Wednesday, July 27, 2022

MUTABA-AH 5 (HADIS 155)

 

MUTABA-AH 5 (HADIS 155)

 

 وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُبْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنِي الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ  حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ نَافِعٍ مَوْلَى أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا نَزَلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ فَأَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟»

Bagaimana keadaan kamu apabila Ibn Maryam turun pada kamu, dan mengetuai kamu pada kalangan kamu?

 

فَقُلْتُ لِابْنِ أَبِي ذِئْبٍ: إِنَّ الْأَوْزَاعِيَّ  حَدَّثَنَا عَنِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، «وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ»

 

قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ: «تَدْرِي مَا أَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟» قُلْتُ: تُخْبِرُنِي، قَالَ: «فَأَمَّكُمْ بِكِتَابِ رَبِّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، وَسُنَّةِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

Ibn Abi Zi’b berkata: Apakah kamu tahu apa maksud dia mengepalai kamu dari kalangan kamu? Aku kata: Kamu beritahulah kepadaku. Dia berkata: dia mengepalai kamu dengan kitabullah dan sunnah nabi kamu”.

 

PENJELASAN SANAD

 

[1] Hadis ini adalah Sudasiyat yang enam perawi awal dari Madinah, satu dari Damsyiq dan satu dari Nasa’ (Turkumanistan).

 

[2] Mutaba-ah 5 ini, IMAM MUSLIM ambil dari ZUHAIR, yang sama dengan Mutaba-ah 2 (jalur 1)

 

Dalam mutaba-ah 5 ini, ZUHAIR ambil hadis dari AL-WALID BIN MUSLIM. Dalam MUTABA-AH 2 (jalur 1), ZUHAIR ambil hadis dari SUFYAN BIN UYAYNAH.

 

[3] Menurut al-Amin al-harari bahawa dalam naskhah ini, MUSLIM ambil dari ZUHAIR dengan حدثني, tetapi dalam naskhah lain pula kata حدثنا

 

[4] hadis ini, yang ambil dari SYIHAB adalah IBN ABI ZI’B, sedangkan hadis lepas, yang ambil dari IBN SYIHAB adalah:

a.       Al-Lais (sanad bab)

b.       Soleh (mutaba-ah 1)

c.       Yunus (mutaba-ah 3)

d.       Muhammad bin Abdullah bin Muslim—anak saudara al-Zuhri (mutaba-ah 4)

 

[4] Semua mutaba-ah kecuali Mutaba-ah 2 dari jalur AL-ZUHRI. Hanya mutaba-ah 2 bukan jalur AL-ZUHRI, tetapi jalur ‘ATA’ BIN MINA’

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Dalam riwayat ini, digunakan lafaz فَأَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟. Namun, semasa al-Walid bin Muslim meriwayatkan matan ini, dia ada memberitahu kepada IBN ABI ZI’B riwayat dari jalur AL-AWZAIE, yang ambil hadis dari IBN SYIHAB, yang ambil hadis dari NAFI’ BIN ABBAS, yang ambil hadis dari ABU HURAIRAH; Dalam riwayat ini menggunakan matan:

«وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ»

 

[2] Setelah menyebut matan dalam riwayat AL-AWZAIE ini, Ibn Abi Zi’b bertanya kepada AL-WALID dengan dia berkata:


تَدْرِي مَا أَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟

“apakah kamu tahu apa maksud امكم منكم—mengetuai kamu dari kalangan kamu?

 

Al-Walid pun minta agar diperjelaskan maksudnya. Makanya, IBN ABI ZI’B pun memberitahu bahawa maksudnya adalah NABI ISA akan mengepalai usaha mencapai keadilan dunia berdasarkan kitabullah dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

 

Dengan perkataan lain, IBN ABI ZI’B menjelaskan perbezaan antara dua matan itu memberi maksud yang berbeza.

 

Kalau matan: وَإِمَامُكُمْ مِنْكُمْ—menjadi imam solat berjemaah dengan melantik iman dari kalangan kamu.

 

Kalau matan: أَمَّكُمْ مِنْكُمْ؟--iaitu  menjadi ketua dari kalangan kamu.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] ZUHAIR BIN HARB BIN SYADDAD AL-KHURASHI (160H-234H)

زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ بن شداد الخراشي

 

Mutaba-ah 2, Jalur 1, perawi 5 (3)

 

[5] AL-WALID BIN MUSLIM AL-QURASHI AL-UMAWI (119H-195H)

الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ القرشي الأموي

 

Dipanggil dengan ABU AL-ABBAS AL-DIMASYQI AL-SYAMI AL-UMAWI AL-QURASHI. Dia dilahirkan di Mekah dan terkenal sebagai ulama dari kalangan penduduk Syam.

 

Menurut Muhammad bin Sa’ad al-Baghdadi, dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang dari menunaikan ibadat haji.

 

Ahmad kata, dia paling banyak riwayatkan hadis dari penduduk syam.

 

Dia anggap siqah oleh YA’AQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI, dan dianggap HAFAZ, TEKUN DAN PALING tahu berkenaan hadis dari negerinya (syam) oleh AL-HAKIM AL-NAISABURI.

 

Ahmad pula kata, dia banyak buat silap, serta ikhtilat antara hadis yang dia dengar dan hadis yang dia tidak dengar, dia ada hadis yang mungkar. Kadangkala Ahmad juga pernag kata, dia orang yang paling banyak riwayatkan hadis dari penduduk syam, dan anggap orang paling berakal di Syam.

 

Abu Mushir al-Ghassani kata, kadangkala dia buat tadlis dari sekian ramai pendusta hadis yang AL-ASQALANI namakan sebagai TADLIS TASWIYAH.

 

Al-Zahabi kata, al-Bukhari dan Muslim berhujah dengan hadisnya. Namun, kemudiannya membersihkan dari riwayatnya dan menjauhkan diri dari apa yang dia ingkarkan. Di akhir umurnya, dia ke Ramallah dan ramai yang mengambil hadis darinya di situ.

 

Al-Zahabi juga pernah pesan, dia seorang alim dari syam. Dia seorang mudallis. Justeru, perlu berhati-hati jika dia riwayatkan dengan عن.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, seorang perawi yang maqbul.

 

[4] MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-HARIS BIN ABI ZI’B HISHAM BIN SYU’BAH AL-QURASHI AL-‘AMIRI (158H)

 ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ @ محمد بن عبدالرحمن بن المغيرة بن الحارث بن ابي ذئب هشام بن شعبة القرشي العامري

 

Dia dipanggil dengan ABU AL-HARIS AL-MADANI.

 

Ahmad kata, dia ada keirasan dengan Ibn Musayyib, bahkan dia lebih soleh, lebih warak dan lebih berani menegak kebenaran berbanding imam Malik.

 

Ketika Khalifah al-Mahdi masuk masjid Nabi, al-Musayyib bin Zuhair berkata kepadanya: berdirilah kamu. Ini adalah Amirul Mukminin. Ibn Abi Zi’b jawab: manusia hanya perlu berdiri untuk tuhan sekelian alam.

 

Al-Mahdi pun berkata: Biarkan dia. Setiap helaian rambut di kepalaku berdiri tegak.

 

Ibn Ma’in, al-Nasaie kata, dia siqah. Ya’qub bin Syaibah kata, dia siqah soduq. Al-Asqalani kata, dia siqah yang faqih.

 

Berkenaan riwayat yang dia ambil dari al-Zuhri, ada setengah ulama kata, ada idhtirab.

 

[4] ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE (88H-157H)

الْأَوْزَاعِيَّ @ عبدالرحمن بن عمرو بن يحمد الأوزعي

 

Nama dia adalah ABDUL RAHMAN BIN AMRU BIN YUHMAD AL-AWZAIE. Abu Zur’ah al-Dimasyqi pula kata, nama sebenarnya adalah ABDUL AZIZ BIN AMRU BIN ABI AMRU. Namun, dia perkenalkan dirinya sebagai ABDUL RAHMAN.

 

Dia dipanggil dengan ABU AMRU AL-SYAMI dan dipanggil dengan AL-AWZAIE kerana nisbah kepada Awza’, iaitu satu kabilah arab dari Himyar; atau satu kampung di Damsyiq.

 

Dia dari kalangan Atba’ al-Tabiin, dan seorang imam dalam kalangan penduduk syam pada zamannya yang mahir dalam bidang ilmu fiqh dan hadis.

 

Dia dikenali sebagai إمام العيش المشترك في لبنان kerana sikap tasamuh dia dengan orang yahudi dan Nasrani dalam kalangan penduduk Syam.

 

Dia dilahirkan di بعلبك, iaitu sebuah kota di Lubnan yang terkenal dengan runtuhan kuil Rom yang merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia dan meninggal dunia di Beirut.

 

Dia dibesarkan di Kark Nuh, iaitu salah satu kampung di Lubnan yang dikatakan bahawa di situ adalah kubur Nabi Nuh. Dia dibesarkan dalam keadaan fakir dan yatim kerana bapanya meninggal semasa dia masih kecil lagi. Kemudian dia berpindah ke Lubnan bersama ibunya.

 

Sebelum dia ke Lubnan, dia sempat tinggal di Damsyiq bersama dengan keluarganya. Dia berpindah pula ke Halb, hama dan Qinnasrin; ketiga-tiga tempat ini di Syam.

 

Diceritakan bahawa dia banyak kali berkahwin dan dikurniakan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki bongsu. Dari tiga anak perempuan itu, dikatakan duanya adalah kembar.

 

Dia sempat era perubahan dari Daulah Umawiyyah ke Daulah Abbasiyah.

 

Kebijaksanaan dia dalam menanggapi ilmu sudah diperakui oleh ulama, sehinggakan dia mula memberi fatwa berkaitan fiqh sewaktu umurnya 13 tahun, dan memberikan fatwa berkaitan aqidah pada umur 17 tahun.

 

Dia pernah sampai beberapa tempat demi mencari ilmu, seperti syam, Yamamah, Basrah, Madinah, Baitul Maqdis, bahkan beberapa kali menunaikan haji di mekah.

 

Pada era pemerintahan Yazid bin al-walid menjadi gabenor, pernah diminta dia menjadi Qadhi, tetapi dia menolak.

 

Dia dianggap sebagai salah satu mazhab dalam islam. Namun sedih, murid-muridnya tidak menulis dan menghimpunkan fatwa-fatwanya.

 

Dia meninggal pada tahun 157 Hijrah, di Beirut dalam keadaan meninggalkan harta sebanyak 7 dinar sahaja, tanpa mempunyai sebarang tanah dan rumah.

 

Jenazah dia dikunjungi empat penganut agama; Islam, Yahudi, Nasrani dan Qibti

 

[3] IBN SYIHAB AL-ZUHRI (53H-124H)

 ابْنِ شِهَابٍ @ محمد بن مسلم بن شهاب الزهري

 

Lihat hadis bab, mutaba-ah 2, 4, 5 dan 6, perawi 3.

 

[2] NAFI’ BIN ABBAS

 نَافِعٍ مَوْلَى أَبِي قَتَادَةَ

 

Lihat Mutaba-ah 3, 4 dan 5. Perawi 2.

 

[1] ABU HURAIRAH

 أَبو هُرَيْرَةَ

No comments:

Post a Comment

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...