Wednesday, March 2, 2022

HADIS 150 (BAB 68)

 

 

BAB 68

 

68 - بَابُ تَأَلُّفِ قَلْبِ مَنْ يَخَافُ عَلَى إِيمَانِهِ لِضَعْفِهِ، وَالنَّهْيِ عَنِ الْقَطْعِ بِالْإِيمَانِ مِنْ غَيْرِ دَلِيلٍ قَاطِعٍ

MELUNAKKAN HATI MEREKA YANG TAKUT KELEMAHAN IMANNYA, DAN TEGAHAN KEPERCAYAAN PASTI TANPA DALIL YANG PASTI

 

HADIS 150

 

(150) حَدَّثَنَا  ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَسَمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْمًا، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَعْطِ فُلَانًا فَإِنَّهُ مُؤْمِنٌ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَوْ مُسْلِمٌ» أَقُولُهَا ثَلَاثًا، وَيُرَدِّدُهَا عَلَيَّ ثَلَاثًا «أَوْ مُسْلِمٌ» ، ثُمَّ قَالَ: «إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ، وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ، مَخَافَةَ أَنْ يَكُبَّهُ اللهُ فِي النَّارِ»

 

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas berkata: Rasulullah membahagikan sesuatu pembahagian. Aku pun berkata: "Wahai Rasulullah! Berilah kepada lelaki itu kerana dia juga seorang mukmin”

 

Baginda bertanya: "Dia hanya seorang muslim?"

 

Aku menjawabnya sebanyak tiga kali tetapi baginda tetap juga meminta kepastian dariku sebanyak tiga kali dengan pertanyaan: "Betulkah dia juga Muslim?"

 

Kemudian baginda bersabda: "Aku sungguh akan memberikan (bahagian) kepada orang tersebut, walhal ada orang lain (dari kalangan muallaf) yang lebih aku sukai daripadanya kerana khawatir Allah akan menyungkurkannya ke dalam neraka”

 

PENJELASAN HADIS

 

[1] TERJEMAH BAB

 

Tajuk bab yang dibuat oleh Imam al-Nawawi mengandungi dua perkara:

 

PERTAMA: melakukan usaha agar orang yang dibimbangi murtad agar dia tidak keluar dari agama, walaupun memberikan wang kepadanya.

 

KEDUA: keperluan Mengelak dari salah faham terhadap hal-hal aqidah. Dengan sebab itu, perlu kepada pembuktian yang pasti dan dalil yang qatie dalam hal melibatkan aqidah.

 

[2] CERITA HADIS

 

Kisah berkenaan Sa’ad bin Abi Waqas yang membahagikan harta zakat kepada muallaf (orang yang keimanannya perlu dikuatkan).

 

Sedang membahagikan itu, kelihatan seseorang yang Nabi saw tidak berikan zakat kepadanya. Makanya, Sa’ad pun mencadangkan agar memberikan zakat kepadanya dengan alasan bahawa dia seorang MUKMIN.

 

Apabila disebut bahawa dia seorang MUKMIN, Nabi saw menganggarkan bahwa dia seorang MUSLIM. Hal itu dibantah oleh Sa’ad sehingga berulang kali sebanyak tiga kali.

 

Selepas itu, Nabi saw pun nyatakan bahawa memang baginda mahu memberikan zakat kepadanya, tetapi mengenangkan ada orang lain yang lebih berhak diberikan, nabi saw jadi serba salah; kerana bimbang orang lain itu lebih lemah iman berbanding lelaki terbabit; kalau tidak diberikan kepada orang lain, nanti mereka boleh kembali kepada kufur kembali.

 

PENGAJARAN

 

[1] PERBEZAAN ANTARA MUKMIN DAN MUSLIM

 

PERTAMA: Hadis ini selaras dengan firman Allah yang menjelaskan perbezaan antara Iman dan Islam melibatkan orang badwi. Firman Allah:

 

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (14) – الحجرات

“Orang-orang "A'raab" berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Hujurat, ayat 114)

 

KEDUA: perbezaan antara iman dan islam adalah seperti berikut:

 

IMAN adalah sesuatu kepercayaan yang melekat dalam hati. Apabila disebut mukmin, ia tidak akan ada sifat kemunafikan.

 

ISLAM adalah amalan agama yang berbentuk lahiriyyah, seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Apabila disebut muslim, kemungkinan dia munafiq atau mukmin.

 

Apabila disebut mukmin, sudah pasti dia seorang muslim. Dengan sebab itu, dalam beberapa hadis ada menggambarkan hal begitu seperti:

 

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، أَفْضَلُهَا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَوْضَعُهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ

“Iman itu 70 lebih bahagian. Yang paling afdhal adalah perkataan “tiada tuhan kecuali Allah”, dan yang paling rendah sekali adalah membuang sesuatu yang menyakiti orang di laluan orang ramai. Dan malu sebilangan dari iman” (al-Nasaie, hadis no: 5005)

 

[2] BERHUKUM YANG ZAHIR, ALLAH YANG MENENTUKAN YANG BATIN

 

Apabila Nabi saw menyebut bahawa lelaki terbabit adalah muslim, tetapi Sa’ad mengatakan dia seorang mukmin, di situ ada beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian.

 

PERTAMA: nabi saw menilai seseorang itu dari sudut zahir. Hal ini selaras dengan perkataan Saidina Umar:

 

إِنَّ أُنَاسًا كَانُوا يُؤْخَذُونَ بِالوَحْيِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِنَّ الوَحْيَ قَدِ انْقَطَعَ، وَإِنَّمَا نَأْخُذُكُمُ الآنَ بِمَا ظَهَرَ لَنَا مِنْ أَعْمَالِكُمْ، فَمَنْ أَظْهَرَ لَنَا خَيْرًا، أَمِنَّاهُ، وَقَرَّبْنَاهُ، وَلَيْسَ إِلَيْنَا مِنْ سَرِيرَتِهِ شَيْءٌ اللَّهُ يُحَاسِبُهُ فِي سَرِيرَتِهِ

“Sesungguhnya manusia telah mengambil wahyu pada masa hidup Rasulullah dan hari ini wahyu sudah terputus. Dan hari ini kita menilai kamu berdasarkan amal amal yang nampak (zahir). Maka siapa yang secara zahir menampakkan perbuatan baik kepada kita, kita percaya kepadanya dan kita dekat dengannya dan bukan urusan kita apa yang tersembunyi darinya kerana hal itu sesuatu yang menjadi urusan Allah dan Dia yang akan menghitungnya” (al-Bukhari, hadis no: 2641)

 

KEDUA: Sa’ad menilai batinnya pada sudut yang positif. Dalam ungkapan lain, bersangka baik terhadap keimanan bukan sebaliknya.

 

Konsep bersangka buruk pada aqidah orang dilarang dalam agama. Dalam hadis, Nabi saw ada berkata:

 

إِنِّي لَمْ أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ عَنْ قُلُوبِ النَّاسِ وَلاَ أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

“Aku tidak pernah disuruh untuk korek berkenaan kandungan hati manusia, dan tidak disuruh untuk koyak perut mereka” (al-Bukhari, hadis no: 4351)

 

[3] MEMBERI ZAKAT KEPADA ORANG MUSLIM YANG TIDAK KUAT IMAN

 

Ini pemahaman muallaf yang diterima ramai, iaitu seseorang muslim yang imannya tidak kuat yang memungkinkan dia boleh murtad.

 

Ia termasuk dalam kalangan orang yang layak terima zakat.

  

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (60) – التوبة

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Taubah, ayat 60)

 

[4] MEMBERI ZAKAT BERDASARKAN KEUTAMAAN

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[1] MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR AL-‘ADANI (243H)

محمد بن يحي بن ابي عمر العدني المكي

 

Meninggal di Mekah dan pernah tinggal di Yaman. Dia adalah guru kepada  Muslin, al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Dakwaan tajrih: Abu Hatim kata, ada hadis palsu yang Ibn Uyaynah ambil dari dia. Dalam pada itu, Abu hatim akui bahawa dia seorang Soduq.

 

 

[2] SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

سفيان بن عيينة بن ابي عمران ميمون الهلالي

 

 

Dilahirkan di Kufah, kemudian berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ. Mula belajar hadis sewaktu umur 12 tahun.

 

Imam Syafie pernah memuji dengan berkata:

لولا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز

“kalau tidak kerana malik dan Sufyan, sudah pasti tidak ada ilmu di hijaz”

 

Ada pihak menyatakan bahawa dia seorang mudallis. Tetapi, menurut ramai ulama hadia seperti Abu al-Fath al-Azdi, al-Asqalanu dan al-Bazzar bahawa mudallis Sufyan bin Uyaynah boleh diterima kerana dia tidak akan mudallis kecuali dari perawi siqah.

 

Ahmad bin Hanbal ada berkata, semua hadis riwayat Sufyan tidak menjadi sebarang masalah kecuali jika dia riwayatkan hadis penduduk hijaz dan kufah dalam beberapa hal. Seakan-akan Ahmad memberitahu, riwayat Sufyan dari penduduk Kufah dan Hijaz ini tidak terus diterima dan ditolak, tetapi perlu diteliti terlebih dahulu.

 

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa di akhir umurnya dia ada ikhtilat yang menurut Muhammad bin Ammar al-Musili, ia berlaku dalam lingkungan tahun 97H. Namun begitu, Ibn Hajar akui bahawa dia siqah, hafiz serta faqih.

 

Dia bukan sekadar dihormati dalam kalangan ulama sunni, bahkan turut dihormati oleh ulama-ulama syiah sehingga dianggap sebagai Ashab al-Imam Ja’far al-Sodiq.

 

Dia adalah salah seorang dari Rijal Kutub al-Sittah

 

[3] MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDILLAH BIN ABDULLAH BIN SHIHAB AL-QURASHI AL-ZUHRI (53H-125H)

محمد بن مسلم بن عبيدالله بن شهاب القرشي الزهري

 

Dilahirkan di madinah pada tahun Saidaatina Aisyah meninggal dunia, dan dia meninggal dunia di Syaghab, iaitu satu Kawasan di Saudi pada hari ini. Beliau pernah sampai ke Syam.

 

Terkenal dengan hafalan dan ingatan yang kuat. Dikatakan tidak suka makan epal yang kononnya dia berkata bahawa epal boleh menjadikan dia lupa. Dan kononnya dia pernah berkata, untuk kuat ingatan perlu minum madu.

 

Dia pernah berkata bahawa dia menuntut Ilmu dengan Said bin Musayyib secara lutut bertemu lutut selama 8 tahun.

 

Beliau adalah Rijal Kutub al-Sittah.

 

 

[4] AMIR BIN SA’AD BIN ABI WAQAS AL-ZUHRI AL-MADANI (104H)

عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ  بن ابي وقاص الزهري المدني

 

Berasal dari Madinah dan meninggal di situ. Dia adalah anak kepada Sahabat Nabi terkenal, iaitu Sa’ad bin Abi Waqas.

 

Antara adik beradiknya adalah Mus’ab, Yahya, Umar, Ibrahim dan Aisyah.

 

Beliau adalah rijal kutub Sittah.

 

 

 

[5] SAHABAT: SA’AD BIN ABI WAQAS (27SH-55H)

سَعْدٍ  بن ابي وقاص

 

 

Salah seorang dari 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga semasa masih hidup. Dia sahabat yang paling akhir mati dari 10 orang ini.

 

Menurut cerita, dia adalah sahabat yang ke-3 terawal memeluk Islam. Ada pula kata, orang yang ke-7. Dia islam hasil dakwah Abu Bakar al-Siddiq.

 

Dia terlibat hijrah ke Madinah, terlibat perang badar dan uhud, perang khandaq dan perjanjian hudaibiyyah, serta perang Khaibar dan Fath Makkah.

 

Semasa Saidina Umar sakit sebelum meninggal, dia ada cadangkan beberapa orang sebagai calon khalifah selepasnya. Antara nama yang dicadangkan adalah Sa’ad bin Abi Waqas.

 

Adik beradiknya adalah ‘Amir bin Abi Waqas yang merupakan sahabat Nabi yang memeluk islam semasa di mekah dan terlibat dalam hijrah ke Habsyah, bahkan turut hadir dalam perang Uhud.

 

Selain itu, Umair bin Abi Waqas yang memeluk islam agak awal juga, bahkan salah seorang terbunuh dalam perang badar yang ketika itu baru berumur 16 tahun.

 

Adik beradik yang lain adalah Utbah bin Abi Waqas yang ulama khilaf terhadap keislamannya.

 

PERBAHASAN SANAD

 

Al-Daraqutni, al-Humaidi dan Abu Mas’ud al-Dimasyqi kritik hadis kata, hadis ini terputus sanad dengan hujah berikut:

 

[A] Sufyan adalah seorang mudallis.

 

[B] dari sudut hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Sufyan didapati pada sanad itu bahawa antara Sufyan dan al-Zuhri, ada seorang bernama Ma’mar:

عن سفيان عن معمر عن الزهري

 

Sufyan didapati mudallis. Tiba-tiba, didapati dia ambil hadis terus dari al-Zuhri dengan عنعنة.

 

Namun, di sana terdapat sanad hadis lain yang melibatkan dia, didapati ada Ma’mar antara kedua mereka, makanya hadis ini dianggap sebagai MUNGQATI’ (terputus sanad).

 

AL-AMIN AL-HARIRI menjawab kritikan tersebut dengan hujah berikut:

 

[A] SUFYAN boleh sahaja mendengar hadis dari AL-ZUHRI secara terus di satu ketika, dan boleh mengambil hadis melalui MA’MAR di suatu ketika yang lain. Justeru, masih ada ruang lagi untuk mengatakan sanad ini bersambung.

 

[B] dakwaan mengatakan Sufyan adalah mudallis, itu tidak dinafikan. Namun, imam muslim antara ulama hadis yang cermat yang pasti tidak akan riwayatkan hadis, kecuali dia pasti buktikan terlebih dahulu pertemuan antara murid dan guru, walau digunakan عنعنة  sekalipun.

 

MUTABA-AH PERTAMA

 

237 - (150) حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا  يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا  ابْنُ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَمِّهِ، قَالَ أَخْبَرَنِي  عَامِرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنْ أَبِيهِ سَعْدٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطَى رَهْطًا وَسَعْدٌ جَالِسٌ فِيهِمْ، قَالَ سَعْدٌ: فَتَرَكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ مَنْ لَمْ يُعْطِهِ، وَهُوَ أَعْجَبُهُمْ إِلَيَّ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا لَكَ عَنْ فُلَانٍ؟ فَوَاللهِ إِنِّي لَأَرَاهُ مُؤْمِنًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَوْ مُسْلِمًا» ، قَالَ: فَسَكَتُّ قَلِيلًا ثُمَّ غَلَبَنِي مَا أَعْلَمُ مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا لَكَ عَنْ فُلَانٍ؟ فَوَاللهِ إِنِّي لَأَرَاهُ مُؤْمِنًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَوْ مُسْلِمًا» ، قَالَ: فَسَكَتُّ قَلِيلًا ثُمَّ غَلَبَنِي مَا عَلِمْتُ مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا لَكَ عَنْ فُلَانٍ؟ فَوَاللهِ إِنِّي لَأَرَاهُ مُؤْمِنًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَوْ مُسْلِمًا، إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ وَغَيْرُهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْهُ، خَشْيَةَ أَنْ يُكَبَّ فِي النَّارِ عَلَى وَجْهِهِ»

 

“Rasulullah saw memberikan (pembahagian) kepada sekelompok kaum yang saat itu Sa'ad sedang duduk dalam kalangan mereka. Sa'ad berkata: Rasulullah saw pun meninggalkan satu bahagian dari mereka yang belum baginda beri sedekah. Tindakan itu adalah yang paling membuat aku terkejut. Aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa kamu berpaling (dari bersedekah) kepada fulan. Demi Allah, sesungguhnya aku melihatnya sebagai seorang mukmin”

 

Rasulullah saw pun bersabda: “Ataukah dia (hanya) seorang muslim”

 

Sa'ad berkata: Aku terdiam sebentar, namun aku lebih yakin dengan apa yang aku ketahui, maka aku pun bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kamu berpaling (dari bersedekah) kepada fulan. Demi Allah, sesungguhnya aku melihatnya sebagai seorang mukmin.

 

Rasulullah saw berkata lagi: Atau dia (hanya) seorang muslim

 

Sa'ad berkata: “aku terdiam sebentar, namun aku lebih yakin dengan apa yang aku ketahui, maka aku pun bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kamu berpaling (dari bersedekah) kepada fulan. Demi Allah, sesungguhnya aku melihatnya sebagai seorang mukmin.

 

Rasulullah saw berkata lagi:  "Atau dia (hanya) seorang muslim? Sungguh aku akan memberikan sedekah kepada orang tersebut, namun ada orang lain yang aku lebih sukai untuk tidak memberikan kepadanya, kerana khawatir Allah akan melemparkan wajahnya ke neraka”

 

MUTABA-AH KE-2

 

(150) حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ، وَ َبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ، قَالَا: حَدَّثَنَا  يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ، حَدَّثَنَا  أَبِي، عَنْ صَالِحٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ سَعْدٍ، أَنَّهُ قَالَ: أَعْطَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَهْطًا وَأَنَا جَالِسٌ فِيهِمْ، بِمِثْلِ حَدِيثِ ابْنِ أَخِي ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَمِّهِ، وَزَادَ، فَقُمْتُ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَارَرْتُهُ، فَقُلْتُ: مَا لَكَ عَنْ فُلَانٍ؟ وَحَدَّثَنَا الْحَسَنُ الْحُلْوَانِيُّ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحٍ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدٍ، قَالَ: سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ سَعْدٍ يُحَدِّثُ هَذَا، فَقَالَ فِي حَدِيثِهِ: فَضَرَبَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ بَيْنَ عُنُقِي وَكَتِفِي، ثُمَّ قَالَ: «أَقِتَالًا؟ - أَيْ سَعْدُ - إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ»

 

“Rasulullah memberikan sedekah kepada sekelompok kaum, sedangkan aku duduk di antara mereka”

 

Hal ini sebagaimana hadis Ibnu Akhi Ibnu Syihab, dari bapa saudaranya, dan dia menambahkan: “Akupun mendatangi Rasulullah seraya membisik kepada baginda—aku bertanya: “Mengapa kamu berpaling (dari bersedekah) kepada fulan"

 

Dan telah menceritakan kepada kami al-Hasan al-Hulwani, telah menceritakan kepada kami Ya'qub, telah menceritakan kepada kami bapaku, daripada Soleh, daripada Ismail bin Muhammad yang berkata: saya mendengar Muhammad bin Sa'ad menceritakan ini seraya menyebutkan dalam hadisnya:

 

Rasulullah saw pun memukul dengan tangan baginda antara leher dan bahuku, kemudian baginda bersabda: "Apakah kerana peperangan wahai Sa'ad? Sesungguhnya aku mahu memberikan sedekah kepada lelaki tersebut”

  

TAKHRIJ

 

Ahmad (77-Amru bin Taghlib), al-Bukhari (27, 1478), Abu Daud (683), (4684), (4685)

 

No comments:

Post a Comment

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...