih.

 

[1] ABU HURAIRAH

أَبو هُرَيْرَةَ


TAKHRIJ

 

Al-Nasaie (al-Kubra—11064)


HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...