Tuesday, March 29, 2022

HADIS 154

BAB

 

باب الثلاثة الذين يؤتون أجرهم علي إيمانهم وعلمهم مرتين

BAB BERKENAAN TIGA JENIS MANUSIA YANG DIBERIKAN PAHALA TERHADAP KEIMANAN MEREKA DAN AMALAN MEREKA SEBANYAK DUA KALI GANDA

 

PENJELASAN: Bab ini dibuat oleh al-Amin al-Hariri dalam kitab al-Kawkab al-Wahhaj.


HADIS 154

 

(154) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ، عَنْ صَالِحِ بْنِ صَالِحٍ الْهَمْدَانِيِّ عَنِ الشَّعْبِيِّ

 

 قَالَ : رَأَيْتُ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ سَأَلَ الشَّعْبِيَّ، فَقَالَ: يَا أَبَا عَمْرٍو، إِنَّ مَنْ قِبَلَنَا مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ يَقُولُونَ فِي الرَّجُلِ إِذَا أَعْتَقَ أَمَتَهُ، ثُمَّ تَزَوَّجَهَا: فَهُوَ كَالرَّاكِبِ بَدَنَتَهُ، فَقَالَ الشَّعْبِيُّ: حَدَّثَنِي أَبُو بُرْدَةَ بْنُ أَبِي مُوسَى، عَنْ أَبِيهِ

 

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "ثَلَاثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ: رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ، وَأَدْرَكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآمَنَ بِهِ وَاتَّبَعَهُ وَصَدَّقَهُ، فَلَهُ أَجْرَانِ، وَعَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَدَّى حَقَّ اللهِ تَعَالَى وَحَقَّ سَيِّدِهِ، فَلَهُ أَجْرَانِ، وَرَجُلٌ كَانَتْ لَهُ أَمَةٌ فَغَذَّاهَا، فَأَحْسَنَ غِذَاءَهَا، ثُمَّ أَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ أَدَبَهَا، ثُمَّ أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا فَلَهُ أَجْرَانِ"

 

"Saya (Soleh bin Soleh al-Hamdani) melihat seorang lelaki dari kalangan penduduk Khurasan bertanya kepada Al-Sya'bi dengan soalannya: “Wahai Abu Amru, orang sebelum kami—dari kalangan penduduk Khurasan bercakap berkenaan seorang lelaki yang membebaskan hamba perempuannya kemudian menikahinya. Ketika itu, lelaki itu seperti orang sedang menunggang untanya?”

 

Al-Sya'bi pun menjawab: "Abu Burdah bin Abu Musa telah menceritakan kepadaku, dari bapanya (Abu Musa al-Asy’ari), dari Rasulullah saw bahawa baginda bersabda:

 

"Ada tiga manusia yang diberi pahala dua kali ganda: (1) Seorang lelaki Ahli Kitab yang beriman kepada nabinya, ketika ia berjumpa Nabi Muhammad saw kemudian beriman kepada baginda, mengikuti dan mengakui kebenaran baginda, maka dia mendapat dua pahala. (2) Seorang hamba yang menunaikan kewajibannya terhadap Allah dan tuannya, maka dia juga mendapat dua pahala. (3) Seseorang yang mempunyai hamba perempuan, dia memberinya makan dengan baik, mendidiknya dengan sebaik-baik pendidikan, lalu memerdekakan dan menikahinya, maka dia juga mendapat dua pahala”

 

 ثُمَّ قَالَ الشَّعْبِيُّ لِلْخُرَاسَانِيِّ: خُذْ هَذَا الْحَدِيثَ بِغَيْرِ شَيْءٍ، فَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يَرْحَلُ فِيمَا دُونَ هَذَا إِلَى الْمَدِينَةِ

Kemudian Asy-Sya'bi berkata kepada orang Khurasan itu: "Ambilah hadis ini tanpa sebarang imbalan balas. Sesungguhnya orang dahulu melakukan perjalanan hingga Madinah hanya untuk sesuatu (mendapatkan hadis) yang kurang dari ini”

 

PENJELASAN HADIS

 

[1] Hadis ini menjelaskan berkenaan seorang ulama hadis lebih kurang 100 tahun selepas wafat nabi yang telah dikunjungi seorang lelaki dari Khurasan.

 

Lelaki khurasan itu bertanya kepadanya berkenaan seseorang yang mempunyai hamba perempuan yang hamba itu dia merdekakan, lalu dia nikahi hamba tersebut.

 

Mendengar pertanyaan lelaki khurasan tersebut, al-Sya’bi menjawab bukan dari ijtihadnya, tetapi berdasarkan hadis Nabi yang dia sendiri pernah dengar dari seorang tabiin bernama Abu Burdah (nama sebenarnya: ‘Amir) yang merupakan anak kepada sahabat Nabi terkenal, iaitu Abu Musa al-Asy’ari (nama sebenarnya: Abdullah bin Qais).

 

Dalam hadis terbabit menyebut tiga perkara, tetapi yang focus utama yang mahu disampaikan oleh al-Sya’bi adalah pada perkara yang ke-3, iaitu lelaki yang merdekakan hamba, lalu nikahinya itu; dia mendapat pahala dua kali ganda.

 

Selepas al-Sya’bi memberikan jawapan itu, beliau menyatakan kepada lelaki khurasan itu agar terima hadis ini tanpa sebarang bayaran pun.

 

Beliau turut menyatakan kesungguhan orang dahulu mengetahui sesuatu hadis nabi saw, sehingga mereka sanggup berjalan jauh hanya semata-mata mahu tahu hal nabi dalam sekecil-kecil perkara sahaja.

 

[2] Dalam hadis ini, ada tiga jenis manusia yang nabi saw nyatakan bahawa mereka mendapat pahala dua kali ganda:

(a) Ahli kitab berpegang teguh dengan kitab mereka, lalu berjumpa dengan Nabi dan beriman dengan baginda. Antaranya adalah Abdullah bin Salam dan Ubai bin Ka’ab.

(b)   Hamba yang taat kepada Allah dan taat kepada tuannya.

(c)  Lelaki yang menjaga hamba perempuannya dengan baik, lalu dia merdekakan dan dia nikahi hamba terbabit.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Hadis ke-153, Nabi menyebut bahawa orang yahudi dan Nasrani yang tidak beriman dengan Nabi setelah mendengar berkenaan nabi, maka mereka adalah ahli neraka.

 

Hadis ke-154 ini pula menjelaskan bahawa kelebihan bagi ahli kitab (yahudi dan Nasrani) andai mereka beriman dengan Nabi bahawa mereka mendapat dua pahala.

 

PENGAJARAN

 

[1] TAAT KEPADA MAKHLUK DALAM PERKARA MAKRUF

 

Dalam hadis, dijelaskan antara kalangan yang mendapat dua pahala adalah seseorang hamba yang menunaikan hak Allah dan hamba tuannya. Ia sama seperti menunaikan hak isteri terhadap suaminya; hak suami terhadap isterinya; hak pemerintah terhadap rakyat; hak rakyat terhadap pemerintah.

 

Namun begitu, menunaikan haknya itu hendaklah dalam kerangka ma’ruf. Dalam hadis—daripada Ali berkata:

 

بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً فَاسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنَ الأَنْصَارِ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ، فَغَضِبَ، فَقَالَ: أَلَيْسَ أَمَرَكُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُطِيعُونِي؟ قَالُوا: بَلَى، قَالَ: فَاجْمَعُوا لِي حَطَبًا، فَجَمَعُوا، فَقَالَ: أَوْقِدُوا نَارًا، فَأَوْقَدُوهَا، فَقَالَ: ادْخُلُوهَا، فَهَمُّوا وَجَعَلَ بَعْضُهُمْ يُمْسِكُ بَعْضًا، وَيَقُولُونَ: فَرَرْنَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ النَّارِ، فَمَا زَالُوا حَتَّى خَمَدَتِ النَّارُ، فَسَكَنَ غَضَبُهُ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ، الطَّاعَةُ فِي المَعْرُوفِ»

 

Daripada Ali berkata: Nabi hantar tentera dan baginda lantik seorang lelaki Ansar untuk kepalai mereka sekaligus baginda perintahkan agar taatinya.

 

(dalam perjalanan) lelaki ansar itu marah seraya berkata: "Bukankah Nabi telah perintahkan kamu untuk taati aku?" jawab mereka: “Itu benar"

 

Lelaki ansar itu berkata: "Kalau begitu, kumpulkanlah kayu bakar untukku" Mereka pun melaksanakannya. Dia pun berkata: "Nyalakanlah api!" Mereka pun menyalakan. Dia berkata lagi: "terjun kamu semua ke dalam api itu!”

 

Sebahagian mereka memegang sebahagian lainya (menghalang dari terjun dalam api tersebut) sambil berkata: "Kita dahulu lari kepada Nabi untuk hindari diri dari api"

 

Mereka saling berikan peringatan itu sehingga api padam—sehingga marah lelaki ansar itu semakin mereda. Berita ini sampai kepada Nabi saw sehingga baginda bersabda: "Kalaulah mereka memasukinya (api), pasti mereka tidak akan keluar hingga kiamat tiba. Sesungguhnya ketaatan hanya berlaku dalam ma’ruf” (al-Bukhari, hadis no: 4340)

 

Juga, tidak membenarkan yang dusta, dan menganggap dusta pada perkara benar. Daripada Abu Hurairah berkata bahawa Nabi saw bersabda:

 

 «سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ» ، قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: «الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ»

Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda: "sampai satu ketika di tahun-tahun penuh dengan pendustaan yang menimpa manusia, pembohong dianggap benar, orang yang jujur dianggap pendusta, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut berbicara". Baginda pun ditanya: "Apakah Ruwaibidhah itu?". Baginda menjawab: "Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum” (ibn Majah, hadis no: 4036)

 

Juga tidak sampai menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Dalam hadis—daripada ‘Adiy bin Hatim:

 

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي عُنُقِي صَلِيبٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَقَالَ: " يَا عَدِيُّ اطْرَحْ هَذَا الْوَثَنَ مِنْ عُنُقِكَ، فَطَرَحْتُهُ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ يَقْرَأُ سُورَةَ بَرَاءَةَ فَقَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ {اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ} [التوبة: 31] حَتَّى فَرَغَ مِنْهَا، فَقُلْتُ: إنَّا لَسْنَا نَعْبُدُهُمْ، فَقَالَ: «أَلَيْسَ يُحَرِّمُونَ مَا أَحَلَّ اللهُ فَتُحَرِّمُونُهُ، ويُحِلُّونَ مَا حَرَّمَ اللهُ فَتَسْتَحِلُّونَهُ؟» قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: «فَتِلْكَ عِبَادَتُهُمْ»

 

“Aku datang berjumpa dengan Nabi saw yang ketika itu pada tengkukku ada salib yang diperbuat dari emas. Nabi berkata: “Wahai ‘Adiy, buangkan berhala ini dari tengkokmu” aku pun membuangnya dan aku pun menghampiri baginda yang ketika itu baginda membaca surah al-Bara-ah: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah” hingga baginda selesai membacakan ayat itu. Aku berkata: “Kami tidak menyembah mereka”. Jawab nabi: “bukankah mereka halalkan perkara yang Allah halalkan, lalu kamu haramkannya juga? Dan mereka halalkan perkara yang Allah haramkan, lalu kamu turut halalkannya juga? Jawab ‘Adiy: benar itu. Jawab nabi: itulah sembahan terhadap mereka” (al-Tibrani, al-Mukjam al-kabir, hadis no: 218)

 

[2] MERDEKAKAN HAMBA SEBAGAI MAS KAHWIN

 

Menurut al-Amin al-Hariri bahawa hal ini berlaku khilaf dalam kalangan ulama kepada hal berikut;

 

PENDAPAT PERTAMA: SYAFIE

 

Merdekakan hamba itu sebagai mas kahwin adalah boleh.

 

Dalil mereka adalah hadis ini dan hadis bahawa Nabi saw merdekakan Sofia bin Huyay (50H), dan kahwininya (isteri nabi yang ke-10).

 

Dalam hadis—daripada Anas bin Malik ketika berlaku perang KHAIBAR:

 

فَجَاءَ دِحْيَةُ الكَلْبِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فَقَالَ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، أَعْطِنِي جَارِيَةً مِنَ السَّبْيِ، قَالَ: «اذْهَبْ فَخُذْ جَارِيَةً» ، فَأَخَذَ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ، فَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، أَعْطَيْتَ دِحْيَةَ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ، سَيِّدَةَ قُرَيْظَةَ وَالنَّضِيرِ، لاَ تَصْلُحُ إِلَّا لَكَ، قَالَ: «ادْعُوهُ بِهَا» فَجَاءَ بِهَا، فَلَمَّا نَظَرَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «خُذْ جَارِيَةً مِنَ السَّبْيِ غَيْرَهَا» ، قَالَ: فَأَعْتَقَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَزَوَّجَهَا، فَقَالَ لَهُ ثَابِتٌ: يَا أَبَا حَمْزَةَ، مَا أَصْدَقَهَا؟ قَالَ: نَفْسَهَا، أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا

“Datang Dihyah Al-Kalbi seraya berkata: "Wahai Nabi Allah, berikan aku seorang wanita dari tawanan itu!" Nabi saw pun berkata: "Pergi dan bawalah seorang tawanan wanita". Dihyah lantas mengambil Sofia binti Huyai. Tiba-tiba datang seseorang kepada Nabi saw dan berkata: "Wahai Nabi Allah, Kami telah memberikan Sofia binti Huyai kepada Dihyah, walhal dia adalah wanita yang terhormat dari suku Quraizhoh dan suku Nadhir. Dia tidak layak kecuali untuk kamu sahaja" Baginda pun bersabda: "Panggillah Dihyah dan wanita itu".

 

 Maka Dihyah datang dengan membawa Sofia. Tatkala Nabi saw melihat Sofia, baginda berkata: "Ambillah wanita tawanan yang lain selain dia" Lalu Nabi saw memerdekakan wanita tersebut dan menikahinya"

 

Tsabit berkata kepada Anas bin Malik: "Apa yang menjadi mas kahwinnya?" Anas menjawab: "Mas kahwinnya adalah kemerdekaan wanita itu, baginda memerdekakan dan menikahinya”  (al-Bukhari, hadis no: 371)

 

PENDAPAT KEDUA: MALIKI

 

Tidak boleh mas kahwin adalah merdekakan hamba. Adapun hadis melibatkan Sofia, itu khususiyyat al-Rasul.

 

[3] MENDAPAT UPAH MENGAJAR AGAMA

 

Hadis ini menjadi dalil bahawa mendapat upah menyampaikan agama bukan dilarang.

 

Lihat perbahasan tafsir surah al-Baqarah, ayat 174 atau link (9 mac 2022)

 

[4] KESUNGGUHAN MENCARI ILMU

 

Al-Amin al-Hariri ada menyebut dalam AL-KAWKAB AL-WAHHAJ bahawa JABIR BIN ABDILLAH pernah berjalan selama sebulan hanya semata-mata untuk mengetahui satu hadis nabi saw sahaja.

 

Begitujuga, kisah SA’ID BIN AL-MUSAYYIB yang pernah bermusafir berhari-hari, hanya kerana mahukan satu hadis sahaja.

 

Imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Rihlah fi Talabil Hadith, bahawa ketika di Kufah, dia mendengar satu hadis dari Abu Ishaq al-Sabiie, iaitu hadis (sabda Nabi SAW);

 

مَنْ ‌تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوُضُوءَ ‌ثُمَّ ‌صَلَّى ‌رَكْعَتَيْنِ فاستغفر الله إلا غَفَرَ لَهُ

"Sesiapa mengambil wudhuk, lalu mengelokkan wudhuknya, kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat, kemudian beristighfar (memohon ampun) kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya".

 

Kata Abu Ishaq: hadis ini diambilnya dari Abdullah bin 'Ato, yang dia ambil dari 'Uqbah bin 'Amir (sahabat Nabi).

 

Syu'bah berkata: aku bertanya Abu Ishaq; apakah Abdullah bin 'Ato' mendengarnya langsung dari 'Uqbah bin 'Amir RA?

 

Abu Ishaq tidak menjawabnya. Lalu dikatakan kepadaku: pergilah kamu ke Mekah, bertemu sendiri dengan 'Abdullah bin Ato', dia tinggal di sana.

 

Syu'bah mengembara ke Mekah (dari Kufah). Walaupun ketika itu musim haji, namun kata dia: aku mengembara ke Mekah ketika itu bukan kerana haji, tetapi semata-mata kerana hadis tersebut.

 

Di Mekah dia dapat bertemu 'Abdullah. Abdullah berkata: Sa'ad bin Ibrahim yang memberitahu kepadaku hadis tersebut. Pergilah kamu ke Madinah kerana Saad tinggal di Madinah. Syu'bah mengembara pula ke Madinah.

 

Di Madinah apabila bertemu Saad bin Ibrahim dia memberitahu kepadaku: hadis itu diberitahu kepadaku oleh Ziyad bin Mikhraq. Dia tinggal di Basrah. Kata Syu'bah; lalu aku mengembara pula ke Basrah.

 

Di Basrah, bila aku bertanya Ziyad. dia berkata: engkau tidak akan sudi mendengarnya jika aku beritahu dari siapa aku mendengar hadis tersebut. Namun aku berkeras agar dia memberitahunya. Lalu Ziyad memberitahu; hadis itu diberitahu kepadaku oleh Syahr bin Hausyab (yang mendakwa dia mengambil hadis itu) dari Abu Rayhanah dan Abu Rayhanah pula mengambilnya dari sahabat Nabi 'Uqbah bin 'Amir RA.

 

Mendengar nama Syahr bin Hausyab, Syu'bah menjadi sangat kecewa, kerana Syahr diragui periwayatannya oleh setengah ulamak pengumpul hadis ketika itu. Syu'bah berkata: hadis tersebut dirosakkan oleh kewujudan Syahr dalam rantaian sanadnya. Jika hadis ini soheh dari Nabi SAW, nescaya ia lebih aku sukai dari keluargaku, hartaku, malah dari sekelian manusia di bumi".

 

[5] KITAB DAHULU DINASAKHKAN

 

Apabila ahli kitab meninggalkan kitab lama, lalu mengikut Nabi Muhammad saw, itu bukti bahawa dengan kedatangan Nabi Muhammad, maka kitab-kitab sebelum ini dikira sebagai Mansukh.

 

مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (106) – البقرة

“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?” (Surah al-Baqarah, ayat 106)

 

Walaubagaimana pun, di sana ada perbincangan dalam ilmu usul al-Fiqh yang bertajuk شرع من قبلنا—syariah umat sebelum kita yang menetapkan beberapa kesimpulan bahawa setiap amalan syariat nabi dahulu adalah syariat nabi Muhammad juga selama ia didokong oleh al-Quran dan hadis-hadis yang absah untuk dibuat hujah.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[6] YAHYA BIN YAHYA (142H-226H)

يَحْيَى بْنُ يَحْيَى

 

Nama penunya YAHYA BIN YAHYA BIN BUKAIR BIN ABDUL RAHMAN AL-TAMIMI AL-HANZALI. Dia adalah bekas hamba kepada Abu Zakaria al-Naisaburi.

 

Dia dilahirkan di Naisabur (kini dalam wilayah Iran), dan meninggal dunia di tempat yang sama. Dia pernah sampai ke Hijaz, Iraq, Syam dan Mesir.

 

Al-Zahabi menjolokinya sebagai Syaikhul Islam dan ‘Alim Khurasan.

 

Dia adalah Guru Imam Bukhari dan Muslim serta Rijal al-Tarmizi. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[5] HUSYAIM BIN BASYIR AL-SULAMI (104H-183H)

هُشَيْمٌ بن بشير السلمي

 

Nama penuhnya HUSYAIM BIN BASYIR BIN ABI KHAZIM QASIM BIN DINAR AL-SULAMI AL-WASITI.

 

Gelarannya adalah ABU MUAWIYYAH AL-WASITI, yang al-Wasiti itu nisbah satu tempat bernama Wasit di Iraq.

 

Dia dilahirkan di Wasit, Iraq yang merupakan gelaran al-Wasiti kepadanya, dan meninggal di tempat yang sama di era pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizuran.

 

Dia adalah salah seorang Rijal al-Kutub al-Sittah, tetapi al-Zahabi, Ahmad, al-‘Ijli, al-Jurjani, Abu Hatim bin Habban al-Basti, al-Nasaie, al-Jili dan al-Asqalani; semua mereka ini kata bahawa dia banyak melakukan tadlis dan mursal khafiy.

 

Ada pula mendakwa, dia hanya tertohmah sebagai mudallis, seperti dakwaan Yahya bin Hasan al-Tunisi dan Amru bin ‘Asim.

 

Walaubagaimana pun, menurut al-Khatib al-Baghdadi bahawa hadis beliau yang tadliskan itu, pasti akan ada mutaba-ahnya.

 

Dia adalah perawi siqah dan sahih.

 

[4] SOLEH BIN SOLEH AL-HAMDANI (153H)

صَالِحِ بْنِ صَالِحٍ الْهَمْدَانِيِّ

 

Nama penuhnya SOLEH BIN SOLEH BIN MUSLIM BIN HAY AL-HAMDANI. Gelaran AL-HAMDANI adalah nisbah kepada satu keturunan arab dari Kufah yang bernama SAUR HAMDAN ABI HAY AL-KUFI.

 

Ahmad bin Hambal kata, gelarannya adalah ABU AL-HASAN AL-HAMDANI dan anggap dia siqah. Ibn Hibban pula kata, gelarannya adalah Abu Hayy, iaitu dari keturunan SAUR HAMDAN.

 

Dia tinggal di Kufah dan bekerja sebagai muazzin. 

 

Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah. Tarmizi riwayatkan hadis darinya secara mutaba-ah sahaja.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[3] AL-SYA’BI (21H-103H)

 الشَّعْبِيِّ

 

Nama penuhnya adalah SYA’B HAMDAN ‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABDUN BIN ZI KIBAR AL-HIMYARI ABU ‘AMRU AL-HAMDANI AL-SYA’BI AL-KUFI. Dia juga dikenali dengan panggilan ABU AMRU dan ada juga dipanggil ‘AMIR AL-SYA’BI  عامر الشعبي

 

Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal di tempat yang sama.

 

Para pengkaji berbeza pendapat berkenaan tarikh kelahirannya. Ada kata, dia dilahirkan pada tahun 16 Hijrah, ada kata tahun 20 hijrah, ada pula kata pada tahun 31 Hijrah.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan Umar bin al-Khattab. Dia pernah berkata: aku sempat jumpa 500 orang dari kalangan sahabat.

 

Dia pernah tinggal di Madinah beberapa bulan kerana lari dari AL-MUKHTAR BIN ABI UBAID atau dikenali AL-MUKHTAR AL-SAQAFI yang merupakan panglima perang pembela kematian Saidina Husain bin ‘Ali. Dia antara terlibat perlawanan terhadap pemerintahan AL-HAJJAJ BIN YUSUF AL-SAQAFI sehingga dia ditangkap dalam tragedy DIR AL-JAMAJIM (satu tempat antara basrah dan kufah) yang dikatakan gerakan pemberontakan untuk menjatuhkan dinasti Umawi. Namun, selepas itu dia dibebaskan oleh al-Hajjaj.

 

Dia adalah siqah dan juga terkenal dalam bidang fiqh, tambahan pula dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah

 

[2] ABU BURDAH BIN ABI MUSA AL-ASY’ARI (103H)

أَبُو بُرْدَةَ بْنُ أَبِي مُوسَى

 

Nama betulnya adalah ‘AMIR BIN ABU MUSA AL-AS’ARI

 

[1] ABU MUSA AL-AS’ARI (44H)

ابو موسي الأشعري

 

Nama betulnya adalah ABDULLAH BIN QAIS.

 

 

PENJELASAN: Ini adalah Sanad Sudasiyyat (6 orang perawi), iaitu Imam Muslim ambil hadis dari perawi Naisabur (YAHYA BIN YAHYA) yang ambil dari orang Iraq (HUSYAIM) dan kemudian ambil dari orang Madinah (SOLEH BIN SOLEH – AL-SYA’BI – ABU BURDAH – ABU MUSA) sampai ke Nabi saw.

 

PENJELASAN SANAD

 

[1] Pada perkataan أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ—menurut al-Amin al-Hariri bahawa ada naskhah sebut حدثنا هشيم

 

[2] Dalam sanad hadis ini, HUSYAIM yang MUDALLIS ambil hadis dari SOLEH dengan menggunakan عنعنة. Dengan ini, hadis ini munqati’—terputus sanad.

 

Namun, AL-AMIN AL-HARIRI menyatakan bahawa hadis seperti ini berlaku dalam sahih al-Bukhari dan Muslim. Ia tidak mencacatkan status hadis itu kerana kemungkinan bahawa HUSYAIM mendengar hadis ini dari SOLEH melalui jalur yang lain, walaupun tidak disebut di sini.

 

Ditambah pula, dalam mutaba-ah di bawah dibawakan tiga sanad yang bermuarakan dari SOLEH BIN SOLEH.

 

MUTABA-AH

 

 وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِبْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ، ح، وَحَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، ح، وَحَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، كُلُّهُمْ عَنْ صَالِحِ بْنِ صَالِحٍ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ

 

BIOGRAFI PERAWI MUTABA-AH 1

 

Mutaba-ah ini adalah sanad Sudasiyyat; dari jalur Kufah, iaitu seperti berikut;

 

[6] ABU BAKAR BIN SYAIBAH

أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ

 

Nama penuhnya, ABU BAKAR ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ABI SYAIBAH BIN IBRAHIM BIN OSMAN AL-ABASI AL-KUFI.

 

[5] ‘ABDAH BIN SULAIMAN (187H)

عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ

 

Nama penuhnya, ABDAH BIN SULAIMAN AL-KILABI ABU MUHAMMAD AL-KUFI.

 

Ulama dari Kufah ini adalah seorang yang terkenal sebagai ahli al-Quran. Dia diakui ramai sebagai perawi siqah dan sahih. Apatah lagi, dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

BIOGRAFI PERAWI MUTABA’AH 2

 

Mutaba’aih ini adalah sanad Sudasiyat dari jalur Mekah yang ambil hadis dari Kufah, iaitu seperti berikut;

 

[6] MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR (243)

 محمد بن يحي بن أَبِي عُمَرَ  العدني المكي الدراوردي

 

 

Nama penuhnya ABU ABDULLAH MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR AL-‘ADNI AL-MAKKI AL-DARAWARDI

 

Dia meninggal di Mekah dan pernah sampai ke ‘Adan, Yaman sehingga menjadi qadhi di sana. Dia adalah guru di masjidil Haram.

 

Dia adalah guru kepada Muslim, al-Tarmizi dan ibn Majah. Al-Nasaie mengambil hadisnya dengan perantara.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[5] SUFYAN BIN UYAYNAH (197H)

 سُفْيَانُ بن عيينة

 

BIOGRAFI PERAWI MUTABA-AH 3

 

Mutaba-ah ini adalah Sanad suba’iyyat yang jalurnya adalah Basrah, iaitu seperti berikut;

 

[7] UBAIDULLAH BIN MU’AZ (237H)

 عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ

 

Nama penuhnya UBAIDULLAH BIN MUAZ BIN MUAZ BIN NASR AL-TAMIMI AL-‘ANBARI العنبري ABU ‘AMRU AL-BASRI

 

Dia adalah guru Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Al-Nasaie ambil hadis darinya dengan perantara.

 

Menurut Abu Daud, dia hafal hadis lebih kurang 10 ribu hadis.

 

[6] MUAZ BIN MUAZ BIN NASR (119H-196H)

 معاذ بن معاذ بن نصر

 

Dia digelar juga sebagai ABU AL-MUTSANNA المثني AL-BASRI

 

Ulama Basrah ini pernah menjadi Qadhi di Basrah pada era pemerintahan Harun al-Rashid.  Dia adalah bapa kepada Ubaidullah bin Mu’az.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi yang siqah lagi sahih.

 

[5] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ (160H)

شُعْبَةُ بن الحجاج

 

 

Ketiga – tiga mutaba-ah hadis ini bermuarakan dari SOLEH BIN SOLEH:

 كُلُّهُمْ عَنْ صَالِحِ بْنِ صَالِحٍ

 

PENJELASAN: hadis ini dibawakan tiga sanad tambahan yang ketiga-tiga sanad ini bermuarakan dari SOLEH BIN SOLEH. Hal ini secara tidak langsung tidak menjadikan doif pada sanad awal yang HUSYAIM seorang MUDALLIS ambil hadis dari SOLEH, kerana ia telah dikuatkan dengan tiga sanad mutaba-ah yang dibawakan ini.

 

TAKHRIJ

 

Al-Bukhari (3011), al-Tarmizi (1116), al-Nasaie (6/115), Ahmad (4/405)

 

 


HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158) (MUTABA-AH 1-2-3)

  HADIS 159 (SYAWAHID HADIS 158)   حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنِ ابْنِ...