|
BAB |
باب وجوب إيمان
أهل الكتاب برسالة الإسلام
AHLI KITAB WAJIB BERIMAN DENGAN RISALAH ISLAM
|
HADIS
153 |
(153) حَدَّثَنِي يُونُسُ بْنُ عَبْدِالْأَعْلَى، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: وَأَخْبَرَنِي عَمْرٌو، أَنَّ أَبَا يُونُسَ، حَدَّثَهُ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَا
يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ، وَلَا نَصْرَانِيٌّ،
ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ، إِلَّا كَانَ مِنْ
أَصْحَابِ النَّارِ»
Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah saw bahawa
baginda bersabda: "Demi nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, tidaklah
seseorang dari umat ini, sama ada Yahudi dan Nasrani mendengar tentangku,
kemudian dia mati dalam keadaan tidak beriman dengan agama yang aku diutus
dengannya, kecuali dia pasti termasuk dari kalangan ahli neraka”
|
PENJELASAN HADIS |
[1] Nabi menjelaskan bahawa orang yahudi dan Nasrani,
walaupun mereka tidak beragama Islam, mereka juga adalah umat Nabi Muhammad
saw. Dalam erti kata yang lain, mereka wajib beriman dengan nabi saw.
[2] secara khusus disebut Yahudi dan Nasrani, kerana
mereka adalah kalangan yang mempunyai kitab tanpa diperselisihkan lagi dalam
kalangan ulama. Justeru, kalangan yang tidak mempunyai kitab, lebih-lebih lagi
dikira sebagai umat nabi Muhammad saw yang wajib beriman dengan ajaran Baginda.
[3] Dalam hadis ini menjelaskan juga bahawa beriman kepada
Nabi Muhammad merupakan salah satu syarat sah Iman bagi umat selepas
perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai nabi. Jika tidak, maka individu itu
dianggap sebagai iman yang tidak sah.
|
HUBUNGAN HADIS |
Dalam hadis ke-152, dijelaskan bahawa kelebihan Nabi Muhammad saw berbanding nabi
lain adalah baginda diutuskan kepada semua manusia, bukan sepertimana nabi-nabi
sebelum ini yang diutuskan kepada kaum dan bangsa tertentu sahaja.
Dalam hadis ke-153 ini
pula, dijelaskan bahawa Nabi Muhammad turut diutuskan kepada penganut yahudi
dan Nasrani.
|
PENGAJARAN |
[1] PEMBAHAGIAN UMAT
Dalam al-Quran,
perkataan امة memberi beberapa maksud. Ada bermakna satu, seperti firman
Allah:
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ
حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (120) - النحل
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu
umat" (walaupun dia seorang diri); dia takut bulat-bulat kepada Allah,
lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid dan dia tidak pernah menjadi dari
orang-orang yang musyrik”
Ada juga memberi makna
JAMAAH. Hal ini melihat kepada firman Allah:
وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً
مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ (23) – القصص
“Dan ketika dia sampai
di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ ada satu umat ( sekumpulan
orang-orang lelaki) sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing)
Ia juga memberi makna ikutan, sepertimana
hadis—daripada Anas bin Malik bahawa nabi saw bersabda:
عَنْ أَنَسِ
بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «شَفَاعَتِي
لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِي»
“Syafaat aku untuk pelaku dosa besar dari kalangan umat aku”
(Abi Daud, hadis no: 4739)
Dari sudut istilah
pula, perkataan الأمة terbahagi kepada dua: (1) umat ijabah, (2) umat dakwah.
Umat ijabah adalah
umat yang telah menerima seruan dakwah dan memeluk agama Islam. Ini yang
diistilahkan sebagai umat islam.
Umat dakwah adalah umat yang mereka menjadi sasaran dakwah. Hal ini berlaku kepada non muslim, yang menjadi tanggungjawab muslim menyeru mereka kepada Islam.
[2] BERIMAN DENGAN
ALLAH TANPA BERIMAN DENGAN NABI MUHAMMAD
Ada dari kalangan
manusia yang hanya beriman kepada Allah, tetapi tidak mahu beriman dengan Nabi
Muhammad. Kepercayaan ini sebegini tidak
melayakkan seseorang itu selamat dari azab neraka.
Hal ini kerana, tanpa
Nabi Muhammad saw, kepercayaan terhadap Allah adalah tidak tepat dengan
kefahaman yang sebenar.
Apatah lagi, sebelum
kelahiran Nabi Muhammad, manusia memahami Allah itu dengan pelbagai; seperti
Allah manifestasi Allah itu tergambar dalam bentuk patung berhala; ada pula
menjadikan dewa-dewa tertentu sebagai perantara antara mereka dan Allah;
ataupun sepertimana dalam kefahaman Yahudi dan Nasrani yang anggap bahawa
Nabi-nabi masing-masing sebagai salah satu entity dari zat Allah sehingga
mereka menamakan Nabi Isa adalah anak Allah; atau Nabi uzair adalah anak Allah.
Justeru, Nabi saw
datang membentulkan cara pemahaman yang salah terhadap Allah yang sudah berlaku
dalam kalangan manusia.
[3] NON MUSLIM YANG
TIDAK SAMPAI DAKWAH
Dalam hadis ini, Nabi
saw ada kaitkan dengar ajaran Nabi dan tidak beriman menyebabkan mereka masuk
neraka. Justeru, menurut al-Amin al-Harari bahawa orang non muslim yang tidak
pernah sampai dakwah kepada mereka, tidak diazab di akhirat kelak. hal ini
dikuatkan lagi dengan firman Allah:
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا
(15) – الإسراء
“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)”
BIOGRAFI PERAWI |
[5] YUNUS BIN ABD AL-A’LA (170H-264H)
يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى
Nama penuhnya adalah ABU MUSA YUNUS BIN ABD AL-‘ALA BIN MAISARAH BIN HAFZ AL-SODFIY AL-MISRI
Ulama ini dilahirkan dan meninggal di mesir dan pernah tinggal di sekitar Hijaz.
Dia dari keturunan al-Sodfiy, iaitu satu kabilah kecil dalam keluarga besar dari Yaman bernama HIMYAR. Dengan erti kata lain, walaupun dia dilahirkan di mesir, tetapi dari sudut asal keturunannya adalah dari Yaman.
Dia adalah murid kepada Imam Warash (110H-197H) yang merupakan salah guru yang terkenal dengan ilmu Qiraaat. Dia juga belajar qiraaat dari Imam Nafi’ (169H).
Disamping ilmu hadis, Yunus juga adalah guru dalam bidang Qiraat sehingga disebut sebagai salah seorang imam dalam ilmu terbabit. Antara murid terkenal yang belajar qiraat darinya adalah Imam al-Tabari (224H-310H).
Di peringkat awal, seorang pengamal Mazhab maliki. Namun selepas Imam Syafie masuk ke Mesir, dia turuti Mazhab syafie, malah menjadi salah seorang ulama besar dalam Mazhab tersebut. Imam al-Nawawi menyatakan, Yunus adalah salah satu perawi fatwa-fatwa imam syafie qaul jadid.
Dia adalah murid kepada Imam Muslim, Imam al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[4] ABDULLAH BIN WAHB (125H-197H)
عبدالله ابْنُ وَهْبٍ
Dikenali sebagai ABU MUHAMMAD AL-MISRI, atau ABU MUHAMMAD AL-FAHRI. Nama penuhnya, ABDULLAH BIN WAHB BIN MUSLIM AL-QURASHI.
Dia dilahirkan di al-Fistat (kaherah lama), Mesir. Dia adalah murid Imam Malik yang dia belajar selama 20 tahun.
Sufyan bin Uyaynah menggelarkannya sebagai SYAIKH AHL AL-MISR (guru kepada penduduk mesir). Dia mendengar hadis dari guru-guru di Mesir, Hijaz dan Iraq. Dikatakan, bilangan gurunya lebih dari 400 orang.
Dalam semua guru itu, Imam Malik adalah orang yang paling lama dia berguru. Dia belajar dengan Imam malik sehingga dia menjadi alim.
Ibn Wahb boleh dianggap sebagai orang yang menyebarkan Mazhab Maliki di mesir, kerana keterbatasan penduduk di Mesir untuk ke Madinah untuk menuntut ilmu. Justeru, mana-mana penduduk mesir yang mahu mengetahui berkenaan Mazhab Maliki, mereka akan menuntut ilmu fiqh dari Ibn Wahb.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang siqah lagi sahih.
[3] AMRU BIN AL-HARIS (90H-148H)
عَمْرٌو بن الحارث
Nama penuhnya ABU UMAYYAH AMRU BIN AL-HARIS BIN YAAQUB AL-ANSARI AL-MISRI.
Dia berasal dari mesir dan terkenal dengan ilmuan di bumi kelahirannya itu sehingga digelar sebagai “Alim al-Diyar al-Misriyyah”.
Menurut Abu Bakar al-Khatib, dia terkenal dengan ilmu hadis, ilmu qiraat dan faqih malah banyak memberi fatwa serta seorang sasterawan. Menurut Abu al-Qasim bin Bisykawal bahawa dia sudah mula memberi fatwa ketika umurnya masih muda.
Menurut Musa bin Salamah al-Misri, kerap berlaku bahawa apabila dia keluar dari rumah, orang sudah beratur mahu bertanya kepadanya; ada yang bertanya berkenaan fiqh, ada bertanya berkenaan hadis, ada bertanya berkenaan al-Quran, ada bertanya berkenaan Syair, ada yang bertanya berkenaan Faraid, ada yang bertanya berkenaan sastera arab, bahkan ada juga yang bertanya berkenaan ilmu hisab.
Dia dilahirkan di era pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dan meninggal di era pemerintahan Abu Jaa’far al-mansur.
Abu Ishaq al-Syirazi meletakkan dia sebagai senarai ulama fiqh dalam kalangan Tabiin di mesir.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi yang siqah lagi sahih.
[2] ABU YUNUS (123H)
أَبَو يُونُسَ
Nama sebenarnya SALIM BIN JUBAIR AL-DUSI AL-MISRI yang merupakan bekas hamba kepada Abu Hurairah.
Ramai hadis-hadis riwayat Abu Hurairah dari jalur Mesir ambil dari Abu Yunus ini.
Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud dan Tarmizi. Dia adalah perawi yang siqah lagi sahih.
[1] ABU HURAIRAH
أَبو هُرَيْرَةَ
|
TAKHRIJ |
Ahmad (8203, 8609),
al-Bazzar (3050-Abu Musa al-Asya’ari).
No comments:
Post a Comment