Wednesday, August 10, 2022

HADIS 157 (BAB 72)

 

BAB 72

 

بَابُ بَيَانِ الزَّمَنِ الَّذِي لَا يُقْبَلُ فِيهِ الْإِيمَانُ

PENJELASAN ZAMAN YANG IMAN SUDAH TIDAK DITERIMA

 

Dalam al-Kawkab al-Wahhaj, ada penambahan:

 

ولا العمل الصالح

TIDAK DITERIMA JUGA AMAL SOLEH

 

HADIS 157

 

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ قَالُوا: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ، عَنِ الْعَلَاءِ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ   أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبِهَا آمَنَ النَّاسُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ فَيَوْمَئِذٍ {لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158]"

Tidak akan berlaku kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari terbit dari barat, semua manusia beriman. Pada ketika itu: “Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya” (Surah al-An’am, ayat 158)

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Ini hadis marfu’, iaitu ia adalah perkataan Rasulullah saw.

 

[2] Nabi memberitahu antara tanda kiamat yang paling besar, Iaitu, belum kiamat lagi. Tetapi, waktu yang teramat sangat hampir dengan kiamat.

 

[3] Ketika itu, amalan dan iman manusia sudah tidak berguna lagi. Kalau ada orang kafir mahu memeluk islam, ketika itu ia tidak ada nilai lagi; jika ada orang yang melakukan kebaikan, ia tidak berguna lagi.

 

[4] Ia berlaku pada manusia yang masih hidup lagi ketika itu; iaitu ketika matahari terbit dari barat.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis 155 dan 156, dijelaskan tanda kiamat bahawa semua manusia beriman serta keadilan tercapai; iaitu dari hasil dakwah yang dilakukan oleh Nabi Isa.

 

Dalam hadis 157 ini pula, dijelaskan bahawa tanda kiamat besar, apabila matahari terbit dari barat.

  

PENGAJARAN

 

[1] MASIH ADA ORANG KUFUR?

 

Dalam hadis 155, dinyatakan keadilan tercapai sehingga tidak ada lagi orang yang menerima sedekah, semuanya berlumba-lumba dari sudut ibadat solat, serta semua ahli kitab beriman dengan Nabi Muhammad saw hasil dakwah nabi Isa.

 

Persoalannya; apakah masih ada lagi orang yang kufur?

 

Hadis ini menggambarkan bahawa semasa matahari terbit dari barat, ada dari kalangan manusia yang mahu beriman, tetapi imannya tidak diterima lagi. Ini membuktikan, selepas kedatangan Nabi isa itu, masih ada lagi yang tidak beriman. Namun, yang memeluk islam dalam maksud hadis yang lepas adalah dibataskan kepada ahli kitab sahaja.

 

Hal ini lebih dekat dengan hadis 117 yang lalu—daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ اللهَ يَبْعَثُ رِيحًا مِنَ الْيَمَنِ أَلْيَنَ مِنَ الْحَرِيرِ، فَلَا تَدَعُ أَحَدًا فِي قَلْبِهِ - قَالَ أَبُو عَلْقَمَةَ مِثْقَالُ حَبَّةٍ، وَقَالَ عَبْدُ الْعَزِيزِ: مِثْقَالُ ذَرَّةٍ - مِنْ إِيمَانٍ إِلَّا قَبَضَتْهُ " – مسلم, 117

Allah hantar angin dari Yaman yang lebih lembut dari sutera; ia tidak meninggalkan seorang pun yang dalam hatinya ada sebesar zarrah dari keimanan kecuali akan dicabut nyawanya” lihat syarah di sini.

  

[2] MASA YANG TIDAK DITERIMA IMAN LAGI

 

Ada beberapa keadaan bahawa iman tidak diterima lagi;

 

a.                  Ketika nyawa sudah sampai ke halkum.

 

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ (90) – يونس

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)"

 

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (18) – النساء

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya

 

فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ (84) فَلَمْ يَكُ يَنْفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا سُنَّتَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ (85) - غافر

Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik" (84) Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar (85)

 

عَنْ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ العَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ» - الترمذي, 3537[1]

Nabi saw bersabda: Allah terima taubat hamba selama nyawa tidak sampai ke halkum”

 

b.                  Ketika matahari sudah terbit dari barat. Dalilnya adalah hadis bab.

 

[3] DAKWAAN IBU NABI BERIMAN SELEPAS DIA MENINGGAL DUNIA

 

Dalam kitab al-Nasikh wa al-Mansukh, Ibn Syahin ada meriwayatkan bahawa Aisyah ada berkata bahawa ketika Haji Wida’, Nabi bersama Aisyah melintas di Aqabah Hajun. Ketika itu, baginda  kelihatan menangis sedih dan susah. Tangisan nabi saw itu menyebabkan Aisyah juga turut menangis. Kemudian, Nabi saw suruh agar Aisyah berhenti menangis. Nabi turun dan dalam beberapa ketika, Nabi datang kepada Aisyah dalam keadaan gembira dan tersenyum. Aisyah pun bertanya kepada Nabi bahawa sebelum itu Nabi terlalu bersedih, tetapi sekarang bergembira pula? Nabi saw pun berkata:

 

ذهبت لقبر أمي آمنة فسألت الله أن يحييها فأحياها ، فآمنت بي وردها الله عز وجل

“aku telah pergi ke kubur ibuku, Aminah. Aku mohon dengan Allah agar Allah hidupnya kembali, Allah pun hidupkan. Ibuku itu beriman denganku, dan Allah pun matikan dia kembali”

 

PENJELASAN:

 

Kisah ini, ditanggapi bahawa Ibu Nabi yang sudah meninggal dunia. Setelah Baginda dilantik menjadi Nabi, baginda ke tempat di situ, maka Allah hidupnya kembali dan beriman dengan Nabi saw.

 

Dari sudut ini, dilihat bahawa ia bercanggah dengan:

 

a.                  ayat al-Quran yang mengatakan bahawa apabila nyawa manusia sudah sampai ke halkum, maka sebarang iman dan amal solehnya sudah tidak diterima lagi.

 

b.                  Menurut Abu al-Fadhl bin Nasir (guru kepada Ibn al-Jawzi) bahawa Ibu Nabi saw meninggal dan dikebumikan di Abwa’ yang berada antara mekah dan madinah, bukan di Hajun (satu tempat di Mekah). (al-Mawduat:1/283)

 

c.                   Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at komen:

 

“hadis ini palsu tanpa ragu lagi. Orang yang memalsukan hadis ini ternyata kurang faham serta ketiadaan ilmu. Andai dia ada ilmu, pasti dia tahu bahawa orang yang mati kafir, imannya tidak bermanfaat lagi selepas dia kembali hidup” (al-Mawduat:1/283)

 

d.                  Turut mengatakan hadis ini palsu adalah Mulla ‘Ali al-Qari dalam kitab “al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Mawdu’ah” (hlm 83).

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] YAHYA BIN AYYUB AL-MUQABURI (157H-234H)

يَحْيَى بْنُ أيُّوبَ المقابري

 

Dia dipanggil dengan Abu Zakaria al-‘Abid al-Baghdadi.

 

Ahmad bin Hanbal kata, dia lelaki soleh, wataknya tenang. Ali Bin al-madini kata, dia Soduq. Al-Husain bin Fahm kata, dia siqah warak dan kuat berpegang dengan Sunnah.

 

Dia adalah guru Muslim dan Abi Daud. Dia perawi yang siqah lagi sahih.

 

[5] QUTAIBAH BIN SA’ID (150H-240H)

قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ

 

Nama penuhnya adalah ABU RAJA’ QUTAIBAH BIN SA’ID AL-BALGHANI AL-BALKHI أبو رجاء قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ البغلاني البلخي

 

Dia berasal dari Balkh, Afghanistan. Dia adalah guru semua imam kutub Sittah kecuali Ibn Majah sahaja ambil hadisnya dengan ada perantara, iaitu melalui Muhamad bin Yahya al-Zuhli dan Ibn Abi Syaibah. Dia merupakan murid kepada Imam Malik dan Imam al-Lais.

 

Menurut Abu Daud, dia masuk ke Baghdad tahun 216 hijrah. Apabila sampai di situ, Imam Ahmad dan Yahya datang berjumpa dengan dia.

 

 

Abu Hatim al-Razi pula kata, apabila dia sampai di Baghdad, Imam Ahmad datang belajar hadis darinya. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibn Numair dari Kufah datang ke Baghdad untuk buat ujian kekuatan hafalan dia, serta dia buat ujian juga pada kekuatan hafalan dua ulama kufah tersebut. Kejadian itu berlaku sampai ke subuh. Dia ada perawi siqah lagi sahih.

 

[5] ALI BIN HUJR (145H-244H)

 عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ

 

Nama penuhnya adalah ALI BIN IYAS BIN MUQATIL BIN MUKHADISH AL-SA’DI. Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-BAGHDADI AL-MARUZI.

 

Dia tinggal di Baghdad lama, kemudian berpindah ke Merv (مرو: di Turkmenistan).

 

Al-Hakim al-Naisaburi kata, dia seorang guru yang siqah dan ada kelebihan. Ahmad bin Syuaib al-nasaie kata, dia siqah ma’mun al-Hafiz. Ibn Hajar kata, dia ma’mun al-hafiz. Khatib al-Baghdadi kata, dia sadiq Mutqin hafiz.

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[4] ISMAIL BIN JA’AFAR BIN ABI KATHIR AL-ANSARI AL-ZARQI (103H-180H)

إِسْمَاعِيلُ ابْنَ جَعْفَرٍ بن ابي كثير الأنصاري الزرقي

 

Dia digelar ABU ISHAQ AL-MADANI. Dia dilahirkan di Baghdad dan meninggal di Madinah. Salah seorang ulama Qiraat yang terkenal di Madinah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie. Seorang perawi siqah.

 

[3] AL-‘ALA BIN ABD AL-RAHMAN (133H)

 الْعَلَاء ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Nama penuhnya adalah AL-‘ALA BIN ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB AL-JUMANI AL-HURAQI. Dipanggil dengan ABU SYIBL AL-MADANI.

 

Dia banyak berlegar di Madinah dan al-Huruqat, iaitu satu tempat antara Hijaz dan Tihamah.

 

Dia meninggal di era pemerintahan Khalifah Abu Ja’far al-Mansur.

 

Ahmad kata, dia siqah yang tidak ada seorang pun yang mendengar hadis darinya menyebut keburukannya. Al-nasaie kata, dia لا بأس به. Abu Hatim al-Razi kata, ada satu pun hadisnya yang diingkari. Yahya bin Ma’in kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Al-Zahabi kata, hadisnya sentiasa dalam darjat hasan. Namun terhindar dari mungkar. Namanya tersenarai dalam al-Siqat. Muhammad bin Sa’id al-Baghdadi kata, dia siqah yang banyak hadis lagi sabat.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah. Seorang perawi siqah yang hasan.

 

[2] ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB AL-JUHANI AL-HURAQI (101H)

 عبدالرحمن بن يعقوب الجهني الحرقي

 

Dipanggil dengan ABU AL-‘ALA’, kerana anaknya bernama AL-‘ALA BIN ABDIL RAHMAN juga seorang perawi hadis.

 

Dia dilahirkan di Hamdan (Iran) dan meninggal dunia di Madinah. Dia diakui ramai ulama hadis sebagai seorang perawi yang siqah.

 

Antara orang yang terbanyak ambil hadis dari Abu Hurairah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan ibn Majah.

 

[1] ABU HURAIRAH (21SH-59H)

 أَبِو هُرَيْرَةَ



[1] SANAD:

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ يَعْقُوبَ قَالَ: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ الحِمْصِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتِ بْنِ ثَوْبَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ - [حكم الألباني] : حسن

HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...